Monday, April 26, 2010

Kuasa

Ada orang hidupnya dikuasai wang. Semuanya berpaksikan duit. Buat semua, demi duit. Tak ada duit, jangan cakap banyak. Duduk situ diam-diam.

Ada orang wang yang menguasai dia. Ada duit ditangan perlu dihamburkan. Jangan simpan. Duit ada untuk dihamburkan. Shopping sakan. Mesti happy kan diri sendiri maaaa!

Ada orang pula tak sempat nak kuasai duit atau biar duit menguasai dia.

Baru masuk duit aje....

turrrtttttt

"Usu, ada duit tak?"

Kenapa???? Oh why? why? why?

Dan hari tu sekali lagi Ratu England senyum sinis kat aku. Cis!




11 comments:

rezeki said...

salam khairyn

hehehe

ni mesti kena buat bayaran hehehe

sekarang pound vs rm dah hampir 1 pound=rm 5

untung siapa pergi vacation heheh masa dulu hampir RM7.50 hehe

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda,


kekadangnya kerana duit badan binasa.

Money can't buy you everything.

Wassalam.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Khairyn,

money is not everything, but without money life is nothing! ( sometimes!! )

achik said...

time duit tgh byk, time tu la macam2 nak kena bayar atau ada je benda sakit nak kena repair.. x sempat nak 'perap' duit tu lama skit.. ;p

blackpurple @ jowopinter said...

Just do it!
Just du-it!

hahaha!

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

konsep aku 'duit x boleh membahagiakan aku tapi duit mampu mengembirakan aku'(walaupun hanya sementara)lagi2 duit pound sterling...hehehe...ada gak menda yang boleh mengembbirakan aku :-p

khairyn said...

Salam

Rezeki
huhuhu... payment tetap tu lain... ni payment yng sekali-sekala datang dan mintanya pula banyak huwaaaa!

Ayahanda
ya sangat setuju, tapi situasi ni menjadikan saya cant buy ANYTHING bukan EVERYTHING hihihihi

Mama Zainab
Mak pesan duit tak boleh membeli kebahagian tapi dapat beli keselesaan. Err... saya rasa kurang selesa sekarang ni hahahahaha

achik
Ye.. tahap berangan ni. Nasib baik berangan tu free kalau kena bayar huhuhuhu.. entah berapa agaknya dah kena charge. Huhuhu.. the sacrifice that I made. Kalau lepas ni dia tak belajar sungguh2 memang akan kusuruh bayar balik dengan kuntuman bunganya sekali huhuhu

Purp
Woah! Thanks. Aku tak perasan pun tagline tu. Sangat sesuai sekali hahahaha

Elly
Aku tak sempat pun nak gembira dengan duit. Memang ada niat nak menggembirakan hati dgn duit, sampai browse kedai amazon pun tapi apakan daya, aku hanya mampu berangan dan tengok jer la "solar gorilla" idamanku. tengok dan tengok lagi.. huhuhu turun harga tapi masih tak mampu huwaaaaa

Teratai Biru said...

~haha. terhibur lak baca entri ni...

~salam ziarah.

Pa'chik said...

menyanyi lagu kompolan kembara adalah sangat sesuai... ;P

mamawana said...

Salam caiyang...

Money can buy a house but not a home
Money can buy a goodnite matress but cannot buy a good sleep
Money can buy anything but not everything...

I need money to buy something but God gave me a free trip to Mecca
I need money to buy food but God sent someone to offer me a job with Rumah Anak2 Yatim and so many happenings .....

I need money for this and that and God always send someone, something, someday which sometimes we do not realise it. Thanks to Allah swt.

khairyn said...

teratai biru
Salam ziarah... XD

Pa'chik
sudah ku dendangkan lagu kembara di rumah 'meratapi' duit yang dilabur huhuhuhu

mamawana
thanks for the beautiful reminder. Everything comes from Allah. May He gives me more money HAHAHAHAHAHA
so I can build a house and turn it into a home,
buy a good mattress and lay my weary bones for a good night sleep
And hopefully help someone to realise his/her dream to be Allah's guest
Oh! Bersyukurlah wahai aku! huhuhuhu