Monday, June 18, 2012

de-Press-ed

Bila dah mula menulis balik ni, banyak pulalah yang nak ditulisnya....

Dan bila sudah boleh dapat tidur ni, banyaklah pula kerjanya... haish!
Pagi-pagi sudah ke Bangi ambil si Akuatik dan kena hantar dia ke Subang Airport. Lupalah yang di KL ni bukan public holiday, jadi tunang tak boleh hantar, akulah yang jadi supir. Kau nasib baik ada kawan yang waktu kerjanya tak macam orang bekerja normal yang lain. Haish!

Makanya 9am pagi aku dah keluar rumah, sebab janjinya 9.30am aku ambil di rumah Bangi. Perkh on the dot sampai tu! Dan memandangkan aku jaaaaraaaang sangatlah menghala ke pusat bandar pagi-pagi, tak berapa tahu jalan mana yang sendat jalan mana yang terlalu sendat. Akhirnya kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas... tapi tak adalah teruk sangat. Untuk buang masa, kami ke Amcorp Mall. Dulu aku suka sangat ke sini sebab 1) setiap minggu ada flea market. 2) dulu ada panggung wayang kat sini. Aman aje... tak ramai orang. Not good for business tapi sangat best untuk orang yang nak tenang-tenang tengok wayang. Lagipun aku dulu baik dengan PR Amcorp Mall, dan dia selalu bagi kupon tengok wayang FREE. 

Okey, lepas jalan-jalan di bookxcess, pi makan kat bawah. Pukul 12 dah keluar dari Amcorp, hantar Akuatik ke airport dan aku terus balik. Malas pula nak merayau kat shopping complex sementara nak menunggu masa masuk kerja. 
Depressed


Takut betul aku dengar perkataan tu. Kalau stressed aje, memang aku selalu jugalah stress tapi depressed?

Seorang kawan hantar mesej tadi kata dia mungkin depressed.Whoa!! Aku jadi sedikit risau dengan kesihatan mentalnya. Aku selalu juga kena insomnia. Kadang-kadang dalam dua bulan sekali aku akan mengalami gangguan tidur dan kurang selera makan. Tapi so far aku rasa ia bukan disebabkan oleh depressing. Sebab walaupun aku tak cukup tidur atau kurang makan, aku tak rasa down atau nak marah. Biasa aje. Kadang-kadang happy semacam pulak. Heh? Atau aku sendiri yang blur?

Baiyah bergaya atas bukit. Alaah.. bukit tengah bandar, signal phone tinggi hahaha



Hijau itu best!
 Jadi, aku kata pada kawan yang depressed tadi untuk cari aktiviti berkumpulan yang boleh menghilangkan rasa mandomnya. Nak ajak dia beraktiviti luar, kesihatan fizikalnya tidak begitu memberangsangkan, but then tail bone  aku pun pernah cedera dulu.. hurmmm....


2 comments:

achik said...

salam..

buat aktiviti luar ni mmg bagus utk kurangkan stress.. yeap, hijau memang best! :)

khairyn said...

salam achik,

yep tapi itulah.. nak kurangkan stress kena tambah stress dulu sebab dipaksa tempuh traffic jam dulu adoi!

Hijau itu sangat best!!!