Sunday, June 24, 2012
Ohhh... baru aku tahu.. kalau filem dari UK tu masuk dalam kategori International Film kat GSC. Ingatkan kalau dah memang cakap English tu, kira sama rata. Rupanya tidak. Harga tiket wayang pun tak sama rupanya. Murah dua hengget. Haish!
Ye, aku suka tengok movie. Tak kiralah kat wayang ke kat DVD ke kat VCD ke Astro ke terrestrial tv yang macam semut-semut sebab guna indoor antenna. Yang penting ada movie. Memandangkan kat rumah tak ada Astro, jadi aku bergantung pada 1) tengok wayang, 2) tengok VCD dan 3) tengok DVD.
Jadinya, Jumaat lepas aku diajak kawan untuk menonton wayang, cerita yang menurut review yang dibuat oleh kawan kepada kawan aku.. adalah sangat BEST!
Terpengaruh dengan cerita bersungguh-sungguh oleh kawan aku ni, kami pun menonton di GSC Mid Valley.
-Disclaimer - aku akan menonton di GSC Mid Valley bila Akuatik tidak berdeting. Sebabnya tiap kali berdeting dia akan tengok wayang di GSC Mid Valley. Rasa macam tak adventurous gitu detingnya itu. Ha ha ha.
Sambung merapu...
Kami tengok cerita Toast. Yang jadi daya penarik cerita ini mestilah Helena Bonham Carter. Dia aktres yang bagus. Gila-gila dalam cerita Vampire dengan si Johnny Depp. (What I want is for you to put your luscious lips on my posterior repeatedly a.k.a kiss my ass [waaaa!!! dialogue ni melekat dalam kepala hotak aku sejak hari tu!])
Tapi yang menjadi kemosykelan di pihak aku la kan, kenapa orang sanggup belanja RM12 semata-mata nak bercakap dalam panggung wayang? Tak ke rugi duit aje tu.. tak lagi mengganggu orang lain. Dan aku memang betul-betul tak suka nyah yang sangat rude. Tolonglah hormat orang lain kan? Kesian dengan minah kat depan dia... mana nak dengar dialog movie tu, mana si nyah sangat rude tu mengomel lagi.
Apa daaa aku membebel
Cuma nak beritahu kalau dalam panggung wayang tu toksahlah cakap banyak sangat. Tengok ajelah movie tu. Dan kalau tak suka, jangan terus bazir duit atau bazir masa. Pejam mata relaks atau keluar terus dari panggung.
Apa-apa pun aku suka cerita Toast ni. Dah lama tak dengar dry and wry humor macam ni hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Helena tu memang best kot. She's great! Rasanya semua genre dia dah pernah berlakon. Thumbs up!
Yup she's a great actress. Dan sangat gila-gila :)
minggu lepas aku tgk abraham lincoln kat tgv. jadi takde la tiap2 kali deting gi gsc hahahhaha
eloklah tu, tukar angin hahaha
Post a Comment