Sunday, September 10, 2006
Hari : Ahad
Masa : 10am
Lokasi : Tanah Melaya
Biasanya time-time macam ni, aku habiskan masa buat exercise gaya bebas atas katil, especially lepas solat Subuh yang kadang-kadang boleh terus berteleku atas sejadah untuk solah Zohor. (Tak paham? Tak apa .... Aiman tak kisah. P/S nama aku bukan Aiman)
Dengan buku di tangan, kepala atas bantal dan sebelum rasa lapar mencucuk perut, macam-macam posisi aku persembahkan atas katil double decker dalam apartment tingkat 15 ni. Kalau masuk acara gaya bebas, garenti menang. Yalah! Hari Ahad, nak buat apa lagi? Kalau aku bukak tv pun aku cuma tengok kartun. Astro pun tak de citer yang menarik pepagi Ahad ni. Kot la ada Pasion de Gavelanes ke, tak pe la gak.
Kalau ada citer pun hari Ahad, tunggulah petang sket, dapatlah tengok rerun CSI. Cerita crime scene investigation yang tahapa-hapa. Cerita Hollywood yang dok menipu aje kerjanya. Kalaulah setiap crime scene kat Malaysia sebersih crime scene kat Las Vegas, New York ataupun Miami, tentu dah ramai polis Malaysia jadi Grissom, Mac atau Horatio kat Tanah Melaya. Ish ish ish, biarlah aku kekal dengan CSI Balakong ni jer (walaupun itu bukan lokasi tempat kerja aku ish ish ish).
Jadi biarlah aku berguling, meniarap, menelentang dengan buku di tangan. Buku yang ditulis oleh orang putih juga. Buku yang menipu aku dengan angan-angan kosong ....
Hari : Ahad
Masa : 10am
Lokasi : Negara orang putih (walaupun tak semuanya putih. Ada hitam dan cekelat juga)
Pukul 8am aku dah masuk bilik air, buat apa yang patut. 20 minit kemudian aku keluar dengan muka yang freshly scrubbed, rambut yang basah, badan berbau harum dan isi perut yang telah dilupuskan. Aktiviti seterusnya adalah dengan merias diri. Pakai baju mengikut keadaan dan hawa cuaca yang boleh dilihat dan dirasa dari dalam bilik. Meriah? Indah? Itu bermakna lapisan harus dikurangkan. Jika cuaca agak muram dan 'merajuk' jangan tambah lapisan dulu. Hulurkan tangan anda di luar tingkap. Sejuk? Tambahlah. Suam suam kuku? Nak tambah pun tak pe, tak nak pun buleh juga.
Sejam kemudian .... sekali lagi menatap wajah di cermin. Puas hati? Bagus! Kurang warna? Tambahlah sedikit di mana-mana yang perlu. Bibir yang mongel adalah tarikan, tapi kalau diletak artificial colour, mungkin lebih mengancam. Ntah! Perlukah semua ini??
Persiapan telah dilakukan. Oh! Satu barang tertinggal. Sebuah beg. Tas pun boleh juga tapi rasanya aku tak ada tas tangan. 'Beg' itu pun boleh juga. Setelah rumah dikunci ketat, kami pun memulakan perjalanan. Ramai juga orang asing yang kami temui di sepanjang perjalanan kami. Semuanya menghala ke tempat yang sama. Semuanya berwajah ceria. Ada yang berkaler-kaler, ada juga yang tiada warna. (Albino kah mereka?).
Kami tiba. Hati terasa gembira. Rentak kaki semakin perlahan kerana banyak yang perlu ku lihat dan belek. Aku juga harus berhati-hati. Binatang najis mughalazah, berkaki empat, walaupun comel dan ditambat oleh tuannya tetap berunsur najis. Aku tak mahu bersusah payah menyamak kerana terpegang binatang paling akrab dengan tuan ini.
Sesekali pertukaran wang berlaku dan barang dimasukkan ke dalam beg. Perjalanan diteruskan. Keadaan semakin sesak. Orang ramai rupanya. Rasanya tak ada apa lagi yang perlu dicari. Kita perlu pulang, kataku. Maka perjalanan pulang dimulakan.
Ramai juga yang satu jalan dengan kami. Bermacam2 warna dan bangsa. Tapi semua bukan dari Tanah Melaya. Perjalanan diteruskan, lintasan hormat dilakukan di jalan yang mula sibuk. Dari jauh seorang wanita tersenyum pada kami sambil menyorong stroller.
Assalamualaikum, sapanya.
Waalaikumsalam, jawab kami.
Baru tiba? Soal ku berbasa basi.
Ya. Nak cari barang sikit. Jumpa lagi, jawab wanita itu dengan mesra.
Jumpa lagi, InsyaAllah, ujar kami sambil meneruskan lintasan hormat.
Hari ini, aktiviti hari Ahad aku sudah berubah. Tiada lagi katil double decker. Tiada lagi aksi dan posisi-posisi gaya bebas yang aku lakukan.
Kali ini aktiviti hari Ahad aku adalah pergi carboot kat Fish and Fruit market kat Blochairn Road. Argh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment