Pandanganku...
Tadi ada bangunan terbakar. Aku nampak dari tingkap bilik aku yang mengadap rumah flats seberang jalan besar Springburn Road. Asap hitam berkepul-kepul naik dan 2 kereta bomba dipanggil untuk memadamkannya. Aku tak tahulah apa yang terbakar tapi aku assume antara rumah flat kat Sighthill dekat Pinkston drive.
Dari tingkap ini memang macam-macam aku bleh nampak. Of course, dari tingkap bilik di tingkat 17 rumah flat kos rendah yang disewa dari Dewan Bandaraya. Selain dari pemandangan bandar yang sipi-sipi nampak dari sini, sesekali aku turut dibuai oleh nyanyian hon keretapi yang meluncur dilandasannya masuk terus ke dalam kawasan baik pulih.
Pemandangan dari bilik aku sebenarnya didominasi oleh rumah-rumah pencakar langit yang berwarna coklat yang memberi perlindungan kepada penduduk di sini yang tidak mampu membeli rumah dua tingkat, agam ataupun istana. Keadaan hidup kami walaupun selesa di dalam rumah flat kecil dua bilik masih lagi tidak seselesa jiran di sebelah yang tinggal di kawasan alunan bukit dan dipenuhi kehijauan.
Penghuni di bukit sebelah begitu bertuah sekali dapat tinggal di kawasan yang sunyi dan tiada gangguan dari pemabuk ataupun berisiko tinggi. Tiada rekod jenayah yang telah dicatatkan di kawasan ini lantas ia memberi jaminan kepada penduduknya bahawa penempatan mereka sangat selamat.
Namun begitu, penempatan ini tetap dijaga rapi dan berpagar, untuk lebih menjamin keselamatan penduduk-penduduknya yang kebanyakan bukan tinggal di semi-detached, link houses ataupun flats. Mereka mempunyai rumah tersendiri, yang berbeza mungkin dari segi architechtural.
Itulah mereka yang bertuah, mereka yang ditempatkan di city cemetery.
No comments:
Post a Comment