Thursday, September 07, 2006

Sit back and relax

Dah nak masuk 2 minggu aku kat sini, tapi tak pergi mana-mana pun. Bukan kata meronda ke Glasgow city, nak keluar rumah pun aku dok fikir 80 kali. Kalau aku bercuti, mesti dah jauh aku berjalan. Entah-entah dah bertungging ke Edinburgh castle, naik bas ke Abardeen ataupun berjalan-jalan menikmati pemandangan di Highlands atau teropong Nessie di tempat persembunyiannya di Loch Lomond. Itu kalau aku bercuti lah kan!
Tapi, aku tak bercuti. Aku kat sini katanya untuk menimba ilmu. Jadi aku TAK MAMPU nak ke mana-mana pun. Unlike orang lain yang boleh multi-tasking, aku ni jenis one track mind. Kang mana nak masuk kerja, belajar, bejalan hehehehe .... macam tak percaya pulak.
La ni nak kerja pun, aku sangsi. NI number belum ada lagi tapi dah apply. Kelas belum daftar lagi tapi dah confirm. Jadi, semua serba tak kena. Nak berjalan takut duit habis plak ... ha itulah dia yang sebenarnya.
Maka solution untuk aku, duduk rumah dan menternak badan sampailah the date aku daftar uni and pergi interview for NI number. Lepas tu memang aku pulun kerja sungguh-sungguhlah agaknya. Agaknyalah! Jadi, aktiviti aku dok mengadap komputer jer.
Seminggu kat umah orang, aku pinjam komputer depa. Dua hari pindah kat umah sendiri, aku dah tak tentu arah. Mana nak dengar hot.fm (sebab kl.fm tak boleh access, ntah kenapa ntah), mana nak baca email, mana nak send email, mana nak baca berita dari Malaysia, tengok nama kak aku kuar paper semalam (pames dah kak aku nih!), mana nak chatting ngan kengkawan sebaya yang tak rabun IT. Ish ish ish. Takkanlah aku asyik nak pinjam computer orang kan? Jadi, apa solution aku? Inilah dia!

Walaupun aku kopak.
I LIKE!

No comments: