Tuesday, December 12, 2006

Awak minum tak?

‘Do you drink?’ Nora memandang saya. ‘Do you want wine or maybe lager?’

Ah! Saya menggelengkan kepala. ‘No, I don’t.’ Sambil tersenyum saya menyambung, ‘its okay, I’ll just take the soft drink.’

‘Ah! You’re a softy,’ kata Nora.

Kami berada di Counting House berdepan dengan George Square untuk makan-makan dan minum-minum sempena hari terakhir bersekolah untuk penggal pertama. Carol yang mencadangkan agar kami berjumpa buat kali terakhir sebelum cuti Krismas bermula. Saya ikut sahaja.

Kami merapatkan tiga meja bulat dan menyusun 11 kerusi di satu sudut di sebuah bilik khas untuk ‘dining’. Counting House merupakan restoran dan pub yang agak besar. Dua bilik khas untuk ‘dining’ dan di tengah-tengahnya merupakan bar untuk mereka yang singgah untuk menikmati lager kegemaran mereka.
‘Have you stopped drinking or you never drink?’ Soal Nora lagi.

‘Oh! I never take alcoholic drinks,’ balas saya.

‘I wish I have your strength. I tried but I can’t stop completely,’ dia mengeluh.

Saya tersenyum lagi. ‘Well, I guess it’s hard to stop.’

Dia ketawa. Dua dari tiga gelas berisi lager di hadapannya sudah kosong. Dia mula menghirup air dari gelas ke tiganya.

‘I can’t take so much of alcoholic drinks nowardays.’ Tiba-tiba John bersuara.

‘You get drunk easily now John?’ Tanya Bill pula.

‘Yeah! And my missus hates when I drunk.’

‘Oh! Its terrible when my husband is drunk. I have to steer him to the right direction, otherwise he pisses on everything,’ Tina pula menyampuk.

‘You’re right there. One night my husband was drunk. I can’t really sleep when he drunk coz I got worried when he got up in the middle of the night wanting to piss,’ balas Tricia pula. ‘One day when we’re about one-and-a-half year married, my parents came and stayed with us. My husband was drunk and he woke up in the middle of the night, staggered to my parents’ bedroom and pissed in front of the door.’

Kami semua ketawa.

‘One day I woke up in the buff. I was so drunk I don’t know what happened. I only knew that I woke up in the buff the next morning,’ cerita John pula.

‘My father-in-law was so drunk, he pissed in his suitcase. There were clothes ironed and neatly folded,’ sampuk si Sarah pula.

Tina berkata lagi. ‘There was a time when my husband was so drunk, he pissed on the stairs.’

‘I know a guy who went out from his house in a buff and pissed in the middle of the road coz he was so drunk to know what he was doing. And he didn’t remember a thing!’ Kata Tim pula.

‘You don’t see a drunk woman do these things. I think it was because it easy for men, they can do it standing behind a bush, a wall or a lamp post,’ balas Tina lagi disambut dengan juraian ketawa dari kami.

‘I read it somewhere that they put a picture of a wee blue bottle in the urinal so they need to aim at the bottle to avoid any mess and it works,’ tiba-tiba Carol bersuara.

‘Well’ I guess that’s one way to teach them to aim right,’ sampuk Nora.

‘As long as they can find their way to the toilet,’ balas Tina dan tawa kami berderai lagi.

Mungkin bagi mereka, itulah iktibar yang harus diambil tapi bagi saya, inilah antara sebab mengapa Islam melarang umatnya minum minuman yang memabukkan. Tak larat hendak membasuh satu rumah atau satu beg pakaian yang terkena najis dan berbau!

"Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Saya?
Tidak minum, tidak membawa, tidak menuang dan tidak diminta dibelikan. Apatah lagi, memerasnya, minta diperaskan, makan harganya, membelinya, minta dihantari atau menjualnya. Mana-mana yang tertinggal pun saya tak buat. Sekadar tengok saja.

4 comments:

Anonymous said...

Ohh...AKMA ketinggalan dua entry!. Menarik sekali khairyn berkongsi perbualan itu di sini. AKMA juga melalui saat-saat yang sama. Bezanya di bumi asing dan di bumi kita, kalau di sini...kita katakan kita tidak minum...mereka menghormati. Di bumi sendiri...ermmm...kadang diperlekehkan. Pelik bukan?

Anonymous said...

alahai, ingat tak cik abang bf tak jadi aku, melayu di bumi omputeh tu? bila dia mengadu pasal dia dah kena diabetes, aku suruh dia berenti minum. Tau apa jawapnya, eh red wine tak pe fir, baik untuk jantung. ha aku nak cakap apa

khairyn said...

salam

akma,
saya menunggu entri akma, 12/12 nanti bukan? Ada 'significant' pada keesokkan harinya? (13/12) hehehe. Saya meneka.

Ya, di sini mereka seperti tidak percaya yang kita tidak mengambil minuman yang memabukkan (keras ataupun lembut). Ketika saya di bumi sendiri, kawan2 ramai yang minum. Mereka Islam. Kadang2 ketika sendawa mereka menyembut 'alhamdulillah'. Aduh! hendak ketawa dalam tangis. Hmmm...

sang diva,

salah mentafsir namanya. Menghalal yang haram. Susah bila kita terlebih omputih dari omputih ni. Aqidah mudah tergelunsur. Tepuk dada tanya selera.

Belum terjumpa kawan muslim se-Malaya yang minum lagi. Harap-harap tak lah.

Anonymous said...

hmm cerita menghalal yang haram ni, yg penyanyi tu dakwa rezeki mereka halal aku tak tau nak gelak ke nak nangis