Kenangan Pengembara
Awal tahun lepas, saya berkelana di musim sejuk. Terima kasih kepada teman-teman pengembara yang bersama-sama bermain memboloskan kaki ke dalam salji tebal. Kenangan yang tidak akan dapat saya lupakan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Bertalan Bicskei Jr, lelaki Magyar yang begitu prihatin dengan empat wanita Melayu yang terlontar jauh di negaranya. Bersungguh-sungguh menjadi pemandu untuk kami berempat. Risaunya pada kami, takut kami tersesat jalan atau tersalah menaiki bas atau tram. Maafkan kami juga kerana tidak pandai mengikut arahan untuk berdiri saja di Hero Square dalam salji lebat sehingga dia datang, sebaliknya memandai-mandai mencari jalan sendiri menaiki bukit Buda ke istana.
Lain kali tuan ke Malaysia, mungkin kali ini tuan dapat mengembara sepuas-puasnya di tanah Melayu ini. Diharap ayah tuan dapat merehatkan diri setelah puas dikritik semasa menjadi ketua jurulatih pasukan bola negara semusim cuma suatu waktu dahulu.
Terima kasih lagi sekali daripada saya.
12 comments:
seronoknya dapat berkelana jauh-jauh....
Mujur sahaja ada 3 yang lain. Jika keseorangan, tentu sudah buntu total.
AKMA sedang berkira-kira juga untuk berkelana beberapa hari. Nantikan ke mana agaknya destinasi AKMA!
Bestnya..rasa hendak jadi perantau la pula
salam
suri,
alhamdulillah. Mengembara ni ibarat ambil candu. Sekali cuba, pasti nak lagi :D
indera,
Pernah pergi berdua saja. Yang penting, kita saling bertolak ansur.
akma,
Sementara masih berada di benua Eropah, kenalah ambil peluang yang ada untuk menikmati keindahan dunia ciptaan Allah.
iman,
InsyaAllah. Mula-mula dulu mak bising juga. Penat2 kumpul duit setahun, pergi tabur duit tu pulak berjalan2 kat Eropah. Tapi saya rasa tetap berbaloi. Mengajar kita lebih sabar dan memahami karenah pelbagai jenis manusia.
oops tambahan...
errr... saya berkelana lagi minggu ni. Tapi di pulau ini sajalah. Tiba malam tadi selepas seharian di dalam bas.InsyaAllah saya akan kemas kini dengan entri terbaru.
berkelana...???...anak sedara aku baru balik dari German selepas 3 tahun dok kat sana...baru balik seminggu yg lepas...mula2 sampai umah wan dia...kesian aku nengok...terpaksa membiasakan diri ngan waktu di Malaysia...sampai jer terus tdo...sbb dia kata German tengah malam...pastu plak terpaksa membiasakan perut ngan masakan berlemak dan pedas2...kat sana kata nyer...susah nak dapat...aku angguk jer laa dgr citer dia...sbb aku usahkan nak berkelana kat negara org...negara sendiri pun tak abis aku berkelana...!
SALAM AIDILADHA UNTUKMU DI PERANTAUAN
Semoga makna qurban menebal dihatimu
datang dan datang lagi menanti update. errr...tuan rumah ke mana?
salam
amd,
adat berlainan waktu, begitulah. kadang2 mengambil masa 2 hari nak sesuaikan waktu tidur ni. Samalah juga, banyak tempat di tanah air belum dijelajahi lagi, tapi saya dah pastikan saya melawat setiap negeri di Malaysia.
has,
Alhamdulollah. Pengorbanan - terlalu dalam pengertian, terlalu luas maknanya dan terlalu banyak pilihan yang harus dilakukan. Qurban dunia untuk akhirat atau Qurban akhirat untuk dunia??? Adusss!
akma
tuan juga di mana? Sayu membaca entri terakhir. Semoga terus tenang dan sentiasa di dalam lindunganNya. Jangan serik kita bersahabat di alam maya ye..
sudah lama saya ingin berkelana ke negeri asing..tak nak jadi katak yang terperangkap di bawah tempurung..
salam kemat
ada rezeki, kita berkelana. Tapi dengan ilmu, insyaAllah kita bukanlah seekor kodok di bawah tempurung.
Post a Comment