Friday, December 08, 2006

Kagum

Antara perkara-perkara yang membuatkan saya kagum dengan orang tempatan di sini adalah, usia tidak menghalang kehendak.
Sekiranya si tua berkehendakan wanita muda, dia akan cuba sedaya upaya. Ah! Sudah tentu faktor wang dan harta memainkan peranan yang sangat besar untuk si tua tadi mendapatkan apa yang dikehendaki. Tapi, mungkin bilangan si tua begini adalah kecil.
Setiap pagi dan petang, sekurang-kurangnya lima hari seminggu, saya akan menjadi 'flasher' yang menaiki bas. Bukan! Bukan 'flasher' yang itu! Biasanya 'flasher' yang itu adalah lelaki dan saya tahu dan yakin, sesungguhnya yakin, saya bukan lelaki. Saya pemegang pas bas bulanan. Jadi, ketika saya menaiki bas, saya akan tunjukkan pas saya kepada pemandu bas - secara pantas - 'like a flash'. Di tambah 'er'. Itulah saya - 'like a flash''er'.
Setiap pagi dan petang inilah, saya akan berkongsi bas dengan warga tua ataupun warga emas. Walaupun ramai sudah berjalan perlahan dibantu dengan sebatang tongkat di tangan, warga emas ini masih lagi aktif berjalan ke sana sini dengan menaiki bas. Mungkin ada yang beranggapan, kelajuan bas yang sarat dengan warga tua juga seiring dengan umur penumpangnya. Tidak. Kelajuan bas bergantung kepada keadaan jalanraya. Saya tetap sampai ke universiti saya dalam lima hingga ke 10 minit saja.
Kekaguman saya pada warga tua di sini bertambah apabila saya memulangkan buku-buku pinjaman saya ke khutub khanah pagi tadi. Sedang saya berdiri menunggu giliran, saya lihat seorang warga emas (lelaki) sedang menguruskan buku-buku pinjaman beliau di kaunter. Umurnya mungkin dalam 70an. Saya terfikir kenapa saya yang masih muda, berupaya lagi berlari mengejar bas, sering merungut kerana terpaksa membaca bertimbun-timbun buku hanya untuk menyelesaikan sebuah esei sedangkan di hadapan saya ini, berdiri seorang lelaki tua yang sudah kurang kudratnya tapi masih bersemangat untuk membaca?
Insaf saya seketika. Tiba-tiba teringatkan ayah saya. Umurnya hampir menginjak ke 70, tapi dia juga bersemangat untuk belajar walaupun antara dua lelaki ini, perbezaannya hanyalah pada bahasa dan jenis bacaan yang dibaca. Dia membaca dan belajar ilmu dunia manakala ayah saya menambahkan lagi ilmu akhirat.
Terus saya tarik nafas dalam. Mungkin agak terlambat untuk saya meng'edit' kembali esei-esei saya tapi saya berusaha dan berazam untuk membuat yang lebih baik untuk masa akan datang. Saya akan ambil iktibar dari lelaki tua itu. Umur memang bukan penghalang untuk seseorang menimba ilmu dan mendapatkan segulung ijazah. Bagaimana saya tahu lelaki tua itu juga seorang pelajar?
Kerana dia berada di dalam khutub khanah universiti saya. Hanya mereka yang mempunyai kad pelajar saja dibenarkan masuk dan meminjam buku. Ya, dia dan saya, adalah antara statistik pelajar matang di universiti ini.
Siapa agaknya pemegang rekod pelajar 'paling matang' di universiti ini agaknya? Hmmm...

5 comments:

Iman Mawaddah said...

Salam Kak,
Saya terfikir sejenak.. ilmu dunia sebenarnya berasal dari ilmuwan Islam. Hanya selepas Perang Salib lahirlah cerdik pandai di kalangan bangsa asing. Sayang sekali bangsa lain lebih menghayati ilmu berbanding bangsa melayu yang beragama Islam.

Semalam semasa pulang dari kerja saya terserempak kumpulan remaja melayu bergaya punk. Sedih saya melihat gaya masing2 dengan rambut berwarna merah,biru tercacak di tgh2 kepala berwarna,berpakaian agak ganas..boleh senyum bangga lagi apabila melintasi saya.Subhanallah.. mana Islam ..mana santun budaya Melayu..semuanya hilang.

khairyn said...

salam kembali iman,

Memang para ilmuwan Islam yang menyebarkan ilmu dunia kerana ilmu ini asalnya dari Al-Quran juga, hanya diolah dan diperincikan lagi untuk fahaman kita sebagai insan. Pendita-pendita Kristian dari eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab dari bijakpandai Islam untuk menterjemahkan kitab-kitab ilmu ke dalam bahasa latin.

Apabila perang Salib bermula, banyak buku2 ilmuan Islam ini dibakar dan terjemahannya mereka simpan dalam gereja. Maka sejak itu mereka mengaku bahawa merekalah pelopor dalam bidang ilmu2 dunia ini, walhal asalnya adalah dari pelopor2 Islam sendiri.

Sedihkan? kita terpaksa menimba ilmu dari 'pencuri ilmu' pula. Lebih sedih lagi bila anak2 melayu beragama islam berbangga dengan budaya barat dan mengenepikan ajaran Islam mereka sendiri.

Anonymous said...

memang orang melayu islam malas membaca. kenapa? sebab memang dah ada dalam gene?

nak baca habis satu suratkhabar pun susah. kebanyakan yang membaca adalah pelajar, tapi mereka membaca sebab terpaksa...untuk lulus periksa. kalau ada pun yang membaca bukan kerana peperiksaan .. ianya sekadar untuk hiburan. maka larislah segala jenis majalah hiburan ... baik dari mangga, urtv, media hiburan dan tah apa-apa lagi.

pelik? kenapa ilmu yang begitu banyak di bumi Allah tidak mahu direbut? cemburu rasa hati sebab selalu tak berkesempatan membaca lebih banyak buku atau makalah-makalah yang bagus. terjemahan Quran pun baru suku dah hampir setahun! suntuk benar terasa waktu sekarang.

bila bercakap pasal perangai pulak .. aduhhhh!! terus risau pada anak-anak sendiri. bagaimana mereka nanti. Harapan tinggi menggunung biar takut mereka pada Allah lebih tebal dari malu pada manusia.

semalam ke cheras ... rumah mertua. maklumlah flat dbkl memang sentiasa ramai orang. nak balik .. menuju ke arah kereta aku dan anak-anak kena lalu di barisan motor yang elok tersusun. di sebalik satu tiang rupanya ada pasangan budak remaja ... remaja sekolah menengah. yang lelaki duduk membonceng di atas motor ... yang perempuan elok je "tersepuk" di celah kangkang yang lelaki. elok mesra bergurau senda. di tangan yang perempuan ada buku! buku novel kisah cinta!

aku yang malu melihat gelagat manusia muda itu. anak2 aku suruh tengok ke arah lain. tak mahu otak mereka semakin keruh akibat melihat perlakuan begitu. kurang adap, kurang ajar, kurang ilmu. tak sampai 10 meter dari pasangan itu, duduk 2 orang wanita ... dalam lingkungan 60-an. ADUH! tiada rasa malu mereka pada yang tua.

Aku menggeleng kepala ... aku cakap kuat2 pada anak2 ... "tak bagus perangai macam tu ... jangan tengok dan jangan ikut bila dah besar. berdosa!" keras? aku cuma mahu mereka tahu mana yang hitam, mana yang putih. there's no such thing as grey area in Islam.

mungkin terdengar kata-kataku menasihati anak-anak ... bila ku toleh .. pasangan remaja tu dah hilang entah ke mana. Alhamdulillah ... aku bersangka baik. sekurangnya mereka ada perasaan malu dan beredar dari situ ... kalau remaja lain mungkin dah menempelak aku balik.

AKU NAK LARIIIIII ... duduk di sebuah pulau tanpa gangguan2 moral seperti itu! itu hanyalah impian .. kalau aku billionaire mungkin boleh jadi kenyataan! hehehhe

khairyn said...

salam has,

Tarikh: Suatu masa dahulu.
masa : awal pagi.
lokasi: Sentul.

Sekumpulan anak muda punk, berambut cacak. Ada yang berwarna biru dan hijau ala-ala berus dan ada yang botak terus. Berpeleseran, duduk berborak tanpa hala tuju. Sebuah vespa dipakir tidak jauh.

Aku? Memandang sekilas, tersenyum kelat, memandang kulit mereka. Sawo matang. Bangsa aku rupanya. Duduk di tanah airku, bertutur dalam bahasaku .. walaupun dalam dialek Pantai Timur.

Mangga, URTV, media hiburan; antara majalah-majalah yang terlaris jualan di pasaran. Mungkin juga komik sin-chan yang dialih bahasa (tanpa mengira nahu dan tatabahasa melayu yang betul) turut laris seperti goreng pisang panas. Mungkin artis-artis tempatan antara manusia terhebat di tanah air, maka kehidupan mereka menjadi gilaan dan 'penuh misteri' kepada rakyat marhain.

Aku? Aku bangga kerana aku juga kenal artis. Aku kenal Michael Jackson, artis kulit hitam yang unik kerana berjaya menjadi penyanyi 'berkulit putih'. Artis Malaysia? Mereka hanyalah artis picisan yang tidak ada maknanya pada saya hahaha

Anonymous said...

salam kembali ..

aku tertarik dengan ungkapan di barisan pertama "usia tidak menghalang kehendak."

di tanah airmu ni yaaa khairyn ... usia sememangnya tidak menghalang kehendak & NAFSU!

gila kawin pompuan muda, gila kawin artis, gila rogol budak-budak, gila berpeleseran, gila segala ...

sememang usia mereka tidak langsung menghalang membuat perkara-perkara macam tu.