Monday, December 11, 2006
Hari ini saya mendapat jemputan dari Rosie untuk menyambut Krismas bersama beliau. Samada saya ingin bermalam di rumah dia ataupun menghabiskan masa sehari suntuk, itu terpulang kepada saya. Rosie menawarkan diri untuk menjemput saya di mana-mana saja lokasi di Glasgow. Dia juga menawarkan untuk menghantar saya pulang. Dia wanita berpangkat nenek yang sangat baik dengan saya. Mungkin dia kasihan melihat saya yang terpaksa menyambut Krismas di sini sendirian atau mungkin dia memang suka meraikan kawan-kawan. Saya bersangka baik saja.
Dia meletakkan saya di dalam dilema sebenarnya. Hendak menerima jemputan atau menolak? Pertama-tama, saya tidak menyambut Krismas dan walaupun pada zaman ini, sambutan Krismas lebih bersifat komersil daripada keagamaan, untuk bersama mereka pada hari tersebut terasa sangat janggal dan kedua pasti saya akan menyusahkan dia kerana saya hanya makan daging yang disembelih cara Islam dan tidak mengambil minuman yang memabukkan sama sekali. Walaupun saya tidak pernah cerewet tentang makanan, 2 perkara ini, bagi saya, tiada komprominya. Tak mengapa saya ada 2 minggu untuk memberi jawapan.
Hari ini hari terakhir saya di universiti untuk penggal pertama. Esok, bermulalah cuti sekolah yang panjang untuk pelajar-pelajar seperti saya. Tiga kejayaan besar saya capai hari ini.
1- Saya diberi peluang satu hari lagi untuk hidup di dunia dan diberi peluang beribadat.
2- Saya berjaya mendapatkan nombor NI yang saya tunggu berbulan-bulan lamanya.
2. Saya lulus ujian kelas untuk kertas Psychology.
Hujan agak lebat hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Tahniah. Bakal melalui hari-hari girang barangkali. Seronoknya bercuti. AKMA bergelut!
Terima kasih akma,
Seronok bercuti? Mungkin tidak. Pengembaraan mencari kerja akan dimulakan esok. :>
Biasalah pelajar yang dibayai sepenuhnya oleh I,ME&MYSELF International Ltd ini tidak membenarkan 'pekerja' bercuti panjang. hohoho
Saya berpendapat tidak salah jika kita meraikan mereka. Bukannya kita meraikan agama mereka. Tentang makanan dan minuman itu ada baiknya khairyn nyatakan secara baik kepada mereka. Jika mereka ikhlas tentu mereka memahaminya.
Tahniah kerana bercuti di kala ini. Malaysia juga hujan. Kesejukan itu membungkus saya di dalam sendu mendoakan kejayaan khairyn..
Tahniah!!!!
sejuk ujan patut sedap tido TAPI
FIFA seronok lak nak main2....
aduh hari tu siap call ZURD lg kol 3 am...huhuhuhuhu
Tahniah.... Alhamdulillah, berbaloi juga kerja keras sampai lambat tido sbb nak siapkan kerja sekolah & studi (read: sembang ngan aku) selama ni.
along...
kul 3 pagi??? .... nasib baik la PIPAH... kalau yang sorang lagi tu... tak ke haru. hehehheheh
TAHNIAH!!
salam
indera,
mungkin saya akan menziarahi beliau selepas hari krismas. Biarlah hari itu beliau habiskan masa bersama anak dan cucu dahulu. 'Family time'.
along,
kena belikan Fifa telefon bimbit. Tak tidur malam? Itu tandanya dia sebenarnya dia mengikuti waktu Eropah bukan Asia, hahaha.
Zurd,
Terima kasih kerana melayan kerenah. Yep! Lulus. Itu yang penting. Apa yang dibaca memang keluar dalam ujian. Alhamdulillah.
Kalau yang menelefon itu 'orang lain', hmm... memang haru hahaha.
Has,
Terima kasey!! (Ala-ala Alleycats gitu!). InsyaAllah, semester depan akan buat yang lebih baik lagi. Persediaan untuk 'final exam'.
Post a Comment