Thursday, January 11, 2007

Ish!

Hari ini Wirawati seperti tak cukup kaki dan tangan. Tapi nanti kalau banyak tangan pula, Wirawati jadi seperti dewi Hindu Dewi Durga yang banyak tangan tu. Tak naklah. Tak cantik. Lagipun lengan baju 'uniform' tu cuma ada dua - satu di kiri dan satu di kanan.
Oh! Kenapa Wirawati kata seperti tak cukup kaki dan tangan? Kerana hari ini tanah jajahan takluk Wirawati tiba-tiba sahaja menjadi besar dan wirawati kesuntukan masa kerana semua kerja-kerja menyelamat harus dilakukan dalam masa 2 jam 40 minit (tolak 20 minit untuk minum pagi. Kerja-kerja menyelamat biasanya dihentikan pada jam 7am dan disambung kembali 20 minit kemudian. Ada loceng yang akan dibunyikan menandakan masa rehat bermula dan berakhir).
Ya, ya kenapa ya? Sebab rakan se-penyelamat hari ini tidak sihat badan. Siapa kata wirawati dan wirawan tidak jatuh sakit? Apatah lagi bila demam influenza yang menyesakkan sistem raspirotari melanda di waktu musim sejuk ini. Jadi hari ini wirawati kerja keras. Niat untuk bermalas-malas di khutub khanah pun terpaksa dibatalkan.
Wirawati ambil keputusan. Habis tugas, wirawati terus bertukar menjadi manusia biasa. Menahan bas dan balik ke rumah.
Wirawati hendak bermalas-malasan di dalam selimut tebal. Lagipun angin kuat (gales) kembali lagi ke bumi 'lochs', 'bagpipes' dan 'haggis' sehingga akhir minggu ini. Ah! Sejuknya, tapi tiada salji yang turun... cuma hujan....

7 comments:

Miss Aini said...

Looks like UK is not going to snow this time innit? *sigh* wish to see one before i go home

kingbinjai said...

ooo di sini rupa wirawati :)

khairyn said...

salam

ainee,
dah nak balik ke? Seronoknya. I've got 3 more years to go! Yes! Yes!

No snow, only the melted ones.. alahai. It was raining fiercely this morning. Gales oh gales!

King,
Ish! Malulah! :p
Terima kasih kerana menyinggah.

Miss Aini said...

im going home the end of this december. *sigh*. u enjoy yah.

Iman Mawaddah said...

Salam kak,
Lama tak menjengah..Rupa2nya dah jadi wirawati sekarang ya.Hehehe ingatkan apa ke bendanya wirawati yang dimaksudkan ..tabik spring sis.

Teringat zaman sekolah dulu..abah (panggilan mesra untuk seorang cikgu merangkap warden asrama sekolah) sering berpesan bila tengok wirawati2 dan wirawan2 sekolah..jangan lupa beri salam dan tanya khabar dia. Anggap mereka macam ibu bapa sendiri kerana mereka juga manusia punyai hati untuk dikasihi. Jangan sesekali pandang hina pada pekerjaan mereka. Kata abah lagi tingginya darjat seorang manusia adalah terletak pada budi perkertinya bukan harta dan pangkat yang disandangnya..ermm saya rindu abah kedua saya tu..entah di mana dia sekarang.

INDERA KENCANA said...

Hiii... boleh dibayangkan bagaimana sejuknya Wirawati di dalam misi menyelamat dunia. Rehat sebentar untuk secawan kopi panas..

khairyn said...

salam

ainee
Thanks. Good luck to you.

iman,
ah wirawan/wirawati adalah sinonym dengan pelajar Malaysia di sini. Buat kawan baru lagi tadi, namanya?Sukar untuk dieja tapi dia dari Malawi.

Ye, dulu saya pernah ingin membuka mulut meminta wirawan cowok indon mengajar saya menggunakan buffer machine di pejabat, tapi dia kelihatan terlalu sayang dengan mesinnya, jadi saya tinggalkan dia sendirian. Tadi, saya sudah dapat memandu mesin saya sendiri. Saya suka!

Pekerjaan ini benar-benar menginsafkan saya, iman.

indera,
sejuk-sejuk pun, dasar orang Melayu. Seawal pukul 5am tetap mandi. Hmm.. air panas :)