Friday, February 02, 2007
Nad.
Dia seorang lelaki Afrika dari keturunan Masai. Tinggi, kurus dan mempunyai senyuman yang sangat manis. Nad antara minoriti yang terselit di antara pekerja-pekerja 'Domestic Assistant' baru yang majoritinya adalah Melayu. Tapi, Nad seorang yang ramah, mudah ketawa dan mudah mesra. Jadi, dia tidak kekok berada di tengah-tengah kelompok Melayu di negara mat-mat dan minah-minah salleh ini.
Pada setiap pagi, kami diberikan sepuluh minit rehat untuk minum teh. Tapi, saya belajar dari senior-senior di sini, sepuluh minit sebelum masa rehat bermula, kita sudah boleh meningalkan tugas dan berjalan ke kantin. Sepuluh minit kita rehat sambil berbual-bual mesra dengan rakan-rakan setugas. Tepat masa selesai, barulah kita bergerak kembali ke wad-wad yang ditugaskan. Jadi tadi, saya dan Marie, rakan setugas yang baru juga (dia rakyat Peranchis), duduk di kalangan senior-senior sambil mendengar cerita dan gosip terbaru dari mereka. Saya tak nampak Nad. Mungkin dia duduk di kelompok lain agaknya.
Tepat jam 12.30pm, kami turun lagi ke kantin. Kali ini untuk makan tengahari. Di dalam waktu latihan ini, kami diberi kelebihan untuk duduk makan tengahari, tapi nanti bila sudah mula bertugas, kami tidak ada waktu rehat makan tengahari. Waktu rehat hanyalah sepuluh minit tepat jam 10am.
Kali ini, saya duduk dengan Marie dan Lindsay (gadis tempatan yang suka mengeluh dan sentiasa kelihatan bosan) sambil berbual dan makan tengahari. Di pinggan saya ada sesenduk coleslaw dan satu skup kentang lenyek. Nad lalu di belakang saya. Dia membawa satu beg plastik. Pasti itu makanan tengaharinya, fikir saya. Nad berhenti betul-betul di belakang saya dan membongkokkan bandannya yang tinggi.
"Anda makan makanan sihat hari ini nampaknya," tegurnya.
"Oh! Yang penting murah," balas saya sambil lalu tersenyum.
Nad ketawa. Dia berlalu dan mengambil tempat di sebelah Tony di meja tidak jauh dari saya. Tony juga rakyat tempatan. Dia pendiam orangnya. Nad dan Tony berkongsi meja pula dengan Silva, lelaki Ceylonese yang tidak suka menonton filem Tamil.
Saya sengaja perhatikan Nad. Dia membuka ikatan beg plastik dan mengeluarkan sebiji pisang. kulitnya dikopek dan isinya di makan hampir setengah. Dia mengunjukkan pisang tersebut kepada Tony dan Silva lantas berkata "Anda tahu apa ini?"
Tony dan Silva hanya tersenyum. Pasti mereka tahu itu pisang.
"Banana," balas Silva.
Nad tersengih. "No," balasnya. Di angkat buah itu tinggi sedikit. "This is pisang."
Saya turut tersengih. Nad bakal diMelayukan tidak lama lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
salam,
"nad bakal dimelayukan", haha..
Masai kan dekat Johor.
salam pa'chik,
adakah ini bermakna orang pertama yang membuka Masai di Johor berasal dari Afrika? hehehehe
Tidak tidur lagi? Atau sudah bangun?
masai afrika? bukan masai itu johor? bakal dimelayukan? adakah anda maksudkan bakal diislamkan? melayu bukanlah islam dan islam bukanklah melayu
king,
hehehe Masai (Maasai) satu kaum di Timur Afrika. Jauh pula dengan Masai, Johor.
Nad belajar perkataan 'pisang' dari kawan-kawan Melayu di sini. Kalau Nad rajin, dia boleh jadi 'Melayu Afrika keturunan Masai' hehehe.
Mengislamkan Nad? Hanya Allah yang maha mengetahui.
Salam Kak..
Bakal dimelayukan? hehe boleh buat calon nehh..tolong bookingkn ya kak hahaha
wadu waduh...boleh dinobat sebagai Duta Malaysia Glawsgow ni!
salam
iman,
hahaha... tak moh booking. Nad dah kawin hehehe.
akma,
duta? Oh tidak! Baru tadi promote Malaysia lagi pada seorang senior yang pernah bertahun-tahun merantau ke Selatan Afrika dan Greece. Saya jealous!
Terima kasih atas link youtube di kotak komen iman, saya baru menontonnya. Itu akibat bila mulut terlalu biasa bercakap kasar. Kemudian mendengar pula nyanyian Shania Twain yang mendayu-dayu. Ralat rasanya ke 'sana' tanpa ada yang boleh dibaca.
di melayukan? heh heh heh....
weh Neville kawan secrime ko tu udah menikah semalam. Aku pergi receptionnya malam tadi. Yang bestnya, only two tables yang ada makanan halal, dicater dari Restoran Bilal. Nasi Kandaq ler. Tapi meja2 orang yang makan chinese course asyik menjeling kat meja kami, mungkin sebab cemburu makanan kami yang lebih 'bernyawa' (sekadar meminjam perumpamaan teman lelakiku yang berdarah mamak) atau mungkin tensyen sebab meja kami yang paling meriah tergelak sebab Azman terjumpa getah pengikat kat rahang ikan merah yang dimasak kari. hehehe
wah! Neville memang mencari cinta. Akhirnya berjumpa. Tahniah! Harap selepas ini dia tidak lagi bosan dan asyik 'whining' je. Bayangkan aku yang duduk sebelah mejanya dulu. Pening, pening. hahaha
Getah dalam rahang ikan? Korang makan ke getah tu? Ish! Kalau dah duduk semeja dengan geng memang kecoh. Teringat zaman dulu-dulu, cover assignments yang ada dinner. Meja kita mesti dihujung dekat dengan loud speaker, paling kecoh, paling lambat dapat makanan, paling cepat habis. Aduhai la wartawan Malaysia! hahaha
wartawan malaysia ... hehehhee betui tu. paling lambat dapat walaupun dekat sangat dah dengan pintu waiter2 tu kuar bawak makanan. tapi once terhidang depan mata ... zup zap zip macam katun .. kejap je dah abis. aku rasa waiter2 yang jaga meja reporter paling relaks sebab khidmat mereka tidak diperlukan untuk mencedok makanan kedalam pinggan wartawan. hahahahha ...
abis je makan ... semua berkeliaran balik sambung buat kerja.
btw ... aku sekarang ni tengah dok on-duty. ni tengah ada toll protest kat ioi mall. 15 orang kot yang kena tangkap .. termasuklah reporter aku sorang. sian dia .. hehehehe ...
ni tengah dok buat skrip untuk news malam ni.
lady diva ... amacam sekarang? abang khir makin mantap ke penampilan dia? hehehhehe ... aku ni tak sempat2 nak call ko .. adehhhh.
salam,
cuba tanya Nad, dia keturunan Baginda Masai yang cuba menakluk negara Beringin Rendang dengan teka-teki tu ke? Mungkin pasal mereka kalah pertaruhan, dan lari ke Afrika..
Kalau dia tak pasti, bagi dia tengok cerita Nujum Pa' Belalang ye.
hahhahahaa...berusaha lah wahai teman..
kerinduanku terubat ! mmuakhhh
tOSS...
khairyn ,
Jun bekerja di Masai, Johor , dan sarapan pagi jun juga pasti ada pisang ( jenis..bergantung pada apa yang di kedai).. boleh rasanya jun berkongsi 'KeMelayuan' jun dengan Nad ..
cukup tak syarat jun ada tu ?
take care , there.
Salam...
go.. go.. chai yuk... hehehhe..
kalau ada masa maybe bleh email kat aku gambo ko ngan uniform baru tu???
orang Masai afrika suka membela misai tak.. aper name pnuh Nad, takkan Nadiaya kot
hehhehhe.. "this is pisang.." betol tue..!! lama tak jenguk akak.. apa kabar..???
salam
izinni,
hanya membaca berita dalam internet. Ah! Bohsan! Tak dapat sama-sama berpiket. Selalu saja terlepas peluang.
Pa'chik
Rasanya kalau keturunan Baginda Masai sekalipun, mungkin saudara jauh.. Nad terlebih jemur hehehe
Toss,
kau rindu aku? Buktikan! Tarikh telah kuberikan hahahaha
Jun,
Ah! Masai. Tempat jam yang menyakitkan kaki menekan pedal minyak dan brek. Tak sangka... saya rindu Johor.. arghhhhh!
zurd,
Kau mesti juling biji mata tengok warnanya. Tapi sekarang mungkin kurang sikit keserlahannya. Sudah 2 kali dipusing dalam mesin basuh!
Kemat,
Ahhh... Nad tak ada misai. Nama penuhnya.. err.. yang pasti bukan Nadiaya. Panjang dan susah nak dieja ala-ala Arnold (susahnakeja) juga. hehehe
Maniq,
Satu hari satu perkataan Melayu untuk Nad.
Alhamdulillah saya sihat. Maniq pula?
Kalau mengikut pemahaman aku malam tu, khabarnya neville bertemu jodohnya pada satu function church. siap mengopekkan ketam buat linda (nama isterinya).
hahaha part meja di belakang tu, bukan saja sebab boleh memekak ytak ingat dunia, tapi kalau nak cabut meninggalkan majlis, tiada mata yang memerhati.
tiba2 je dah hilang.
wah izzini, piket katanya. dah lama aku tak berpiket di jalanan Kuala Lumpur. Paling akhir adalah pada 1999 ketika sibuk main kejar-kejar dengan FRU dan kelompok reformasi.
ingat lagi masa itu berbekalkan ubat gigi dan sebotol air mineral takut disembur gas pemedih mata atau air yang gatal itu
Diva,
Kau memang hebat! Berpiket! Bereformasi! Nasib baik tak kena buang kerja hehehe.
1998, aku cuma memerhati dari menara DBKL. Nak turun dah kena kunci. Waktu tu dah kecoh besar kat Jalan Raja Laut. Melangutla tengok orang bertempiaran lari kena sembur dengan FRU. Kalau ikut semangat aku waktu tu, nak je aku baling pasu bunga kat polis/FRU dari tingkat 29 tu hahahaha. Nak gak aku ketuk sekali bapa-bapa yang dungu bawak anak kecil bereformasi. Kesian, tak pasal2 kena sembur dengan air gatal.
Post a Comment