Monday, January 08, 2007

Op!

Saya bagi amaran. Jangan rapat ketika saya sedang dalam misi.
Ini kali pertama saya beri peringatan. Jangan cuba dekat. Jangan buat saya beri peringatan ke-dua, ke-tiga, ke-empat dan ke-lima sekiranya mahu selamat.
Saya ada tugas baru sekarang. Saya sudah diangkat menjadi seorang wirawati. Ya! Seorang penyelamat. Malah mungkin juga seorang penyelamat dunia. Saya juga bakal mempunyai 'uniform' saya sendiri. Bukan! Bukan seperti Wonder Woman yang memakai baju mendedah aurat. Juga bukan seperti Cat Woman yang memakai baju melekat di badan dan memegang cemeti. Walaupun kedua-dua mereka memakai sarung tangan. Saya juga!
Ya, ya. Saya memakai uniform yang longgar, sesuai dengan kedudukan saya sebagai wirawati muslimah. Juga menutup aurat. Oh lupa! 'Uniform' saya juga berwarna biru. Hmmm.. ya ada sedikit warna merah dan hijau err... sedondon dengan sarung tangan saya yang juga berwarna biru dan hijau (boleh dipakai silih berganti mengikut perederan fesyen). Tapi saya tidak meniru warna wirawati penyelamat dunia yang lain. Tak boleh! Saya boleh didakwa melanggar Akta Hak Cipta. Itu juga plagiarism. (Unuk maklumat lanjut sila tanya bekas 'Group Editor' NST, dia lebih arif).
Saya juga mempunyai senjata pelindung diri. Bukan cemeti. Satu diperbuat dari sumber asli yang kebanyakannya berusia beratus-ratus tahun dan satu lagi dibuat daripada 'synthetic monomer' ataupun 'polymer resins'.
Mana-mana kejahatan yang berani mendekati saya akan saya hayun dengan senjata ajaib saya. Dan sekiranya saya di serang, pastinya saya berlindung di belakang 'synthetic monomer' ataupun 'polymer resins' saya yang berwarna merah dan putih.
Ya! Anda berani sekarang? Marilah dekat.
Saya memegang batang mop di tangan kiri dan baldi di tangan kanan. Berani lagi??
Maaf ye, wirawati masuk beradu dulu kerana esok beliau perlu 'sign-in' untuk misi tepat jam 6 pagi.

9 comments:

INDERA KENCANA said...

Wahhh... dah macam dalam filem Cicak-Man.. :)

Jun Ahmad said...

Sungguh happening !
ayuh ! ( apa pun jua yang kena settlekan misi tu ..) .. kita mulakan , err..lepas kak jun abiskan makan prata ni dulu lah yea ..

salam perkenalan .

khairyn said...

salam

indera
Wirawati rasa macam dah mahir je dalam misi menyelamat bumi dari kekotoran ni. Bersinar-sinar selepas disental. Akhir kata - misi untuk hari ini. SELESAI

Jun
Sedapnya prata!! Ingat pada kawan karib di Tanah Malaya. Dia dulu, seorang saja muslimah di tempat kerja. Tapi bila ada company dinner, dia yang tentukan makan kat mana dan dengan garang kata 'no beer or any alcoholic drinks on my table please!'

Saya kata Well Done!

Anonymous said...

ohh...jangan bimbang. 'Tugas' wirawati di bumi England tidak separah 'tugas' wirawati di Malaysia. <<< Berdasar perbualan dengan rakan-rakan ketika di Southampton tahun lalu. :).

Selamat bertugas wirawati!

Kemat said...

Selamat Berjuang Wirawatiku...Ader Kerjo kosong untuk wirawan tak

khairyn said...

salam

akma,
Rasa seronok pula sebab rasa seperti Ultraman yang menentang makhluk raksasa yang mahu menjahanekan bumi. Hehehe

nota : Hari ini belajar mengilatkan lantai menggunakan buffing machine. Kiri kanan kiri kanan. Macam kawat plak.

Kemat,
Nak jadi wirawan? Dah sedia? Boleh jadi garang ke? Songkok dengan kain pelikat samarinda hijau tinggal kat umah, bleh?

Miss Aini said...

Ya, wirawati!! Sudah lama tidak menjengah blog ini. Been away for 3 weeks. Ramai juga kawan saya di sini bergelar wirawati. Juga digelar floor manager. Latihan untuk otot lengan dan kaki. Begitulah student Malaysia. Rajin mencari rezeki sambil menuntut ilmu. Mudahan Allah memberkati usaha dan murahkan rezeki halal kakak. Ganbatte neh!

Anonymous said...

Fuhlahmak! terror seiii wirawati muslimah kita. hehehe

but come to think of it .. kenapa di malaysia tak ramai students yang sanggup jadi wirawati dan wirawan berkhidmat untuk masyarakat seperti students kat luar negara? MALU? takut jatuh standard sebagai siswa dan siswi.

akhirnya makcik2 separuh umur gakk yang kena buat semua kerja yang wirawati khairyn buat sekarang. sian nengok depa.

good luck mate!!

khairyn said...

salam

ainee,
InsyaAllah. Rasa berbaloi sangat menerima wang dari hasil titik peluh membanting tulang macam ini.

Has,
Malu? Mungkin. Tapi kerja2 macam ni buat kita lebih insaf. Buat kita fikir, 'do not take things for granted'.

Aku dah terfikir sekarang ni, adakah cewek dan cowok yang bekerja sebagai pencuci di pejabat kita dulu tu, mereka yang tidak habis sekolah ataupun sebenarnya mereka graduan yang tidak mendapat kerja di tempat sendiri? Hmmm....