Tuesday, November 06, 2007

amacam?


Aku terasa macam nak 'rave and rant' (Sas, pinjam sat naa) sebab la ni aku terasa ada sedikiiiit sakit hati dengan sejenis makhluk. Segelintir je. Namanya manusia.

Tak besar mana pun masalahnya cuma... ya cuma... aku menyampah dengan penggunaan tatabahasa - Bahasa Inggeris yang tidak tepat. Uit! Aku bukanlah cikgu Bahasa Inggeris dan bahasa aku pun caca marba dan tunggang langgang. Aku pun suka 'rojakkan' atau 'salad' kan bahasa aku. Tapi aku suka.. ya suka sangat-sangat kalau aku tulis dalam bahasa penjajah, penggunaan bahasa dan tatabahasa aku betul walaupun tak 100% tepat sebab aku ada masalah grammar.

Tapi kan kan kan... betul ke kalau kita guna bahasa Inggeris tu kita kelihatan lebih 'intelligent'? Lebih bijak dari orang pandai? Ya lah, kita guna bahasa omputeh, maknanya kita ni lebih 'advance' lah dari orang sebangsa... ya ke begitu? Lagi lagilah kalau menulis tu untuk 'membidas' melawan atau berdebat tentang politik (eh! Contoh jer ni) - bukan apa aku ni sekejap tadi ada la melompat-lompat ke blog yang ada kat PAUTAN aku tu. Tiba-tiba aje bila aku baca satu komen mamat tu kat satu blog dalam pautan aku tu... aku mula memikirkan tentang 'sampah'. Hahaha... bukan apa itu blog orang, jadi aku tak nak lah komen lebih-lebih. Ini blog aku jadi sukahati kepala kotak akulah nak buat apa kan.

Oh balik pada komen tu tadi ye. Dia KOMEN dalam bahasa inggeris. Wah! Ada inisiatif kata aku. Bagus. Aku suka orang mencuba ni. Tak takut. Berani. My kind of person! Tapi kan kan kan.. aku terus malas nak baca bukan sebab isinya 'sampah' tapi penulisannya juga aaaa 'sampah' yang susah nak kitar semula. Sudahlah tatabahasa tunggang langgang, kata kerja kata nama bercampur-campur. Ejaan pun lari. Hah! Yang ni aku memang tak boleh terima. Berapa banyaklah kamus ada kat tanah malaya ni. Kamus dwi bahasa, kamus dewan, collins, wordfinder, ada gak online dictionary bla bla bla.. Sila gunakan dan jangan malas.

Nasihat aku... sungguh ikhlas ni. Just stick to what you KNOW. And always IMPROVE yourself. Sebenarnya kalau kita nak tahu, bangsa yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri adalah satu bangsa yang berjaya. Tak percaya tengoklah;
1. China (semakin maju)
2. UK dan US (rasa diri dah maju)
3. India (akan maju)
4. Germany (aku maju-majukan ahaks)
5. Jepun
6. Siam (berjaya menolak penjajahan- dululah)
etc etc

Sekian terima kasih.

Majulah Sukan Untuk Negara.

16 comments:

Pa'chik said...

perancis belum maju eh? korea ke...

mujur tak pandai klasikal latin kan mamat tuh.. kalau tidak mesti kumen lam bahasa latin.. kekekek...

budak berlagak kat blog mudin la ni kan? kekekek...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Apalah kaitan 'Majulah sukan untuk negara' dengan ayat2 diatas tu...wakakkaka....tapi sukan kat negara kita tak maju mana pun...hempes!

indera kencana said...

Malas nak ulas (ulas ye, bukan komen) pasal Mamat sebab English saya pun tunggang-langgang. Apa pun saya suka gambar yang ditempelkan.

Saya baru daftar IELTS minggu lepas. Tarikh ujian 8.12.2007. Doa-doakan saya ye!!!

Akan email Khairyn nanti jika saya ada perkembangan terbaru..

Azhar Ahmad said...

Alhamdulillah,s aya masih banggakan Bahasa Melayu saya...

Anonymous said...

Saya bukan golongan Intelligent macam orang tut tutttttttttt..
Sebab tulah guna bahasa ibunda jek..
Muahahak!!

Anonymous said...

hahahah, senyum memanjang aku hari ni..

woit, dia suggest kita semua pergi beli dictionary sebab tak faham inggelish dia... hahaha!

13may said...

Khairynn...
pinjam kamus...nanti bila pulangkan, aku selit surat cinta dalam tuh...

hahha hahha hahah :D

Anonymous said...

Salam

Mak Lang dah baca dah..buat malu aku je jadi cikgu B.I.

Aku ni walking dictionary laa..nak beli dictionary ape lagi.

khairyn said...

salam

pa'chik
kalau klasikal latin tu aku suka banget tu kakaka.. kurang2nya aku langsung tak paham. Budak berlagak tu la.. tak tahu tanya. Ni dengan bengongnya bukak mulut menyerlahkan lagi kebodohan sendiri. hahahaha

elly
ish ko tak tau ada gak sukan yang 'maju' ni kekekeke. Eh? Adakah langit cerah? Hati berbunga2 hari ni? Indahkah alam kala ini? Burung menyanyi lagu gembira? wakakaka..

indera
hahaha... semoga selamat menjawab soklan. IELTS tak pernah ambik hahahha. all the best!!

enchek azhar
saya juga!! Bangga juga menjadi Muslim yang dilahirkan di Malaysia.

khairyn said...

akira
oh saudaraku, anda memang sangat intelligent. Lebih intelligent dari 'mamat tu'... err bahasa ibundamu itu bukankah Jawa? lalalala

mudin
tu yang buat aku senyum jer tu. Nak komen ish blog ko. Aku takut penuh dengan pembetulan grammar, verb, noun ngan spelling jer nanti. hahahaa.. tak pe sekurang-kurangnya dia berjaya menghiburkan aku.

maymay
buat apa nak selit surat cinta. Yu selit diri yu kat celah kamus tu laaa wakakakaka. Jadi penanda buku, amacam? kekekee

mak lang
hoh! Itulah dia. Aku suka sebab dia nak mencuba tapi caranya salah. Jadi manusia ni kita kena humble. Banyak benda kita tahu tapi banyak benda lain yang kita tak tahu.
oh hang ni walking dictionary ke? meh dok sebelah aku time exam sebab department kata aku boleh bawak kamus dwi-bahasa tapi dia x cakap jenisnya - buku ka, electronic ka, manusia ka wakakakaka

Anonymous said...

Salam

Berapa kao nak bayar aku jd walking dictionary nanti ? Ha ha 5.60 pound sejam buleh...


Mamat tu buat hal lagi kat blog Mudin...aku pun tak tahu isu apa yg dia nak fokuskan..macam ayat Samy Velu je..kesian..kesian.

Pa'chik said...

aku, klasikal latin tak pandai lah..
kalau klasikel-lantan buleh lah.. ekekeke...

Anonymous said...

ate kak kiah oi, akak kalau nak mencarut lebih sopan dalam bahasa inggeris, karang dalam bahasa sendiri karang habis sebut yang dalam kain sendiri, heheheh

DeeN said...

*Owh! Aku melopong*

Merendah diri adalah jalan yg terbaik. tapi jangan la merendah-rendah diri sendiri. apatah lagi org lain. kan, kan, kan. [kecuali kalo memang dah rendah, itu takleh nak buat apa2 la].

*melopong lagi*

khairyn said...

mak lang
free tak leh ke?

pa'chik
huh ko dah memang klasik dah pun kekekeke

sang diva
sama gak ngan aku. Sampai anak2 buah aku tersengih suka bila aku marah sebab nanti dorang boleh kata tak paham. cheh! Banyak auta itu budak2.

nur
yep, diam tak bermakna bodoh kan. Tapi how many people actually do keep quite and listen? Setuju, kita TIDAK BOLEH merendah diri sampai maruah kita diinjak-injak. Lumat!

Anonymous said...

woi budak2 sekarang bijak2 belaka tau. seram pulak aku. cakap pasal bijak, ada juga orang2 di Jabatan Pendidikan di Selangor ni yang tak bijak. Keputusan UPSR dah diumum semalam, hanya Selangor je tak ada sebab "kena tunggu pengarah buat press conference"

PCnya entah bila, tak taulah.....

hari ni bila call pejabat tu masih tidak berhasil

agaknya nak kena tunggu panggil pak menteri baru nak bergerak kot