Wednesday, April 30, 2008

Kemaruk buku

Alhamdulillah, syukur. Rezeki datang bergolek-golek disaat aku mengeluh tak ada bacaan santai dan ilmiah lagi yang hendak dikhatamkan.

Minggu lepas macam biasa aku mengintai-ngintai pesta buku dan telah membeli empat buah buku ikut suka hati aku. Kebetulan tengah ada jualan murah untuk beberapa buah buku, jadi apa lagi.. penuhkan ragalah. Tak lama lepas tu editor aku beritahu yang beliau akan mengepos buku-buku dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang sudah berakhir beberapa minggu lepas untuk aku dengan harapan buku-buku ini dapat menjadi sumber inspirasi dan mengeluarkan aku dari belenggu Writer's Block. Apa lagi yapedapedu lagilah. Maka, inilah hasilnya. Buku-buku yang aku harap dapat aku lunaskan membaca seusai musim panas.

Bacaan santai
  • Garis-garis Dejavu - John Norafizan (dapat otograf penulis)
  • Kopi susu sepatu biru - Ruby Hazry (oh! semoga cepat sembuh ye Ruby)
  • Tentang... Dhiya - Syud (juga dapat otograf penulis)
  • Edensor }
  • Sang Pemimpi } Tetralogy Andrea Hirata - (dapat personal autograph lagi. Jangan jeles!)
  • Laskar Pelangi }
  • Tunnels - naskhah complementary untuk penterjemah.

Bacaan ilmiah
  • The Communist Manifesto - Karl Marx and Freidrich Engels
  • The Battle For God - Karen Armstrong
  • Islam: The Short History - Karen Armstrong
  • The God Delusion - Richard Dawkins (anjuran Akuatik)
Oh, aku mencari buku ini
Islam Andalusia : sejarah kebangkitan dan keruntuhan / Ahmad Thomson, Muhammad 'Ata'ur Rahim.

Kau orang agak-agak ada tak dijual di toko-toko buku di tanah air tak, Kalau ada boleh sesiapa tolong belikan? Sebab aku cuma jumpa buku ini ada di perpustakaan di Singapura. Teringin sekali nak membacanya. Sesuai juga untuk rujukan. Agak-agak Wann, ada tak buku ni jual di Kota Singa tu? Kalau ada err.. boleh tolong belikan tak? Beritahulah ongkosnya berapa.

17 comments:

akirasuri said...

Ermm rasanya macam pernah baca buku yang kak khair cari tu..
Ke ada dalam rak buku saya atau dalam kotak-kotak saya ek..
Nanti kalau rajin saya selongkar ek..
:)

akirasuri said...

Kak.. Saya rasa saya salah buku la..
Sory sory.. :|

Zuraini said...

Salam...

Kerja ke hari ni? Selamat hari pekerja.

Bila baca sejarah keruntuhan Kerajaan Islam Andalusia rasa sedih, betapa bila berada di ambang kemewahan, kita sering kali terleka.

Ni saya tgh baca Rahsia ISLAM di CHINA : Gemilang di Sebalik Tembok Besar - ANN WAN SENG, nipis jer, 160 ms tp x habis2 lagi. Kekwn ofis dok mengutuk sbb novel yg tebal2 ada yg sampai lbh 500 ms boleh habis dlm sehari, ni yg nipis x habis2. Mana sama kan bacaan santai ngan bacaan ilmiah.

Lps ni nak baca lak Islam yang Mudah, ada yg sedang dicari ttg perbezaan mazhab. Paling suka baca & tak jemu2 wpun dah berulang kali dibaca- Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi.

Najmuddin Yusoff said...

Buku yang aku janjikan itu dalam perjalanan dari e-kedai.net ke rumahku. Aku tak beli pun, dapat saguhati dari http://www.bukuria-malaysia.com/

:)

achik said...

wah.. banyaknya buku..
selamat membaca.. :)

IRA said...

ketiga-tiga karya andrea hirata tidak menghampakan...tak sabar nak tunggu yang keempat. Cemburunya awak dapat jumpa dia... :(

khairyn said...

salam

ati
hehehe tak apa. memang buku ni buku lama pun. Tak silap terbit 1996 agaknya. Cuma teruja aje hehehe

neen
Saya tidak berapa minat sejarah sebab sejarah itu sentiasa berulang-ulang. Sejak jejak kaki ke Andalus memang teringin nak tahu sejarah hitamnya bukan kegemilangannya sangat. :)
Biasalah kalau buku tu kita kurang berminat memang payah nak habiskan walaupun cuma 10 muka.

tok
ahah! Kau sebut profanity 'the F word. FREE' aku suka!

achik
yay! Tak sabar nak baca ni. Dah selak sikit-sikit tapi mengenangkan exam dah dekat.. terpaksalah ku batalkan hasratku hahaha

ira
salam. Tidak ke Pesta buku pun tapi ada insan yang baik hati tolong dapatkan tandatangan penulis dan mengepos buku-bukunya pada saya.. hahaha mengelat!

one said...

Wah,boleh tahan,cam untuk setahun (based on kapasiti saya lah)

Anonymous said...

salam.

aku dah try goreng keropok dalam microwave. seminit je. ok gak, cuma hangus di tengah. memang genius !

aku nak tanya, kalau aku buat handbook tentang bahasa inggeris, laku tak kat mesia...

mak lang beth

izinni said...

aku tengah mengemas 'harta-harta intelek dan santai' aku ni. banyak buku2 communication yg patut aku bagi kat ko sblm ko gi sana. buku2 form 5 dgn 6 pun melambak. siap terselit essay assgnmt lagi celah2 buku. bila baca balik ... wahhh genius gak aku ni ek. hahahahaha :P

rak buku dah penuh, kotak tak sendat, bakul dari menbukit .. kat mana nak sumbat lagi ek?

khairyn said...

one
silap-silap 2 tahun pula tak habis membaca hahaha

beth
Ko jangan letak kerpok tu atas pinggan. susun aje atas 'plate' original dalam microwave tu.
handbook english tu aku rasa boleh kot. Kau kena buat teknik senang dan sangat mudah kot. Kau nak stress on what? grammar ka?

izinni
ye ye sangat intelek sebenarnya kau ni. Cuma tak ambik PhD jer hahaha. Rak kat bilik kat rumah tu tak silap buku2 Darjah 2 pun ada kot. hahaha.Tapi Form 5 ngan 6 to comfirm ada. Paling tebal buku Micro ngan Macro Ekonomi yg paling aku nyampah cikgunya tu hahahaha
Aku rasa kat rumah melaka tu nak kena tambah rak buku lagilah.. sebab kat sini jer rak aku dah penuh ngan buku. The only harta yg ada hahaha

DeeN said...

Arrrrrrrrrrrrgh... tidakkk... nggak dapat jumpa Aa Andrea. Jelesssnyerr.. sob, sob!! Sila baca buku tu akak, karya beliau mmg best. Yg first book, seminggu je dia nulis hehe... akak, sila jgn dirasuk writer's block - daku dah tak sabar neh nak nunggu buah tangan orang jauh hehehe ;)

Selamat membaca no.. kita pakat2 baca novel dan lain2 penulisan selain buku teks ek..:) (opss lupa, akak lom buleh lagi)

lyza said...

okay nanti I carikan :) Kak Su hantar eh buku-buku tu?.. teringin juga nak baca buku Andrea Hirata itew.

Unknown said...

aku berpeluang pergi diskusi Andrea Hirata. Cuma aku belum ada buku dia. huhu... nekad beli lepas koleksi yang aku ada, selesai aku hadam.

kawan aku bukan main bangga bila andrea sendiri minta novel dia. aku pulak duduk jauh-jauh je, sbb aku penulis picisan. haha.

Nina Suria said...

wah org jauh lak dpt otograf si ikal itu, jeles jeles betul jeles :p

Gadis Reformasi said...

salam ziarah dari Wales, UK!
:)

izinni said...

yo babe,
1) Precision Journalism - A Reporter's Introduction to Social Science Method by Philip Meyer

2) International Politics by K.J Hosti (Translation to Bahasa Malaysia by Haji Hassan Ahmad)

3) Interpretative Reporting by Curtis D.MacDougall

4) Media Ethics - In the Newsroom and Beyond by Conrad C.Fink

5) Social Ethics - Morality and Social Policy by Thomas A.Mappes and Jane S. Zembaty

6) Mediamerica by Edward Jay Whetmore

7) Mass Media in America by Don R.Pember

8) American Mass Media - Industries and Issues by Robert Atwan, Barry Orton and William Vesterman

9) Introduction to International Relations - Power and Justice by Theodore A. Couloumbis and James H.Wolfe

Ko nak? Kalau nak bagitau .. aku cuba usahakan hantar kat ko. Kalau nak la kan. hehheheh