Wednesday, May 14, 2008

Sembang pintu

Semalam aku buat perbincangan theology di muka pintu dengan dua orang penganut Jehovah Witness yang datang untuk menyebarkan agama mereka. Ini kali ke dua mereka datang mengetuk pintu rumah. Mula-mula dulu datang dan beri aku phamplet pasal kitab mereka. Aku kata aku Muslim, tapi tak apalah kalau nak bagi. Aku ambil aje, lepas tu entah mana aku buang aku pun tak tahu.

Masa mula tu dia tanya juga sama ada aku percaya pada Jesus Christ ke tak, aku jawab sebagai Muslim aku percaya dengan kewujudan Jesus sebagai salah seorang dari 313 rasul yang diutuskan Allah (dari pembelajaran aku). Setakat itu saja. Salah seorang dari dua perempuan tu nampaknya teruja dengan jawapan aku. Terus berdiskusi. Di depan pintu. Dia kata mereka bukan Roman Catholic atau sect yang lain yang percaya Jesus itu sebahagian dari Tuhan. Konsep Triniti yang menjadi doktrin asas (fundamental doctrine) untuk penganut agama Kristian yang lain. Tapi sebab masa suntuk, perbincangan tamat di situ. Dia minta izin untuk datang lagi dan aku pun beri.

Jadi semalam, diorang datang lagi berbincang tentang agama. Sekali lagi di muka pintu. Aku masih keberatan nak benarkan mereka masuk. Lagipun aku pun takut juga, ilmu tidak setinggi mana, takkan layak berbincang pasal topik begini, risau aku pula yang terpesong akidah.

Pertama-tama mereka tanya lagi sama ada aku percaya pada Jesus dan sekali lagi aku terangkan pendirian aku. Mereka puas hati. Bercerita pula yang mereka juga tidak percaya Jesus itu Tuhan tapi anak Tuhan, tapi mereka tidak sembah Jesus sebaliknya pada pencipta Jesus itu. Jehovah. Baik, ada persamaan di situ walaupun kami percaya Jesus bukan anak Tuhan. Ya, kami juga sembah pada pencipta Jesus.

"Oh! Mungkin kita sembah Tuhan yang sama".

Woah! Tidak!
Asas utama adalah syahadah, 'Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruhNya'.

Bercerita pula perihal Adam dan Hawa.

"Adakah mereka sempurna?"

"Tidak. mereka ciptaan Allah. Tidak sempurna" (maksud aku tiada yang sempurna melainkan Allah).

"Kami percaya manusia itu sempurna."

"Maaf, jika dibandingkan dengan ciptaan Pencipta yang lain, memang manusialah sebaik-baik ciptaan. Ya dari segi fizikal memang manusia ini sempurna."

Teruskan perbincangan pasal bagaimana Adam dan Hawa telah dibisik Syaitan untuk melakukan perbuatan yang dimurkai Allah sehingga dibuang dari Syurga.

Seterusnya..

"Mengapa Syaitan semakin laju cuba menyesatkan manusia? Kamu tahu bahawa Syaitan dulu adalah malaikat dari darjat yang tertinggi?"

"Ya, kerana mereka engkar kata Penciptanya maka mereka menjadi Syaitan. Sebab itu mereka dikenali juga sebagai Fallen Angel bukan?"

"Ya, betul dan sejak tahun 1914 Syaitan semakin berusaha untuk melakukan kejahatan di dunia. Lihat ini, (dia tunjuk perenggan yang menyatakan di akhir zaman syaitan semakin bekerja keras kerana mereka tahu yang masa mereka untuk menyesatkan umat manusia semakin singkat)."

Aku angguk. Dalam kepala bertanya kenapa 1914? Cuba cari akal logik untuk beri pendapat. Dalam hati doa semoga Allah beri laluan mudah.

"Salah seorang dari ahli kami cerita dahulu sekitar awal tahun 1900an, dia masih lagi menaiki pedati kuda, masa berjalan sangat perlahan. Tapi lihat sekarang, orang berjalan seperti berlumba, semakin laju. Hingga ke bulan" (boleh dipertikaikan, benarkah manusia sudah ke bulan? - tanya cik Mimi ye).

"Ya ke? Saya belajar Sociology. Manusia semakin mahu cepat kerana proses kemodenan dan teknologi. Mereka merasa agama itu mengongkong lalu mereka buat kesimpulan semua perkara dalam dunia boleh dijawab menggunakan sains, lalu mereka menolak agama. Sedangkan dalam etika kemasyarakatan, manusia tidak boleh ditinggalkan bersendirian tanpa pegangan. Sebab itu sampai sekarang mereka masih tercari-cari jawapan pada permasalahan sosial yang semakin meruncing."

"Ya, hari itu saya menonton satu dokumentari di mana seorang pengkaji ikan jerung turun ke laut dan memerhatikan jerung dari dalam sangkar besi. Kalau difikirkan mengapa mereka perlu sangkar besi? Sangkar besi itu ibarat agama, untuk menghalang elemen jahat dari 'memakan' kita."

"Sebab faith itu satu perkara yang kita tidak boleh sentuh dan rasa secara fizikal."

Cerita pula berkisar pada Hari Akhirat.

"Adakah kamu percaya pada hari akhirat dan perhitungan?"

"Sudah tentu. Setiap manusia akan mati dan segala perbuatan mereka akan dihitung, yang mana baik dan yang mana tidak. Sebab itu setiap orang Islam (peringatan untuk diri sendiri) hidup bukan untuk sekarang tapi untuk hari selepas kebangkitan semula."

"Adakah kamu percaya pada Syurga dan Neraka?"

"Ya, sudah tentu. Anda pula?" - Mana aci asyik aku saja yang kena jawab soalan kan?

"Ya, kami juga percaya."

"Bagaimana agaknya rupa Syurga dan Neraka itu ye?"

"Sudah pasti neraka itu panas."

"Tapi kalau sejuk yang melampau juga orang katakan it's cold as hell. Sejuk terlampau itu juga boleh jadi umpama neraka."

Ketawa.

"Bagaimana dengan syurga?"

"Oh! Syurga itu adalah dunia ini (sambil tunjuk perenggan pasal syurga dari kitabnya). Lihat, dunia yang indah ini adalah syurga."

"Ah.. sedangkan manusia sudah ada di dunia ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Cukupkah dunia ini hendak tampung manusia yang ramai ini?"

"Apabila Tuhan menjadikan bumi ini sebagai syurga selepas hari kebangkitan semula, setiap kawasan yang dulunya tidak boleh menjadi habitat manusia seperti kawasan tandus atau sejuk melampau akan boleh diduduki. Keadaan akan aman dan damai dan cuaca juga tidak sejuk atau panas melampau. Enak saja."

Aku senyum. Dalam kepala masih tidak boleh cerna 'logik' mereka. Takkan bumi ini dapat tampung umat sejak zaman Nabi Allah Adam.

"Kami percaya Syurga dan Neraka itu adalah satu tempat yang tidak dapat dilangkau oleh akal manusia. Ia ciptaan eksklusif Pencipta untuk hambaNya. Kalau dia cipta sesuatu yang dapat difikirkan oleh ciptaanNya, tak surprise lah nanti."

Kata aku lagi, "Lihatlah betapa adilnya Pencipta. Ada Syaitan dan ada Malaikat, ada syurga dan ada neraka. Ada baik dan ada jahat dan manusia juga sudah dibekalkan dengan keseimbangan nafsu dan jiwa yang disokong akal."

"Seronok sungguh dapat berbincang begini. Boleh kami datang lagi?"

"Silakan kalau mahu. Tapi saya tak janji akan ada di rumah selalu sebab saya pelajar."

"Tak mengapa. Sebelum itu saya ingin tanya.... kamu masak apa tadi? Baunya sungguh harum."

Hahahaha.. mesti masuk bab makanan lagi ek?

p/s - Manchester berwarna biru hari ini.
Go go (power) Rangers!!! hahaha - Rangers vs Zenit St Petersburg

11 comments:

fajar said...

wah, itu satu diskusi yang cukup menarik. tapi, harus diakui, kadangkala tidak begitu berani berdiskusi sebegitu sebab ilmu yang ada, masih terlalu kurang.

sedang membaca novel Faisal Tehrani, Tuhan Manusia. sarat dengan info. menarik juga.

akuatik said...

kalah sehhhh...sib baik aku sokong celtic jadi tak la menonggeng

Pa'chik said...

renjer kalah 2-0 la weh... hahah...
alang kan bayern munich kena 4-0...

achik said...

wah, dah jadi ahli mesyuarat pintu.. ;p

DeeN said...

HeHeHe ..
Dulu zaman p. ramlee mesyuarat tingkap.
Fuiyooo, akak masak apa tuh?

khairyn said...

salam

fajar
mereka datang dengan baik jadi kenalah balas baik juga kan? Walaupun dalam hati suruh depa cepat-cepatlah balik. Adeh!

Belum lagi baca buku tu tapi memang katanya sarat dengan info dan pengajaran.

akuatik
aku tak sokong mana-mana pun. Asalkan Scotland haha. Penyokong Celtic suka guling-guling sebab Gers kalah.
Yang penting, menang minum, kalah pun minum Lepas tu buat kacau kat tempat orang. Yay! Idup Scottish!! kakakaka

Pa'chik
hahaha aku tak suka bola pun sebenarnya. Kalah menang, German/Munchen tetap dihati lalalalala

achik
Sebab tak boleh nak halau balik huwaaa.

nur
dah dia ketuk pintu kenalah mesyuarat di situ. Kalau dia ketuk tingkap. Harus ku tutup langsir sebab err.. ku tinggal di tingkat 2 hahaha.
Masak apa? hmmm rahsia.. hehehe

izinni said...

ceritalah lagi bila depa datang lagi....

Anonymous said...

Salam ryn

Berani jugak kau layan depa geng 'tabligh' tu ye. Diorang pun ada datang umah aku tapi Pak Lang cakap, 'sorry we are Muslims..' ..terus tutup pintu.

Aku, tertengok aksi peminat rangers 'bercengkerama' kat tong sampah belakang rumah aku, tengah malam tadi..nasib baik anak aku dah lenaa.. mcm2 sound effect ada..

mak lang

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Huh sempat gak hang layan geng2 tu,kalau aku alamat nampak muka tersengih di celah2 pintu je, tak sempat pun nak berdebat...hehehe tak berani,tabligh yg kat sini pun aku takut nak bukak pintu...

Aritu sembang2 pasal bab2 agama ngan kawan buddhist ni,dia pun percaya ada syurga & neraka,mana2 agama pun percaya adanya syurga & neraka,pastu tanya ngan dia 'mcmana u nak sampai sana',dia jawab 'oh kita kena soal macam dlm court,kalau baik masuk syurga kalau jahat masuk neraka'ok ler tu jawapan hang!

Lepas tu dia tanya 'kenapa muslim saja pergi Mekah'?Sebab itu tempat suci & yg hang nak pi tu kenapa?huhu..Dia cakap boleh tak dia masuk islam sbb nak pi Mekah lepas tu dia masuk buddhist balik lepas balik Mekah? Nak je aku suapkan selipar size 7 kat dia ni!

Habis tu apa dia jawab?'haiya sekarang undang2 malaysia sudah boleh tukar2 agama maa...(merujuk kes Siti Fatimah Tan Abdullah)...nanti kalau tak suka kita tukar balik...kenapa Indonesia boleh kawin tanpa tukar agama?nak salahkan saper bila agama kita seolah dipermainkan!Aku pun x paham apa konsep Islam Hadhari nih...

Fida Ruzki said...

whoa. eh terasa macam nelly plak. hehehe.

anyway, babe aku rasa ko kena berhati-hatilah sebab ini memang cara2 para pendakwa kristian mendekati orang yang bukan kristian. mula2 dia mendekati ko sampai ko merasa senang dengan dia. lepas tu cuba masuk jarum halus tak terasa. aku kalau depa macam ni aku takut nak ajak debat. biatrla dia ingat aku ni sengal ke apa ke. aku bagi je dia cakap, angguk kepala pastu cakap saya tak berminat dan sila jangan datang lagi.

sebab kalau dia rasa aku ni agama tak cukup (memang pun la kan) mesti dia tak ulang tayang dengan hujah2 agama dia yang hebat2. tapi kalau dia tau kita ni tau apa agama yang kita anuti ni, ha harus lah segala bom scud, atom, nuclear keluar untuk mengebom dan menukarkan fahaman kita.

dulu masa kat uni pun jadi macam ni gak. aku jawab senang je. "buat masa ini aku suka dengan agama Islam dan aku belum berminat nak menukarnya ke agama lain." hehehehe

Fida Ruzki said...

aku dok belek2 webpage, jumpa article pasal bulb lampu ni. dok2 baca jumpa tahun 1914 iaitu tahun company yang buat bulb lampu ni bungkus.

http://www.latimes.com/news/local/la-me-lightbulb5-2008may05,0,3217216,full.story