Sunday, June 29, 2008

Bas sesat


hehehe sebenarnya gambar ini adalah hasil experiment aku menghantar imejan secara terus dari telefon bimbit ke blog. Aku malas dah nak betulkan jadi kau orang teleng ajelah kepala tu ye, tak pun sengetkan monitor kalau nak tengok gambar tu tanpa rasa pening hehehe.

Sebenarnya minggu lepas ni kira minggu yang penuh 'lawak'. Alhamdulillah aku masih ada sense of humour, kalau tak mau rasanya tensi. Kira sepanjang minggu terakhir bulan lepas, partner aku tu memang selalu melepaskan bom-bom amonia ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Dia sendiri mengaku bomnya itu agak nasty! Ya dia memang kejam.

Okey ni cerita bas sesat.
Hari Jumaat, lepas berpoya-poya dengan cik mimi, aku balik rumah sorang-sorang sebab cik mimi nak sambung kerja kat uni. Macam biasalah aku naik bas no 38. Double decker. Pemandunya muda belia. Biasalah bas 38 dari bandar selalunya dimonopoli oleh golongan veterinar (veteren ler) sebab diaorang nak pergi ke Royal Infirmary Hospital.

Nak dijadikan cerita, pemandu bas sudah salah masuk lorong. Sepatutnya dari Cathedral St dia masuk ke Stirling Rd dan belok kanan masuk St James Rd, masuk ke Castle St dan terus ke Alexandria Parade; tapi pemandu bas sudah terus ke Stirling Road menghala ke Springburn (hahaha pening dengan naman jalan ler). Golongan veterinar ni sudah panik. Dua tiga orang dah ke depan bagitau 'drebar' yang dia sudah salah jalan. Macamana? Tak de tempat nak buat U-turn. Drebar bas terpaksalah berhentikan bas dia.

Dalam kalut-kalut tu, adalah bas lain datang. Drebar bas satu lagi ni bagilah tunjuk arah untuk drebar 38 ni buat U-turn kat Sprinburn. Ingat dah ok lah tu kan, tapi si drebar tak berapa nak cerdik ni sudah terus masuk ke M8 yakni, motorway yakni highway yakni, mana mau buat U-turn? Kalau terus, mau kitaorang boleh sampai ke Livingstone atau Edinburgh ni.

Tapi, macam dalam filem tamil gak lah, hero biasanya datang lambat. Saat-saat semua orang tengah tegang dan panik. Tok sah tanya aku lah. Masa tu aku tengah layan ngantuk sebenarnya. Oh dalam kes ni bukan hero ye, heroin yang datang menyelamat. Ada satu awek ni lah yang tolong tunjukkan arah pada si drebar muda ni. Dipendekkan cerita, aku terpaksalah turun di Alexandria Park dan jalan kaki balik rumah.

Tapi yang bestnya, golongan veterinar ni baik sungguh. Depa tak salahkan drebar tu. Siap kata "It's not your fault love. They should send someone who knows the route with you." Aku tak tahulah apa cerita sebenarnya drebar tu sebab dalam kepala aku cuma ingat nak tidur aje.

Err... ada gak kejadian lawak yang berlaku waktu aku kerja hari ahad lepas.

Wednesday, June 25, 2008

Berikan aku udara segar


Sebenarnya, aku masih sibuk memujuk enchek Ilham datang bertandang untuk siapkan kerja yang patut aku langsaikan secepat mungkin. Tapi itulah, datangnya sekejap-sekejap saja. Selebihnya aku banyak mengelamun dan buang masa. Memang tak produktif langsung!

Mood aku pun sikit tercemar pagi tadi disebabkan partner aku nan seorang ini. Dia ni ada habit suka melepaskan gas methane dalam kawasan yang punya pengudaraan terhad. Antara kawasan tempat pelepasan gas methane beliau adalah di dalam cleaner's cupboard atau orang putih dari pulau Amerika Utara panggil closet. Apapun panggilannya, tempat tersebut adalah kecil dan tiada bolong angin. Ia dipenuhi dengan baldi dan mop, singki tempat membasuh dan juga cecair kimia untuk membasuh. Faham-faham sajalah aroma yang sedia ada. Ditambah lagi dengan pelepasan gas methane yang keluar dari perut yang hadam susu, keju dan telur, aku rasa tahap keamoniaannya sangatlah tinggi.

Apalah malang nasib aku tadi, saat pelepasan dilakukan, aku berada di depan singki sedang membasuh kepala mop.

Aku rasa macam nak pitam!

Wednesday, June 18, 2008

Oh kekasihku....


Seronok kan berchenta? Terasa dunia ini indah belaka. Bak alam ini kita yang punya. Yang ada hanya aku dan dia saja. Tersenyum, tersengih macam orang gila. Orang kata apa pun kita tidak peduli. Apa nak kisah, kan? Bila orang tegur, tengok perangai tak senonoh kita, kita buat tak endah saja. Peduli apa? Yang penting happy!

Tapi lain pula halnya bila kita ditinggalkan dia. Dunia ini sunyi dan kelam. Sudah jadi macam orang bodoh pula. Termenung sana termenung sini. Buat semua jadi tak kena. Hati sakit. Lepas tu termenung balik. Pandang kiri pandang kanan. Tapi masih lagi tak karuan. Buntu.

Macam itulah halnya. Encik Ilham tinggalkan aku tadi. Masa aku berlalu dengan tidaklah produktifnya. Satu baris pun tak habis. Jenuh aku pujuk Encik Ilham minta dia datang balik. Tiga filem pulun nak pujuk dia. Dari Golden Compass (ye ye.. cerita dah berjaman, baru aku tengok), Narnia: Prince Caspian sampailah Indiana Jones and the Kindom of Crystal Skull Makan tak usah ceritalah. Macam-macam aku makan; biskutlah, nasilah sampailah cik mimi pun buat cuq kodok ikan bilis untuk minum petang. Meja kat bilik dah tak tak de ruang nak letak Abang Chard, bersepah! Jadi pindah ke depan la pulak. Kerusi ni sekali dah duduk memang susah nak bangun, huhuhu. Kalau boleh, tidur pun kat kerusi ni.

Hailah Enchek Ilham. Datanglah lagi.. aku rindu!

Dan aku kena habiskan cepat, kalau tak bos-bos aku 'marah' (walaupun dia selalu kata 'tak pe, take your time, no pressure tapi aku pula yang rasa macam gunung berapi yang nak meletup. High pressure!) huhuhu

Wednesday, June 11, 2008

'Cinta itu sebuah perjuangan...

... cinta tidak pernah datang dengan cara murah, datang dari langit'.

Semuanya harus kita perjuangkan dan seringkali cinta itu baru mekar setelah kita melewati pelbagai macam cerita dan dihujung ceritera itu saya ingatkan;

derita itu bukan musuhnya cinta, derita itu sedang membuatkan cinta itu jadi lebih dewasa' - GDE PRAMA

Hahahaha... saja jer.. tak de kena mengena dengan aku, tapi kena banyak dengan kawan-kawan aku. Oi friends, udah-udah ler tu jiwangnye! hahaha.


Tu diaa... berangan bukan main lagi!

Monday, June 09, 2008

Harta karun

Membeli barang keperluan dapur atau pun membeli-belah apapun di sini, bagi aku ibarat masuk pertandingan mencari harta karun. Negara kapitalis ini memang benar-benar memaksimumkan aktiviti pasaran terbuka. Jadi, dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum sekarang ini, lagilah rancak aktiviti 'pencarian harta karun' setiap kali hendak keluar berbelanja kerana harga barang semua naik antara 1p hingga 50p dalam jarak masa yang singkat. Bayangkan aje harga 15 biji telur setakat ini di Iceland walaupun berjaya dikekalkan pada harga £1.25 tapi minggu lepas aku sudah nampak tanda harga £1.50 diraknya. Itu belum cerita harga beras ataupun makanan asasi Asia yang lain.

Untuk orang yang malas atau tidak berkenderaan macam aku ni, kadang-kadang malas juga hendak 'ngluyur' ke gedung-gedung hypermarket yang besar semata-mata hendak mencari barang murah. Walaupun akan tiada kos pengangkutan (sebab punya bas pas 10 minggu), tapi kos 'pengangkatan' akan menjadikan badan lenguh. Jadi terpaksalah bergantung pada kedai Sommerfield dan Iceland yang berdekatan dengan rumah.

Cuma bila sesekali keluar mencari barang makanan Asia di antara tiga buah gedung Cina yang ada di sini, sesekali terjumpa juga 'harta karun' yang boleh bertahan sekurang-kurangnya buat seminggu. Macam ini;



Sampai amoy yang dok kat till tak percaya harga sepeket udang ini cuma £1.55. Tiga empat kali dia bertanya pada kawannya pasal harga tu. Apa ingat aku ni cheapo sangat ke atau tak jujur nak letak tanda harga palsu kat peket udang ni? hehehe. Tapi tulah, ingat nak juga bawa balik dua peket tapi kat poket cuma ada £10 dan dicampur dengan barang-barang lain dalam raga; sotong besar, santan serbuk peket besar, serai, ikan bilis dan bola pulut dua peket sudah mencecah £8.93.

Adoi!

Friday, June 06, 2008

Lega...

Satu
Alhamdulillah semua sudah selesai tengahari tadi. Harapnya berjalan lancar.


Dua
Sudah harus merencanakan rancangan untuk bulan Julai memandangkan kali ini aku jadi holiday organiser bersama cik Akuatik. Susah sekarang.. boleh kita tidur sepanjang perjalanan ek akuatik. Encik Garmin kan ada untuk teman cik mimi.. huhuhu


Tiga
Oh terimakasih kawan sebab temankan aku bersembang tadi. Hahaha.. lama tak borak ye?

Empat
Sudah menghabiskan dua dari tetralogi Andrea Hirata. Macam biasa aku menongkah arus. Baca Edensor kemudian Sang Pemimpi dan Laskar Pelangi baru separuh bacaan aku habiskan. Sambil-sambil menyelak buku Dari Beirut ke Jerusalam.
Aku juga jumpa kedai buku online baru Ta-Ha Publisher Ltd, dan sudah membeli buku Islam in Andalus yang aku cari-cari karya Ahmad Thomson dan Muhammad 'Ata' ur-Rahim, Muslim Heritage (Muhammad Ahsan) dan The Muslim Conquest of Spain and the legacy of Al-Andalus (Shahnaz Husain).




Untuk seorang sahabat baru yang bercita-cita hendak menjadi seperti Allahyarham Ahmad Deedat, aku hadiahkan pada beliau buku Izhar-ul-Haq tulisan M Rahmatullah Kairanvi.


















Dan yang terakhir sekali

Aku sedang mencari Encik Ilham. Semoga aku bertemu sahabat aku sebelum berakhirnya musim panas ini. Banyak perkara yang perlu aku selesaikan dengan beliau. Huh!



p/s - Baca kisah kenaikan petrol memang menaikkan darah aku pula. Aku baca artikel dari suratkhabar tempatan sampailah artikel yang diterbitkan di Indon. Subsidi apa nak bagi? Macamana? Mekanisme tak tentu lagi, harga petrol sudah dibaling pada open market sedangkan di sini yang dikatakan negara maju pun ada mekanisme subsidi yang tersusun. Alangkan si Gordon Brown pun pi jumpa pengeluar minyak mintak tingkatkan produksi untuk tampung keperluan dalam negeri. Yang Pak Lah tu buat apa? Dengar-dengar nak naikkan lagi harga minyak dalam bulan August. Gila ke?
Sebut nama kamu ni pun Pak Lah, sudah cukup untuk buat aku mencarut dan memaki! Jadi baik aku berhenti dulu.

update - bonda izinni pulang ke rahmatullah sebentar tadi selepas zohor (waktu Malaysia). Semoga rohnya ditempatkan disisi orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.