Wednesday, June 25, 2008

Berikan aku udara segar


Sebenarnya, aku masih sibuk memujuk enchek Ilham datang bertandang untuk siapkan kerja yang patut aku langsaikan secepat mungkin. Tapi itulah, datangnya sekejap-sekejap saja. Selebihnya aku banyak mengelamun dan buang masa. Memang tak produktif langsung!

Mood aku pun sikit tercemar pagi tadi disebabkan partner aku nan seorang ini. Dia ni ada habit suka melepaskan gas methane dalam kawasan yang punya pengudaraan terhad. Antara kawasan tempat pelepasan gas methane beliau adalah di dalam cleaner's cupboard atau orang putih dari pulau Amerika Utara panggil closet. Apapun panggilannya, tempat tersebut adalah kecil dan tiada bolong angin. Ia dipenuhi dengan baldi dan mop, singki tempat membasuh dan juga cecair kimia untuk membasuh. Faham-faham sajalah aroma yang sedia ada. Ditambah lagi dengan pelepasan gas methane yang keluar dari perut yang hadam susu, keju dan telur, aku rasa tahap keamoniaannya sangatlah tinggi.

Apalah malang nasib aku tadi, saat pelepasan dilakukan, aku berada di depan singki sedang membasuh kepala mop.

Aku rasa macam nak pitam!

13 comments:

Abang Long said...

Pakai tutup mulut, sama macam waktu jerebu.

Jom ke gerai abang long.

fajar said...

hahaha. aduhai, tergelak besar baca. sabar je la. agaknya kalau ada warna, sure pekat kan?

our said...

huhuhuhu
teringat seorg sahabat sebilik sekatil (dia katil atas, saya katil bwh) ketika di UTMKL.dia ni sistem pelepasan dia xde le berbunyi & berbau cuma dia je tau.kitorg tau bila dia solat ulang alik blik air byk kali or mmg kena ambik wuduk tiap kali nk solat walau antara Maghrib & Isyak ..
bila kita kata "sian awak ni.." dia akan jawap "'pelepasan' itu adalah ibadah.mengeluarkan gas dari bdn berfungsi utk kesejahteraan bdn juga"..dipetik dari kata2 ustaz kuliah Subuh :D

saffaa saidatul said...

kesian kat akak yek..huhu..
waaaa!!!nak blik msia mandi air terjun!!
tetiba emo plak tgok gmbr air terjun..huhu..air terjun kt sini xle mandi..

ELLEMILANO7 said...

hahaha...boleh bayangkan perasaan hang tu, tapi lebih baik dilepaskan daripada berangin didalam badan...tak gitu?..boleh senak perut kalau menahan,dan boleh jadi gas beracun tu kalau disimpan lama2...hahahaha....

Kalau gas yg ditembak tu cuma mengeluarkan bunyi saja x mengapa ler...ni siap keluar bau cam telur tembelang,kekadang tu ntah bila masa berbunyi tau2 dah ada bau...wakakaka....

KAMATO said...

Aku pun pernah kena macam tu dalam lift

akirasuri said...

Hahak!
Nape tak dipakaikan rambut mop tu dekat kepala dia kak :D

13may said...

beb...r u ok???
jgn pengsan yea :D

achik said...

hahaha.. mesti POWER RANGERS penangan gas tu ek.. sampai nak pitam.. ;)

Ainin Naufal said...

hehehe, maaflah... aku tak tergamak nak mengimaginasikan bagaimanakah aromanya. maaf yea. :P

zwitterion said...

kalau dah selalu sangat melepasnya, "sound" je la..
suka perkataan keamoniaannya..:D

ammonia biasanya bau hancing sket@ pungent gas..

khairyn said...

salam

abang long,
dia tak bagi warning. Kalau ikut indeks API jabatan alam sekitar mugkin sudah melepasi angka 400 hahaha
maafler tak dapat ke gerai abang long, erk saya jawuh. hehehe


fajar
huh, warna hitam kelat kot.
oh tahniah atas kelahiran sang putera. :)Semoga putera dan ibunya sihat-sihat saja.

our
hoh, memang dia tak leh tahan lah tu. Tapikan, apa salahnya 'pelepasan' dilakukan tanpa mencemarkan alam sekitar hahaha

saffaa
hohoho.. itu gambar erk berapa tahun lepas ek? Kat Sungai Chilling kot KKB. On the way ke Fraser's Hill. Memang lepas berendam tu kitaorang ke Fraser's Hill terus hohoho. Kerja gila!

elly
huh! Kat sini perut masing2 memang penuh dengan telur tembelang. Apa taknya makan produk tenusu ngan telur aje. Fuh! Memang nak pitam wooo

khairyn said...

kamato
huh! I feel you bro, I feel you!
hahahaha

ati
kang dia jadi badut la pulak kakakakka

maymay
I'm okay. Good hahahha. Ai tak pengsan lagi yu.

achik
huh! kalaulah achik dapat menghidunya, entah2 achik pengsan dulu hahaha

ainin
nak aku tolongke? hehe.. ambil sebekas telur tembelang, lepas tu kau... hahahaha

zwit
Tak tahulah ammonia ke acid. Tapi memang rasa macam dah pening2 lalat and mind you, i actually have some problem with my smelling sense. Bayangkanlah aku yg punya masalah ini merana dengan baunya itu, kalau orang yg punya pacaindera bau yang sangat sensitif memang dah muntah bluwek kot kat situ hahahaha