Sunday, June 29, 2008

Bas sesat


hehehe sebenarnya gambar ini adalah hasil experiment aku menghantar imejan secara terus dari telefon bimbit ke blog. Aku malas dah nak betulkan jadi kau orang teleng ajelah kepala tu ye, tak pun sengetkan monitor kalau nak tengok gambar tu tanpa rasa pening hehehe.

Sebenarnya minggu lepas ni kira minggu yang penuh 'lawak'. Alhamdulillah aku masih ada sense of humour, kalau tak mau rasanya tensi. Kira sepanjang minggu terakhir bulan lepas, partner aku tu memang selalu melepaskan bom-bom amonia ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Dia sendiri mengaku bomnya itu agak nasty! Ya dia memang kejam.

Okey ni cerita bas sesat.
Hari Jumaat, lepas berpoya-poya dengan cik mimi, aku balik rumah sorang-sorang sebab cik mimi nak sambung kerja kat uni. Macam biasalah aku naik bas no 38. Double decker. Pemandunya muda belia. Biasalah bas 38 dari bandar selalunya dimonopoli oleh golongan veterinar (veteren ler) sebab diaorang nak pergi ke Royal Infirmary Hospital.

Nak dijadikan cerita, pemandu bas sudah salah masuk lorong. Sepatutnya dari Cathedral St dia masuk ke Stirling Rd dan belok kanan masuk St James Rd, masuk ke Castle St dan terus ke Alexandria Parade; tapi pemandu bas sudah terus ke Stirling Road menghala ke Springburn (hahaha pening dengan naman jalan ler). Golongan veterinar ni sudah panik. Dua tiga orang dah ke depan bagitau 'drebar' yang dia sudah salah jalan. Macamana? Tak de tempat nak buat U-turn. Drebar bas terpaksalah berhentikan bas dia.

Dalam kalut-kalut tu, adalah bas lain datang. Drebar bas satu lagi ni bagilah tunjuk arah untuk drebar 38 ni buat U-turn kat Sprinburn. Ingat dah ok lah tu kan, tapi si drebar tak berapa nak cerdik ni sudah terus masuk ke M8 yakni, motorway yakni highway yakni, mana mau buat U-turn? Kalau terus, mau kitaorang boleh sampai ke Livingstone atau Edinburgh ni.

Tapi, macam dalam filem tamil gak lah, hero biasanya datang lambat. Saat-saat semua orang tengah tegang dan panik. Tok sah tanya aku lah. Masa tu aku tengah layan ngantuk sebenarnya. Oh dalam kes ni bukan hero ye, heroin yang datang menyelamat. Ada satu awek ni lah yang tolong tunjukkan arah pada si drebar muda ni. Dipendekkan cerita, aku terpaksalah turun di Alexandria Park dan jalan kaki balik rumah.

Tapi yang bestnya, golongan veterinar ni baik sungguh. Depa tak salahkan drebar tu. Siap kata "It's not your fault love. They should send someone who knows the route with you." Aku tak tahulah apa cerita sebenarnya drebar tu sebab dalam kepala aku cuma ingat nak tidur aje.

Err... ada gak kejadian lawak yang berlaku waktu aku kerja hari ahad lepas.

15 comments:

akirasuri said...

Bas sesat ke kepala sesat kak?
He he he!

Najmuddin Yusoff said...

woit... teleng kepala aku nak tengok gambar ni. Apa da...

Zuraini said...

Salam...

kenapa letak gambar cam ni? jenuh nak tengok....

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

naik juling mata aku tengok gambar nih...kepala terteleng jangan citer ler...deeyy...pedehal ngan gambar hang tu?

khairyn said...

salam

ati
hahaha.. dua dua sesat dah kot. Apa salahnya kita buat exercise kepala hahahaha

tok
erk.. aku mengantor gambar dari servis vodafone dengan tak berapa jayanya. Dah tu cuba betulkan tak boleh-boleh.. tak perla sesekali teleng kepala kakakakaka

neen
kakakaka.. experiment experiment!

elly
wow! hang juling! Tahniah hahahahaha
ye ye cerita bas sesat.

achik said...

pemandu bas baru kot.. tu yg sesat.. hehe.. ;D

zwitterion said...

kalau kat sini, sure drebar tu kena maki..kitakan 'kaya' budi bahasa!

Anonymous said...

baiknya la depa.
kalu kat sini, mau dah kena hamput.

harap kita boleh contohi kesabaran mereka. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh.. heh~

akirasuri said...

Dah sesat-sesat ni, Incet Ilham masih tak sesat lagi ke kat kepala otak :D

akirasuri said...

Dah sesat-sesat ni, Incet Ilham masih tak sesat lagi ke kat kepala otak :D

Sastri said...

terpaksa sengetkan kepala sebab nak tengok gambar... :p

sporting betul kan veterinar di sana... kalau kat sini, mau drebar bas tu kena marah...

KAMATO said...

itu mesti drebar baru kerja

khairyn said...

achik
rasanya dia tak biasa dengan route bas 38 kot

zwit
hahaha orang kat sini sebenarnya suka cakap belakang. Depan memang la mulut manis.. tapi belakang kita, depa kutuk macam nak rak. tak tahulah apa sebenarnya yg makcik2 tu gosipkan hehe

kema
huh.. depa ni kaki gossip, tak leh kata baik sangat. Tapi tang veterinar kira ok la lagi.
Tang sabar tu ada betul gak. Kira pemandu bas memang selalu sabar tunggu golongan selow melow ni naik bas. Kadang2 bas tak gerak sampai dorang ni duduk elok2.

ati
encik ilham masih sangkut kat satu scene ni. Dah dua malam dok menggodam kat situ jer huhuhu

sas
hahaha.. kadang2 memang lawak tengok geng vetarinar ni. Dorang kat sini memang ada yg sporting sungguh tapi bab bergosip hahahaha... adeh tahan telinga jer la

kamato
agaknya laa.. yg best gaji drebar kat sini tinggi gak. Erk!

-our- said...

agaknya laa.. yg best gaji drebar kat sini tinggi gak. Erk!

ni dah berangan nk jadi drebar pulak ke... apa pun selamat mencari Ilham walau dimana berada...

*tgh ngntuk ni

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kalau driver bus kat sini mau kena maki hamun...kalau penumpang salah ngan penumpang pun kena hamun....bagus betul budaya kita

Ingat masa lepak kat Yeovil dulu,nak keluar pi town tu menapak ler berbatu baru jumpa stesen bus,tapi yg best tu driver dia baik gak ler,bila dia ambik warga2 emas ni dia akan pastikan golongan2tu duduk betul2 baru ler jalan..kalau kat sini kaki baru naik satu tangga bus dah jalan...hampeh betul!

Lagi satu diaorg mmg hormat betul ngan warga emas,sebab tenggokkan satu group pompuan ni,walau muka tu bercucuk segala jenis besi,subang atau tatoo bagai tapi ada gak perasaan nak hormat org tua..kalau kat sini silap ler,jgn kata yg kat bandar...kat kampung pun sama je hampehnya!

Tapi naik bus pun ada adegan tamil ye...nasib padayyappa x datang..dush..dush!