Monday, June 09, 2008

Harta karun

Membeli barang keperluan dapur atau pun membeli-belah apapun di sini, bagi aku ibarat masuk pertandingan mencari harta karun. Negara kapitalis ini memang benar-benar memaksimumkan aktiviti pasaran terbuka. Jadi, dalam keadaan ekonomi dunia yang merudum sekarang ini, lagilah rancak aktiviti 'pencarian harta karun' setiap kali hendak keluar berbelanja kerana harga barang semua naik antara 1p hingga 50p dalam jarak masa yang singkat. Bayangkan aje harga 15 biji telur setakat ini di Iceland walaupun berjaya dikekalkan pada harga £1.25 tapi minggu lepas aku sudah nampak tanda harga £1.50 diraknya. Itu belum cerita harga beras ataupun makanan asasi Asia yang lain.

Untuk orang yang malas atau tidak berkenderaan macam aku ni, kadang-kadang malas juga hendak 'ngluyur' ke gedung-gedung hypermarket yang besar semata-mata hendak mencari barang murah. Walaupun akan tiada kos pengangkutan (sebab punya bas pas 10 minggu), tapi kos 'pengangkatan' akan menjadikan badan lenguh. Jadi terpaksalah bergantung pada kedai Sommerfield dan Iceland yang berdekatan dengan rumah.

Cuma bila sesekali keluar mencari barang makanan Asia di antara tiga buah gedung Cina yang ada di sini, sesekali terjumpa juga 'harta karun' yang boleh bertahan sekurang-kurangnya buat seminggu. Macam ini;



Sampai amoy yang dok kat till tak percaya harga sepeket udang ini cuma £1.55. Tiga empat kali dia bertanya pada kawannya pasal harga tu. Apa ingat aku ni cheapo sangat ke atau tak jujur nak letak tanda harga palsu kat peket udang ni? hehehe. Tapi tulah, ingat nak juga bawa balik dua peket tapi kat poket cuma ada £10 dan dicampur dengan barang-barang lain dalam raga; sotong besar, santan serbuk peket besar, serai, ikan bilis dan bola pulut dua peket sudah mencecah £8.93.

Adoi!

7 comments:

Zuraini said...

Salam...

lepas ni ada n3 makan-makan lagi ke?

kat mana-mana pun harga barangan melambung naik... org seberang tambak jer yang masih enjoy shopping kat M'sia ni... rakyat tempatan gak yang tersepit... contoh kerajaan yang terlalu 'sayang'kan rakyatnya.

akuatik said...

erkk telur kat iceland dah naik ke..aiseh..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Tu ler bezanya kat sana ngan kat Malaya ni, 10 pound tu dapat gak beli macam2 barang dapur,kat sini RM10 dapat beli apa sangat,macam aritu aku beli ikan bilis sebab nak masak nasi lemak,harga 100g dah RM3.00++,yang aku ni pulak kalau ambik menda timbang x reti nak agak,alih2 kena bayar sampai RM8.00++,ceh kalau pergi beli je nasi lemak tu kan ke senang!Nasib baik nasi lemak aku sangat SEDAP...hahaha....puji sendiri.

Tapi udang tu murahnya...kat sini tak dapat ler harga tu walau kat tesco sekali pun (jangan ler dok pi convert RM pulak)...ingat dulu masa pergi jumpa hang kat sana kitaorang dok angkut udang kering,sampai heathrow sekoq2 takut dihambat dek anjing besaq kat situ...last2 pi declare sebab takut anjing tu boleh hidu keenakkan bau udang kering tu!anjing tu ngan kitaorg lebih kurang sama tinggi je...kira boleh ler dijadikan binatang tunggangan..hahahha

DeeN said...

Hehehe..
Di mana2 harga tetap menjadi igauan ngeri. Hoho..
Tp ok gak ler ek, £10 buleh beli banyak jugak barang. Saya nak pi sana gak ler kekekekee... ;)

Unknown said...

stok makanan sebelum naik harga masih ada lagi dlm 'gudang'. tapi dh makin susut. berapa le agaknya kena ketuk utk penuhkan balik 'gudang' tu seminggu lg? nak kena rajin ngluyur juga agaknya ni.

achik said...

murahnya udang tu.. dah la dah siap kopek..

Nina Suria said...

salam nissa, kabare? 10pound boleh beli brg dapo? hisy kalo kat sini BND10 apa la sgt, abis cuma dpt beli ayam 1kg ngan sayur jek :(

kalo nak beli butter n cheese lg naik mencanak, skang ni tgh pk mcmana nak teruskan bisnes huuuh *big sigh*