Wednesday, June 18, 2008

Oh kekasihku....


Seronok kan berchenta? Terasa dunia ini indah belaka. Bak alam ini kita yang punya. Yang ada hanya aku dan dia saja. Tersenyum, tersengih macam orang gila. Orang kata apa pun kita tidak peduli. Apa nak kisah, kan? Bila orang tegur, tengok perangai tak senonoh kita, kita buat tak endah saja. Peduli apa? Yang penting happy!

Tapi lain pula halnya bila kita ditinggalkan dia. Dunia ini sunyi dan kelam. Sudah jadi macam orang bodoh pula. Termenung sana termenung sini. Buat semua jadi tak kena. Hati sakit. Lepas tu termenung balik. Pandang kiri pandang kanan. Tapi masih lagi tak karuan. Buntu.

Macam itulah halnya. Encik Ilham tinggalkan aku tadi. Masa aku berlalu dengan tidaklah produktifnya. Satu baris pun tak habis. Jenuh aku pujuk Encik Ilham minta dia datang balik. Tiga filem pulun nak pujuk dia. Dari Golden Compass (ye ye.. cerita dah berjaman, baru aku tengok), Narnia: Prince Caspian sampailah Indiana Jones and the Kindom of Crystal Skull Makan tak usah ceritalah. Macam-macam aku makan; biskutlah, nasilah sampailah cik mimi pun buat cuq kodok ikan bilis untuk minum petang. Meja kat bilik dah tak tak de ruang nak letak Abang Chard, bersepah! Jadi pindah ke depan la pulak. Kerusi ni sekali dah duduk memang susah nak bangun, huhuhu. Kalau boleh, tidur pun kat kerusi ni.

Hailah Enchek Ilham. Datanglah lagi.. aku rindu!

Dan aku kena habiskan cepat, kalau tak bos-bos aku 'marah' (walaupun dia selalu kata 'tak pe, take your time, no pressure tapi aku pula yang rasa macam gunung berapi yang nak meletup. High pressure!) huhuhu

14 comments:

nUr@dDeEn said...

Encik Ilham?
Owh! Kau ilhamku!
Haha.

Woah! Empuk sungguh melihat kerusi itu. Tidoq pon sodapppp! Zzzzzz.

ELLEMILANO7 said...

Besaqnya kerusi...camtu punya besaq pun hang x boleh dapat ilham lagi ke?...atau sebab kerusi tu besaq maka hang xde ilham...errmmm...?cuba wat kerja atas tilam pulak mungkin boleh datang enchek ilham tu

Sastri said...

waaa... usaha memujuk sampai 3 filem ditonton ya... belum tengok golden compass dan narnia tu lagi... huhuhu...

saffaa saidatul said...

await entry jiwang2an ni?

tu la akak..bt lg cik ilham merajuk..

kan dah susah nk pujuk..

tak dapet den nak nolong..

KAMATO said...

Pergi kat koridor, jerit kuat2 panggil ilham tu suruh balik cepat...hehe

13may said...

errr....ko nak aku datang ker???
aku pun buleh kasi ilham gak...

kingbinjai said...

jeng jeng jeng

Najmuddin Yusoff said...

lama aku tak jenguk sini, blog ini dah jadi tempat orang putus cinta rupanya. :D

akirasuri said...

Ekhem!
Lama dah tak berpoya-poya dengan yu..
Sehat ke?

:D

our said...

ni dah dpt ilham ke dah kena kidnap ngn ilham

achik said...

mengadanya En Ilham tu.. dah pujuk pun masih nak merajuk lagi yea..

semoga cepat2 la En Ilham tu balik semula.. :)

akuatik said...

bukan ke tadi aku nampak si ilham tu dah balik

khairyn said...

salam

nur
hohoho memanglah kerusi/sofa itu menjadi tempat tidurku dikala kebosanan.

elly
dulu dok sorang-sorang bolehlah aku bergolek sakan dengan abang chard. La ni dah berdua payahlah aku nak berasmara dana. Jadi kerusi ni lah tempat aku bercanda ngan abang chard la ni. Sentiasa berada di pangkuanku huhuhuhu

sas
hehehe.. tambah lagi dua filem kekekeke. Tengok free online jer. Tak mampu nak tengok wayang huhuhu

saffaa
jiwang? hahaha... time summer kot. Alam sungguh indah sekali hahaha

kamato
uh! Takut neighbour yang keluar pulak jerit suruh masuk tidor hahahaha

MayMay
mehlah cepat!!! Mehlaaaaa!!! hahahaha

khairyn said...

king
-the end-
hehehe

tok
huh! belum putus cinta lagi. Have faith, have faith! hahahaha

cik ati
ha ah lah, ai sihat yu. Cuma minda ni beku sikit. Kita tunggu tengok bulan depan macam mana ek?

our
oh hoh.. apa khabar?
Ilham datang dan Ilham pergi
aku kerinduan!
tu diaaa hahahahah

achik
tu laa.. memang nak kena babab si Ilham neh!

akuatik
dia datang dan dia pergi. Camno?