Thursday, July 31, 2008

Siri jelajah Scotland - episod satu tiga per empat



Hari ke 6, kami ke Fort George di Inverness. Dibina di kurun ke 18 dan masih digunakan sampai sekarang sebagai army barrack. Rasanya inilah tiket masuk yang paling mahal, jadi kami buat keputusan jadi ahli Kelab Historic Scotland, jadi dapatlah masuk percuma. Melayang gak lebih £20 untuk jadi ahli. Tapi, lepas ni bolehlah masuk mana-mana kastil di bawah penyelenggaraan Historic Scotland dengan percuma hehehe. Sesapa nak pi Edinburgh Castle bolehlah kalau nak pinjam kad ni. Boleh masuk percuma. Kalau tak kena bayar £12 sekali masuk hohoho.

Dari situ kami ke CairnGorm pula. Ini tempat main ski yang terkenal di Scotland. Juga sebahagian dari national park di sini. Aku sebenarnya gerun gak nak ke CairnGorm ni sebab jalannya berbukit. Bukitnya tinggi weh, jalan pulak sempit. Masa tu pulak hujan dan keadaan ada sikit berkabus. Dahlah aku membawa empat orang anak kesayangan mak bapak tak masuk lagi barang-barang yang berat kat dalam bonet tu... huhuhu. Kira bawak pun pelan-pelan ajelah. Sampai kat atas bukit tu kira pi toilet jer lah sebab kat atas tu suhu semakin turun. Kira 10C aje. Sejuk. Yang menarik kat CairnGorm ni, ada keretapi terus naik ke puncak ala-ala keretapi Bukit Bendera hehehe. Dalam 20 minit kat atas ni, kami turun balik. Huh! Jenuh baca segala macam ayat, takut jer tergelincir sebab jalan licin huhuhuhu. Alhamdulillah dapat turun dengan selamat.

Cuaca memang tak berapa baik hari tu dan kami terus ke destinasi seterusnya. Aberdeen. Tapi, tak lama pun kat bandar tu setakat nak cari toilet (lagi!) dengan nak beli ayam halal untuk dibuat BBQ esoknya. Aku suka bandar Aberdeen ni, walaupun padat tapi cantik dan tersusun jugalah. Maklumlah bandar minyak, mestilah best kan kan kan. Kami singgah di Lidl untuk beli barang-barang masakan yang kurang hehehe. Terutama roti! Selesai membeli kami terus ke Banchory di Aberdeenshire untuk penginapan malam tu. Kami dapat 2 wigwam. Hahaha jenuh juga dipermainkan oleh Cik Garmin., tapi tak adalah sesat sangat. Setakat masuk kawasan rumah orang nak buat U-turn ajelah. Macam biasa, jalan sempit, selorong. Lepas tu pulak kedudukannya dalam hutan hahahaha. Pengalaman sungguh!

Ingat nak buat BBQ malam tu juga tapi disebabkan hujan, ayam BBQ ditukar dengan ayam bakar dalam oven. Sedap jer makan sebab dah lapar. Lagipun kami dah tak larat dah makan sandwich tuna aje. Bayangkan seminggu, makanan tetap kami adalah sandwich tunam aiyak! Malam tu menu kami ayam bakar dengan sup sayur huhuhu yummy! Malam tu malam yang syok tidor sebab aku kongsi wigwam ngan Cik Akuatik manakala tiga serangkai yang lain Cik Mimi, Cik Nik Yus dan Cik Sanna satu wigwam. Tempat wigwam ni memang best sebab kat sebelah tu ada sungai huhuhu. Yang kurang seronok tu cuma toilet plus shower room ni letaknya kat luar dan kena share dengan wigwamers yang lain.

Esoknya cuaca baik dan sebelum sambung perjalanan, kami bakar daging burger pulak. Tak nak membazir arang yang dah dibeli. Sebab arang banyak, kami bakar ubi kentang pulak. Kan ke saranan kerajaan suruh rakyat makan ubi nak ajar jimat cermat hihihi.



Destinasi seterusnya - Stonehaven. Tak ada apa yang menarik sangat tempat ni kecuali ia dekat dengan laut. Tapi berhenti sekejap saja tengok-tengok bandar kecil ni. Cantik sebenarnya. Very charming. Lagipun cik Mimi jumpa kedai yang sama dengan dia. Sukalah cik tu hehehe.

Dari situ terus ke Dunnottar Castle. Yang ni memang cantik gila! Macam biasa kastil biasanya letak ditepi laut, dan pemandangan kastil ni memamg cantik. Dikelilingi dengan ladang, tapi tak berapa pasti ladang barli atau ladang gandum. Tak tahu nak bezakan.

Perjalanan di teruskan ke Edzell Castle. Kedatangan kami disambut oleh dua ekor burung merak. Cuaca semakin panas. Sebab dah jadi ahli Historic Scotland, apa lagi masuk ajelah. Tak ada apa sangat dalam kastil yang sebahagiannya dah runtuh ni, tapi tamannya memang cantik juga. Ikut pendapat aku, ada unsur-unsur pengaruh islam dalam kastil ini sebab ada tempat mandi (bath). Tabiat mandi ini diperkenalkan oleh Islam di Andalus. Mungkin pengaruh ini dibawa ke Scotland lepas tu? Kena check ni.

Dari situ kami terus ke Pitlochry pula.


Tiba di Pitlochry pun dah petang. Terus park kereta dan berjalan kaki menghala ke dam nak tengok ikan salmon naik tangga hehehe. Fish Ladder ini dibuat untuk beri laluan pada ikan salmon berenang ke kawasan loch untuk bertelur. Tahun ini saja sudah lebih 2,000 ekor ikan berenang menggunakan tangga ikan untuk bertelur. Tapi sayang, hari kami ke sana tak ada ikan pula yang berenang ke atas. Jadi, tengok pemandangan ajelah.

Lepas berpusing-pusing di bandar Pitlochry dan sesat barat atas arahan Cik Garmin yang selalu lembab tu, kami bergerak pulang ke Glasgow.

Selesailah episode pertama perjalanan merentasi bumi Scotland.

Tuesday, July 29, 2008

Take a break... lagi

Selingan sekejap.


Bulan ini aku asyik kena tipu saja. Memang betul-betul menguji kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah juga aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang supportive dan sentiasa memberi semangat yang tinggi. Juga mereka dianugerahkan Allah otak yang cerdas sebab kalau ikut hati dan bisikan syaitan rasanya mungkin aku akan tersesat jalan. Dan sesat semakin jauh. Mungkin juga tidak jumpa jalan pulang. Kira hebat jugalah ujian yang aku hadapi bulan ini. Harap bulan-bulan yang akan datang jalan aku akan mudah.

Bukan aku seorang saja yang ditipu. Cik Mimi juga ditipu oleh makhluk berjantina lelaki. Lebih hebat dugaan Cik Mimi berbanding aku rasanya. Aku doakan dia tabah kerana ganjaran untuk orang yang tabah dan beriman itu sangatlah tinggi. Untuk aku pula, kadang-kadang aku rasa semangat aku tidaklah sekuat Cik Mimi tapi aku tahu, ketabahan kami pada level yang sama juga. Dan semoga semakin tinggi lagi kesabaran kami dalam mengharungi hidup diperantauan dan ketika dipertemukan dengan orang yang pelik-pelik.

Setiap kejadian yang berlaku bulan ini terutama kerana menjadi mangsa penipuan ini, aku anggap sebagai balasan Allah pada aku yang dulu terpaksa 'menipu' jua dalam pekerjaan. Apatah lagi majikan aku dulu mengarahkan aku berusaha tak kiralah apa pun cara aku. Either you ask, beg or lie. Sebab arahan ini aku pernah jadi ibu polisi, kerani, pekerja kilang, pegawai kebajikan masyarakat, rakyat marhain yang tak puas hati dan bermacam-macam lagilah peranan yang aku mainkan semata-mata hendak dapatkan maklumat yang tepat lagi disahkan benar.

Sebab apa? Sebab sepanjang pengembaraan kami menjelajah bumi Scotland ini, Cik Garmin (Satellite Navigation) aku asyik 'menipu' jer kerjanya. Ada masa kereta kami keluar dari jalan dan terawang-awang saja dalam monitor. Ada masa kereta kami berpusing 180 degree dan seperti masuk ke dalam laut. Dan ada masanya setelah dimasukkan alamat yang benar, dia tetap menunjukkan destinasi yang salah. Yang kronik sekali bila dia arahkan kami masuk ke kawasan terlarang ILS (Instrument Landing System) kat Lapangan Terbang Preswick.

Rupa-rupanya pengalaman kami ini serupa saja dengan mereka. Asyik-asyik recalculating aje kerjanya hahaha. Oh buat pengetahuan anda semua, Kirk Yelthom tak ada dalam peta Cik Garmin. Nasib baik cik Akuatik sangat bijak membaca peta. Sampai tak tidur malam mencari jalan disebabkan dek drebar yang mahu mengelakkan jalan highway kekekekeke








Hish! Ada-ada sajalah Cik Garmin ni. Suka suki jer bawa kami sesat dalam terang kekekekeke
Oh juga tadi bas yang aku naik dengan Cik Mimi juga tersesat sebab ambil jalan salah. Alahai! Lagi sekali.

Wednesday, July 23, 2008

Have a break, have a .... heart attack!

Sat... sat....

Ingat boleh pendam. Baca sengsorang. Marah sengsorang. Ya lah, aku ni bukan jenis yang expressive orangnya terutama berkaitan dengan hal-hal yang sangat peribadi. Kalau aku 'bercakap' pun, apa yang aku luahkan tu pun cuma sepuluh peratus aje apa yang aku rasa sebenarnya. Tak reti sungguh.

Jadi cukuplah sekadar aku katakan aku 'jijik' dengan hal muzakarah/rundingan PAS dan UMNO.

Kenapa HADI nak layan sangat hal ni? Awat hang degil sangat tak nak dengar cakap?? Takkanlah hang dah lupa dulu hang pernah kena cekup jugak masuk ISA dulu tu sebab apa?

Huh! Marah ni! Jadi aku nak pi sejukkan hati sat. Jom! Tengok wayang, pas tu kita pi makan ayam kakakaka
(Aku tengok cerita Mamma Mia. Cerita muzikal Meryl Streep, Julie Walters, Pierce Brosnan, Colin Firth dan Amanda Seyfried to name a few. Tengok wayang tu buat aku rasa macam nak berdiri dan menari jer dalam panggung kakakakaka. Menyanyi tok sah ceritalah, mana yang aku ingat lirik, sakan jer aku melalak - err... tapi masih selow selow je tau)

Dan dalam keadaan jangka waktu aku yang tak berapa nak betul ni, aku rasa sungguh malankolik. Dan lagu Whiter Shade of Pale dok main-main dalam kepala kotak aku. Dan aku ripped ini dari OJ's website. Yes OJ, you are to be blamed for all these madness!


The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect.’

A group of graduates, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. *

*Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee, the professor said: ‘If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the simple and cheap ones.

While it is normal for you to want only the best
for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases, it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. *

*What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups… Then you began eyeing each other’s cups.’

Now consider this, said the professor, ‘Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live. Sometimes, by concentrating on the cup, we fail to
enjoy the coffee God has provided us. Enjoy your coffee!’

The happiest people don’t have the best of everything. They just make the best of everything. Four things to take note of in life…

1. Live simply.
2. Love generously.
3. Care deeply.
4. Speak kindly.

Shine a light & enjoy your Coffee today!!

Monday, July 21, 2008

Saturday, July 12, 2008

Back in 5 mins

Siri pertama Tour Scotland, kami ke bahagian Highland hingga ke Isle of Skye dan Outer Hebrides sebab aku nak tengok Callanish Stones. Naik ferry sampai semua mabuk laut hehehe. Aku rasa trip Kelana Konvoi pun tak setaraf dengan trip kami. Adakalanya kami pi satu-satu tempat tu sekadar err... nak cari toilet ja. Kira banyaklah peristiwa-peristiwa lawak jenaka yang berlaku dan ada gak peristiwa yang mengharukan, apatah lagi bab-bab nak cari tempat untuk solat hehehe.

Yang pasti sepanjang trip ni aku telah terlantik menjadi drebar kekal dan cik akuatik menjadi navigator utama, apatah lagi bila cik Garmin aku mengada-ngada. Memang seswai lah cik akuatik menjadi navigator sebab dia tahu kehendak drebar yang seram sejuk bila kena masuk jalan M (motorway) jadi perjalanan kami cuma melalui jalan-jalan kampung yang lebarnya sama ada muat-muat dua kenderaan atau pun yang paling halus dalam peta yakni, muat satu kereta saja. Huh thrill gila!

Ni sikit gambar yang sempat aku upload. Lusa dah nak sambung perjalanan ke bahagian Selatan pula.



Ni kat Glenfinnan - kami jumpa secara tak sengaja. Kalau tak sebab aku teringat satu babak dalam cerita chic lic Made of Honour, mungkin kami terlepas dah tempat ni hehehe. Tak sesia ilmu yang aku dapat dari cerita ni hehehe


Air terjun di Isle of Skye.



Bunga Scottish - Thistle di taman Armadale Castle di Isle of Skye


Berhenti makan tengahari di atas tebing, menghala ke John O' Groat (penghujung bahagian utara Tanah Ratu). Fish & Chips beli di Wick.


Bandar Inverness dari tingkap student hostel.


Inilah dia Callanish Stones di Outer Hebrides atau Isle of Lewis. Banyak spekulasi kenapa ia didirikan dan apa maksudnya. Lebih kurang macam Stonehenge di Wiltshire di England. Di sini tak dikenakan bayaran tapi di Stonehenge nak masuk kena bayar kalau tak silaplah.


Cik mimi sedang menyediakan burger bakar untuk makan tengahari. Aksi di ambil di hadapan wigwam di Banchory Aberdeenshire, daerah burger Angus yang glamer. Sepatutnya semalamnya kami ada BBQ, tapi sebab hujan terpaksalah berBBQ awal pagi.


Di St Andrews. Sayang tak boleh naik bridge untuk ambil gambar kat atas tu. Yang boleh cuma golfers aje. Jadi, terpaksalah ambil dari jauh.

Saturday, July 05, 2008

Out for lunch

This blog will be temporarily closed

hehehehe

perjalanan akan dimulakan dalam masa ... dua jam.

thanks for dropping by

Wednesday, July 02, 2008

Oh tuhan


Dari awal minggu ni, kolej tempat aku kerja pagi, tutup sebulan. Jadi, bermulalah siri sementara dalam hidup aku. Tidur lepas Subuh, bangun sebelum waktu sarapan habis. Ahaks!

Kalau kat hospital tempat aku kerja hujung minggu, waktu sarapan mula jam 8am, lepas tu jam 10am minum teh pula. Selalunya aku akan siap bancuh teh jam 9.50am. Lepas tu aku tolak troli dari satu bilik ke satu bilik tanya pesakit nak air teh atau kopi. Aku bawak juga sepiring biskut. Kalau tak habis, masuk perut akulah hahahaha.. Kira aku pun ikut minum teh sama dengan pesakit kat wad tu.

Ahad lepas ada satu pesakit ni, bukan setakat dia ada kanker tapi otak dia pun tak berapa nak masuk kat 'paksi'. Kira off centre sikitlah. Dia duduk dalam bilik untuk empat orang. Jadi macam biasa aku masuk dan offer pesakit teh atau kopi. Bila aku tolak troli tu dekat katil dia, tak semena-mena dia terus berdoa praying , laaaa... sudah, kata aku dalam hati. Aku biarkan ajelah, ingat nanti bila dah habis satu wad aku round, aku datang balik nak tanya dia nak minum ke tak.

Tak sempat aku pusing aje, kawan sebelah katil dia kata bagi ajelah dia teh dengan dua sudu gula dengan susu sikit. Aku bancuh ajelah untuk si minah ni. Lepas aku letak mug kat atas meja dia, dia hulur tangan nak bersalam. Semalam pun dia buat macam tu juga. Jadi aku sambut salam dia. Ewah tak semena-mena dia terus cium tangan aku hahahahaha. Ni apa ke hal pulak ni??

Aku gelak ajelah, tepuk-tepuk bahu dia, dan ucapkan semoga dia enjoy teh dia tu. Sampai aku keluar dari bilik dia, aku masih lagi tersengih.

Aku ni ni ada gaya ala-ala St Mary ke? hahahahaha. Adeh! Terubat juga penat aku kerja 21 jam untuk dua hari tu..