Thursday, July 31, 2008

Siri jelajah Scotland - episod satu tiga per empat



Hari ke 6, kami ke Fort George di Inverness. Dibina di kurun ke 18 dan masih digunakan sampai sekarang sebagai army barrack. Rasanya inilah tiket masuk yang paling mahal, jadi kami buat keputusan jadi ahli Kelab Historic Scotland, jadi dapatlah masuk percuma. Melayang gak lebih £20 untuk jadi ahli. Tapi, lepas ni bolehlah masuk mana-mana kastil di bawah penyelenggaraan Historic Scotland dengan percuma hehehe. Sesapa nak pi Edinburgh Castle bolehlah kalau nak pinjam kad ni. Boleh masuk percuma. Kalau tak kena bayar £12 sekali masuk hohoho.

Dari situ kami ke CairnGorm pula. Ini tempat main ski yang terkenal di Scotland. Juga sebahagian dari national park di sini. Aku sebenarnya gerun gak nak ke CairnGorm ni sebab jalannya berbukit. Bukitnya tinggi weh, jalan pulak sempit. Masa tu pulak hujan dan keadaan ada sikit berkabus. Dahlah aku membawa empat orang anak kesayangan mak bapak tak masuk lagi barang-barang yang berat kat dalam bonet tu... huhuhu. Kira bawak pun pelan-pelan ajelah. Sampai kat atas bukit tu kira pi toilet jer lah sebab kat atas tu suhu semakin turun. Kira 10C aje. Sejuk. Yang menarik kat CairnGorm ni, ada keretapi terus naik ke puncak ala-ala keretapi Bukit Bendera hehehe. Dalam 20 minit kat atas ni, kami turun balik. Huh! Jenuh baca segala macam ayat, takut jer tergelincir sebab jalan licin huhuhuhu. Alhamdulillah dapat turun dengan selamat.

Cuaca memang tak berapa baik hari tu dan kami terus ke destinasi seterusnya. Aberdeen. Tapi, tak lama pun kat bandar tu setakat nak cari toilet (lagi!) dengan nak beli ayam halal untuk dibuat BBQ esoknya. Aku suka bandar Aberdeen ni, walaupun padat tapi cantik dan tersusun jugalah. Maklumlah bandar minyak, mestilah best kan kan kan. Kami singgah di Lidl untuk beli barang-barang masakan yang kurang hehehe. Terutama roti! Selesai membeli kami terus ke Banchory di Aberdeenshire untuk penginapan malam tu. Kami dapat 2 wigwam. Hahaha jenuh juga dipermainkan oleh Cik Garmin., tapi tak adalah sesat sangat. Setakat masuk kawasan rumah orang nak buat U-turn ajelah. Macam biasa, jalan sempit, selorong. Lepas tu pulak kedudukannya dalam hutan hahahaha. Pengalaman sungguh!

Ingat nak buat BBQ malam tu juga tapi disebabkan hujan, ayam BBQ ditukar dengan ayam bakar dalam oven. Sedap jer makan sebab dah lapar. Lagipun kami dah tak larat dah makan sandwich tuna aje. Bayangkan seminggu, makanan tetap kami adalah sandwich tunam aiyak! Malam tu menu kami ayam bakar dengan sup sayur huhuhu yummy! Malam tu malam yang syok tidor sebab aku kongsi wigwam ngan Cik Akuatik manakala tiga serangkai yang lain Cik Mimi, Cik Nik Yus dan Cik Sanna satu wigwam. Tempat wigwam ni memang best sebab kat sebelah tu ada sungai huhuhu. Yang kurang seronok tu cuma toilet plus shower room ni letaknya kat luar dan kena share dengan wigwamers yang lain.

Esoknya cuaca baik dan sebelum sambung perjalanan, kami bakar daging burger pulak. Tak nak membazir arang yang dah dibeli. Sebab arang banyak, kami bakar ubi kentang pulak. Kan ke saranan kerajaan suruh rakyat makan ubi nak ajar jimat cermat hihihi.



Destinasi seterusnya - Stonehaven. Tak ada apa yang menarik sangat tempat ni kecuali ia dekat dengan laut. Tapi berhenti sekejap saja tengok-tengok bandar kecil ni. Cantik sebenarnya. Very charming. Lagipun cik Mimi jumpa kedai yang sama dengan dia. Sukalah cik tu hehehe.

Dari situ terus ke Dunnottar Castle. Yang ni memang cantik gila! Macam biasa kastil biasanya letak ditepi laut, dan pemandangan kastil ni memamg cantik. Dikelilingi dengan ladang, tapi tak berapa pasti ladang barli atau ladang gandum. Tak tahu nak bezakan.

Perjalanan di teruskan ke Edzell Castle. Kedatangan kami disambut oleh dua ekor burung merak. Cuaca semakin panas. Sebab dah jadi ahli Historic Scotland, apa lagi masuk ajelah. Tak ada apa sangat dalam kastil yang sebahagiannya dah runtuh ni, tapi tamannya memang cantik juga. Ikut pendapat aku, ada unsur-unsur pengaruh islam dalam kastil ini sebab ada tempat mandi (bath). Tabiat mandi ini diperkenalkan oleh Islam di Andalus. Mungkin pengaruh ini dibawa ke Scotland lepas tu? Kena check ni.

Dari situ kami terus ke Pitlochry pula.


Tiba di Pitlochry pun dah petang. Terus park kereta dan berjalan kaki menghala ke dam nak tengok ikan salmon naik tangga hehehe. Fish Ladder ini dibuat untuk beri laluan pada ikan salmon berenang ke kawasan loch untuk bertelur. Tahun ini saja sudah lebih 2,000 ekor ikan berenang menggunakan tangga ikan untuk bertelur. Tapi sayang, hari kami ke sana tak ada ikan pula yang berenang ke atas. Jadi, tengok pemandangan ajelah.

Lepas berpusing-pusing di bandar Pitlochry dan sesat barat atas arahan Cik Garmin yang selalu lembab tu, kami bergerak pulang ke Glasgow.

Selesailah episode pertama perjalanan merentasi bumi Scotland.

5 comments:

Mimiamilia said...

seperti biasa..muka ku bersepah2.
huhuhu
eh gambar di point battery tu sangat lawak.Konon macho la..muahahhaa!nampak gumuks pon ada..blame to my jacket yg tebal.ahahah

Anonymous said...

hahahah.. cikmimi dah gumuk...

tapi, lagi gumuk itu encik lembu...

wahhhh mr. cow's butt turns me on...

ohhh wait2, does that makes me gay?

onna said...

bila la agaknya dapat meneroka keindahan scotland....Ya Allah mudahkan laluan untuk itu....

senorok tenguk gambar scotland sambil makan rambutan gading (kuning) di opeh....ada orang jual rambutan seikat RM2 di opeh...saja je nak wat orang sana terliur..hehe

Sastri said...

wow... bestnyer kalau dapat ke sana... terima kasih kerana berkongsi... :D

khairyn said...

salam

mimi
tu the hoodies tu!
Ganazzz!

OJ
it makes you a pervert.
Montot lembu pun jadika?
lembu adalah binatang yang sangat chomel selepas kucing ;p

ona
kau sengaja jer ek?
nasib baik aku kurang berminat dengan rambutan so cakap apa pun aku tak kisah. Tapi jangan citer pasal mangga.. huhuhuhu rindu mangga depan rumah.
InsyaAllah laluan kau akan dipermudahkan. Tapi tu lah, takut kang kena visa la pulak.

sas
thanx.. ada lagi gambar-gambar lain ni. 12 hari la katakan hahahaha.
Wah! Sas pun baru balik dari US kan? hehehehe