Oh tuhan
Kalau kat hospital tempat aku kerja hujung minggu, waktu sarapan mula jam 8am, lepas tu jam 10am minum teh pula. Selalunya aku akan siap bancuh teh jam 9.50am. Lepas tu aku tolak troli dari satu bilik ke satu bilik tanya pesakit nak air teh atau kopi. Aku bawak juga sepiring biskut. Kalau tak habis, masuk perut akulah hahahaha.. Kira aku pun ikut minum teh sama dengan pesakit kat wad tu.
Ahad lepas ada satu pesakit ni, bukan setakat dia ada kanker tapi otak dia pun tak berapa nak masuk kat 'paksi'. Kira off centre sikitlah. Dia duduk dalam bilik untuk empat orang. Jadi macam biasa aku masuk dan offer pesakit teh atau kopi. Bila aku tolak troli tu dekat katil dia, tak semena-mena dia terus berdoa , laaaa... sudah, kata aku dalam hati. Aku biarkan ajelah, ingat nanti bila dah habis satu wad aku round, aku datang balik nak tanya dia nak minum ke tak.
Tak sempat aku pusing aje, kawan sebelah katil dia kata bagi ajelah dia teh dengan dua sudu gula dengan susu sikit. Aku bancuh ajelah untuk si minah ni. Lepas aku letak mug kat atas meja dia, dia hulur tangan nak bersalam. Semalam pun dia buat macam tu juga. Jadi aku sambut salam dia. Ewah tak semena-mena dia terus cium tangan aku hahahahaha. Ni apa ke hal pulak ni??
Aku gelak ajelah, tepuk-tepuk bahu dia, dan ucapkan semoga dia enjoy teh dia tu. Sampai aku keluar dari bilik dia, aku masih lagi tersengih.
Aku ni ni ada gaya ala-ala St Mary ke? hahahahaha. Adeh! Terubat juga penat aku kerja 21 jam untuk dua hari tu..
8 comments:
Salam...
Gambar diambil dari tingkat bilik ke? Suka gambar awan yang putih bersih tu.
Sedih dgn situasi sekrg, inilah padahnya bila menganggap hukum manusia lebih baik dari hukum Allah. Moga kita semua dilindungi dari para pemimpin yang zalim, insya Allah.
salam singgah.
bestnya dapat cuti sebulan. kenapa tak setahun?
saya imejin anti tolak troli sambil bertannya 'teh atau kopi', macam cik2 kerengga pramugari je. ehhem.
=)
Lepas ini dia cium pipi kau pulak agaknya. :D
kolej cuti sebulan, tak boleh kerja tiap2 hari ke
siap cium tangan tu.. hehe..
Salam...
dah nak gi holiday ye... selamat bercuti & bergembira... & selamat pulang...
salam,
gi jale2 ler tu..bestnya....teruskan perjalanan meneroka bumi Allah
Salam,
Oh kita ingatkan dulu masuk hospital tak sihat,
hahahahah, ok, selamat bekerja...
no doubt a humbling experience.
Post a Comment