Tuesday, July 29, 2008

Take a break... lagi

Selingan sekejap.


Bulan ini aku asyik kena tipu saja. Memang betul-betul menguji kesabaran dan keimanan. Alhamdulillah juga aku dikelilingi dengan kawan-kawan yang supportive dan sentiasa memberi semangat yang tinggi. Juga mereka dianugerahkan Allah otak yang cerdas sebab kalau ikut hati dan bisikan syaitan rasanya mungkin aku akan tersesat jalan. Dan sesat semakin jauh. Mungkin juga tidak jumpa jalan pulang. Kira hebat jugalah ujian yang aku hadapi bulan ini. Harap bulan-bulan yang akan datang jalan aku akan mudah.

Bukan aku seorang saja yang ditipu. Cik Mimi juga ditipu oleh makhluk berjantina lelaki. Lebih hebat dugaan Cik Mimi berbanding aku rasanya. Aku doakan dia tabah kerana ganjaran untuk orang yang tabah dan beriman itu sangatlah tinggi. Untuk aku pula, kadang-kadang aku rasa semangat aku tidaklah sekuat Cik Mimi tapi aku tahu, ketabahan kami pada level yang sama juga. Dan semoga semakin tinggi lagi kesabaran kami dalam mengharungi hidup diperantauan dan ketika dipertemukan dengan orang yang pelik-pelik.

Setiap kejadian yang berlaku bulan ini terutama kerana menjadi mangsa penipuan ini, aku anggap sebagai balasan Allah pada aku yang dulu terpaksa 'menipu' jua dalam pekerjaan. Apatah lagi majikan aku dulu mengarahkan aku berusaha tak kiralah apa pun cara aku. Either you ask, beg or lie. Sebab arahan ini aku pernah jadi ibu polisi, kerani, pekerja kilang, pegawai kebajikan masyarakat, rakyat marhain yang tak puas hati dan bermacam-macam lagilah peranan yang aku mainkan semata-mata hendak dapatkan maklumat yang tepat lagi disahkan benar.

Sebab apa? Sebab sepanjang pengembaraan kami menjelajah bumi Scotland ini, Cik Garmin (Satellite Navigation) aku asyik 'menipu' jer kerjanya. Ada masa kereta kami keluar dari jalan dan terawang-awang saja dalam monitor. Ada masa kereta kami berpusing 180 degree dan seperti masuk ke dalam laut. Dan ada masanya setelah dimasukkan alamat yang benar, dia tetap menunjukkan destinasi yang salah. Yang kronik sekali bila dia arahkan kami masuk ke kawasan terlarang ILS (Instrument Landing System) kat Lapangan Terbang Preswick.

Rupa-rupanya pengalaman kami ini serupa saja dengan mereka. Asyik-asyik recalculating aje kerjanya hahaha. Oh buat pengetahuan anda semua, Kirk Yelthom tak ada dalam peta Cik Garmin. Nasib baik cik Akuatik sangat bijak membaca peta. Sampai tak tidur malam mencari jalan disebabkan dek drebar yang mahu mengelakkan jalan highway kekekekeke








Hish! Ada-ada sajalah Cik Garmin ni. Suka suki jer bawa kami sesat dalam terang kekekekeke
Oh juga tadi bas yang aku naik dengan Cik Mimi juga tersesat sebab ambil jalan salah. Alahai! Lagi sekali.

8 comments:

Pa'chik said...

ni cam kitab hakikat insan ajaran mat laksamana... sesat lagi menyesatkan... heheh...

Anonymous said...

huhuhu... sesat lagi menyesatkan.. jangan.. jangan...

jadi seperti air mutlak.. suci lagi menyucikan.. :p



ehh.. aper yang ko dah kene tipu, ny? pasal member ko mintak keje tuh? cipet tol..

khairyn said...

salam

pakcik
hahaha ada kitab tu tak? boleh pinjam? kekekeke

OJ
Secanggih mana pun teknologi pemetaan digital, buku peta juga yang menjadi penyelamat hehehe

Uish, aku kena tipu ngan cik garmin tu laaa.. ish tak de kena-mengena ngan orang lain.

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Navigator dalam kereta aku hanya sekadar hiasan sebab aku lagi cepat cari jalan2 kat KL nih...daripada tergagap2 dok menekan menda tu baik aku tekan je minyak pastu pusing2 cari sendiri jalan yg nak aku tuju...huhuhu...

Lagi satu kalau jalan2 ke luar KL bila agak2 tak jumpa jalan tu buat2ler selamba badak pergi tanya kat orang...sambil2 tu boleh ler nak minum cendol ke ABC ke kan...takkan tanya je kot,perut mau diisi...makanya panjanglah masa perjalanan itu...hahahaah

Pa'chik said...

haha.. lam kitab tu kata, kita ni asalnya tuhan... hahah..
tok guru dia... belas-belas kali dah ngaku nabi... amek ilmu kat sumatera sana.. bawak balik, ngaku nabi...
sekali debat... kalah... tajwid pun tak betul... hahah.. [tapi dia tak serang peribadi la... hahaha...]

akuatik said...

dlm bandar sesuai la kot pakai benda alah ni, tu pun kena bawak map ngan tgk signboard, kalau kat kawasan lain lg senang pakai map je..benda alah ni bagi route cepat sampai je...jadi byk le masuk motorway...tapi kalau drebarnya org kampung yg tak biasa ngan keta yg ramai kat motorway tu elok guna map.. kalau dak nanti penin pala sebab garmin dok asik suh masuk motorway..nak buat via point pulak byk tempat tak register huhuhu

bukan kirk yetholm je yg takde...banyak lagi pekan lain yg takde dlm rekod..aku kena komplen kat jabatan pemetaan secepat mungkin huhuhu

Anonymous said...

uihhh. pakcik.. jangan dibicarakan mende2 gitu.. kang susah nak explain, risau2 orang salah faham... :p

memadailah dikatakan bahawa Allah lagi hampir dengan kita daripada urat merih kita sendiri..


wahai cik ny, diriku sungguh bosan di opis ketika dirimu dan diri lil angel tiada di ym... ditambahi pulak diriku dibuli oleh ciklynda.. *matilah i*

khairyn said...

elly
ok nanti aku balik aku beger-beger sat nav kau. Hish rugi aje ada sat nav tapi tak nak pakai. Best ooo guna sat nav ni, nanti dia bawak kau sesat-sesat jalan hahahaha
Hahaha aku miss jalan2 kita dari Manjong ke KL. First time jakun tengok bendang kekekekeke. And first time kau bawak kereta jalan jauh huhuhuhu

pa'chik
hahaha kau dah khatam ke belum buku tu? Kau jadi tuhan apa? kekekeke
megarut sungguh ek?

akuatik
hahaha, nak buat camana. Pemandu ni duduk pun kat kampung armadale. Kalau masuk bandar jer musti berdebar-debar. Kalau masuk motorway jer musti menguap. Udahlah tiga serangkai kat belakang tu, asal jalan lurus aje semua bantai tido. Dan asal kereta bergerak jer baru nak offer makan. Depa tak tau ke kalau enjin hidup tu maknanya drebar ngan navigator busy??

OJ
oh pa'chik tu ok. don't worry. dia bercerita jer dan kami saling memahami *wink wink*

Rindu? tu lah.. baru kau tau erti rindu kakakaka. silakan aku beri kebenaran utk ciklynda buli kau terus hahah