Monday, March 23, 2009

'Gaduh'

Tadi kami buat field trip. Ke Jalan Sauchiehall. Satu kelas. Dengan pensyarah kami.

Macam biasa hari ni kelas untuk Ethnic and Racial Studies mula pukul 1pm. Kali ni Rosie tak datang sebab dia kata pukul 4pm dia kerja. Lauren pun tak datang sebab dia masih lagi hangover sebab malam tadi banyak sangat minum tequila shots agaknya. Budak tu dah pandai party dah. Anyway.... pukul 1.05pm pensyarah aku Dr Colin masuk dengan segala macam paraphernalia dia. Komputer riba, nota, buku dan video untuk kelas dua jam ni. Tengah dia dok memasang kabel kat komputer dia, seorang budak ni pi jumpa dia kat depan kelas, bagitahu yang ada wakil dari BNP tengah dok bagi 'ceramah' kat Sauchiehall St. Kebetulan pulak hari ni sepatutnya kami belajar pasal rusuhan di Britain, terus Dr Colin buat pengumuman. Sapa nak ikut pergi ke Sauchiehall, ada wakil BNP kat sana, lagipun pelajaran hari ni pun pasal rusuhan dan semuanya ada kat nota ni. Awak cuma perlu baca saja. Are you game? Heh?

Apa lagi satu kelaslah nak ikut dia pi Sauchiehall St. Kami pun tak ada mood nak belajar sebab baru aje hantar esei tadi. Dr Colin pun teruslah cabut wayar komputer dia, masukkan semua barang-barang dalam beg dan kitaorang pun berbondong-bondong jalan sama-sama pergi ke Sauchiehall St. Jauh jugaklah ke tempat wakil BNP ni. Kalau korang nak tau, BNP ni atau British National Partyi ni kira extreme right wing parti. Alaah... macam UMNO jugak. Kira kalau Umno ni dok 'ketuanan Melayu', BNP ni kira the direct translation lah -White Supremacy. Tu dia... ideologi zaman tok kadoknya.

Korang bayangkanlah satu kumpulan pelajar Sociologi yang diketuai oleh pensyarah mereka, Dr Colin dok berdebat dengan wakil BNP kat tengah-tengah laluan pejalan kaki, kawasan membeli belah Sauchiehall St di Glasgow. Perkh! Seronok weh! Pandai gak wakil BNP ni pilih lokasi. Betul-betul kat bawah CCTV, jadi kalau ada apa-apa jadi kat dorang ni, semua direkod. Majoriti orang Glasgow ni walaupun rata-ratanya kuat sikap prejudis dan perkauman, dorang tak suka tunjuk secara terang-terangan. Dorang suka tunjuk yang dorang ni anti-perkauman jadi dorang akan tentang habis-habisan semangat perkauman secara terang-terangan ini termasuklah menentang BNP. Satu lagi, BNP ni parti England dan orang Scottish memang anti sungguh dengan English.

Tegang gak lah dialog spontan tadi. Macam-macam dorang debatkan. Dari susur galur hinggalah ke makanan. Sampai aku tetiba je jadi fokus debat sekejap... huhuhu ye lah, sorang je orang Muslim Melayu pakai tudung kat tengah-tengah mat salleh ngan Pakistani kat situ. BNP kata tanah Britain adalah untuk orang British, berkulit putih saja. Kalau ikut dia, orang 'Britton'. Bisinglah budak kelas aku. Weh! Ini Scotland, bukan Britain! (Semangat keScottishan memang sangat tinggi kat sini). Bagi BNP, British cuma mereka yang punya DNA caucasian ni lah. Jadi pensyarah aku bidas, orang asal tanah 'Britton' ni orang Roman. Kau orang Roman ke? Tak pun Greek?

Soalan seterusnya, kau makan tikka masala tak? Orang BNP jawab ya. Itulah produk UK yang dibawa dan ubah suai oleh imigran yang datang ke sini. Sekarang Fish and Chips pun dah jatuh nombor 2 kat UK. Tu diaa... dari DNA ke makanan, ke tempat percutian. Fuh macam-macam lagi debat kat tengah-tengah jalan tu. Dalam setengah jam kemudian barulah dua orang polis naik basikal datang tanya apa masalah. Masa tu dah tegang gaklah. Budak budak dah jerit 'BNP off the streets!", "BNP nazis!"

Tak lama lepas tu geng si Bryan plak datang. Bryan ni orang kuat Strathclyde Uni Stop the War err.. Presiden kan akuatik? hehehe. Budak budak StW memang tahu, dia ni pantang dapat loudhailer suka jadi peniup semangat kat 'pejuang-pejuang', tapi tadi walaupun tanpa alat bantuan jerit ni, suara dia dah memang kuat. Apa lagi terus jer dia jerit "BNP you're a scum!" huhuhu terus kena heret ngan polis ke tepi sebab perkataan 'scum' tu dah kira perkauman. Budak-budak StW dah terus kerumun polis pulak, debat kat situ, dengan pensyarah aku sekali. Tengah polis dok ralit berdebat, sorang budak ni datang tarik tangan Bryan. Dah dia balik kerumun si wakil BNP ni balik. Dia kata dia peduli apa kalau kena tangkap polis ke, kena tahan ke dia terus jerit balik kat wakil BNP ni "BNP you're a scum!" Perkh! Kuat betul semangat si Bryan ni hehehe... lepas tu apa lagi dia lecture pakcik wakil BNP tu. tak lama lepas tu wakil BNP pun minta diri... sebab dah kalah hahahaha

Best betul tadi. Berdebat secara gentleman, Scottish style. Masih lagi tunjuk sopan, panggil sir kat orang tu, walaupun pensyarah aku kata dia tak suka guna perkataan sir tu. Kedua, pensyarah aku dengan suka citanya batal kelas dan bawak anak-anak murid join dia untuk tunjuk protes kat BNP. Dan dengan gembira jadi kepala protes kat situ. Ke tiga polis pun sopan gak. Kebebasan bersuara dibenarkan. Jadi, tak adalah nak takut-takutkan dengan nak pukul guna cota ke, sembur air ke atau gas pemedih mata. Semuanya secara aman jer walaupun provokasi datangnya dari kami kekekeke.

Ok, nanti aku tepek gambar dan video sikit yang aku ambil tadi. Tapi macam biasalah kualitinya sangat kurang sebab guna kamera fon aje dan asyik kena tolak ke belakang jer huhuhu.

8 comments:

akuatik said...

huh, tak sempat nak tengok ham-no british berdebat..harap ham-no mesia pakai sampai kiamat ler menunggu..bus pass ok ke tadik?

khairyn said...

sorry ek.. aku pinjam bas pas ko tadi.. aku punya hilag lagi huwaaaaa!!!!!! tu aaa... stress gila sampai semua barang2 aku hilang semedang

best woo tadi... tetiba plak aku semangat kenegaraan skotish ni hahaha.

Zuraini said...

Salam...

tu yang bagusnya dia org tu kan, kebebasan bersuara tu ada... rasanya itulah yang terbaik pun. Bila disekat2 lagilah org akan memberontak... kebenaran tetap akan terserlah juga...

ni harakah dah diharamkan pengeluaranya utk tempoh 3 bulan... nampak sangat kerajaan takut nak hadapi pilihan raya kecik ni... nak haramkan sebulan jer nnt nampak sangat lak... apa lah kurang bijaknya puak2 depa ni... macamlah kita ni duduk bawah tempurung jer dibuatnya... kan zaman internet ni... kat manalah akal depa ni bila buat keputusan...
lambang LCP (sykt kartun Upin Ipin)pun katak tu dah duduk atas tempurung...

kingbinjai said...

seperti sejarah william wallace

13may said...

hehhe hehhe

khairyn said...

neen
Nak cakap apa lagi ek? Dah tak terkata lagi dah. Takut tengok orang gila kuasa macam tu.

King
Kalau ikut sejarah William Wallace, orang Scottish rata-ratanya pengecut huhuhuh

MayMay
huhuhuhu

Unknown said...

pergh, seronok tuh!

Unknown said...

bestnya leh bergaduh cara professional. kalau kat KL bukan, benda cam ni bukan setakat menimbulkan kesesakan lalu lintas tetapi akan menyebabkan kesesakan udara sekali sebab heli polis berlegar2 siap...