Saturday, May 16, 2009

Jeng jeng jeng

Dah hilang panas, datanglah hujan yang mendinginkan... chewah! Bakal keluar bulan depan. Kena check-out website Jemariseni selalu huhuhu.

Okay, got to hit the books. Aku ada exam 20 and 21 hb ni. Doakan aku ye.

dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut pengedaran dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan sindiket malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi lebih menakutkan lagi, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

* * * *

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.


14 comments:

Najmuddin Yusoff said...

Wo! Tahniah. Covernya pun nampak cantik, garang!

:)

Kay said...

tak sabar nak order ngn JS! kna tunggu akhir bulan..

tahniah Khairyn!

MsCinderella said...

khairyn...akhirnya ada novel terbaru gak...harus dlm list utk beli nnt...:)

izinni said...

jadi gitu plak ek covernya... hmmmm...

pada aku yang ori yang elle buat tu tetap aku suka ;)

errr ... hang cakap pasal brainstorming ... untuk hang punya ke, aku punya? hahahahah

khairyn said...

salam

tok
ini cerita tak payah fikir punya. Kira bacaan untuk masa senggang. Kulitnya best, isinya pun huhuhu aku haraplah best.

Kehelan
huhuhu... sabar sabar. InsyaAllah akan keluar bukunya hehehe.

MsCind
Hahaha.. tunggu lama ek? Aku pun macam tak percaya akhirnya siap. Ko kena tanya si Mantan macamana proses pembikinan awalnya tu hahaha

Izinni
hehehhe. yang ni cantik gak apa. Kaler kaler.. kan aku suka kaler kaler hahahaha
Err.. brainstorming untuk hang laaa... yang aku punya tu dah jelas dan nyata plotnya.
Tak sabar nak tunggu ko punya buku ditulis, diedit dan diterbitkan. Cepat aaa buat.

akirasuri said...

Wah! Garang mesti besh.. Nanti saya beli.. :)

Err sehat ke? Selamat periksa.. :)

akuatik said...

cin, hang gheja kat kl kan, pi beli kat mines la selalu ada pesta buku depa bagi rega murah...

khairyn, aku konpius la..ingatkan ni buku jiwang karat selsema babi langit ke7 tu..yg jiwang tu yg mana pulak?

jiwang tak jiwang..aku nak beli rega dealer boleh eheheh..macam beli barang avon pulak :)

soliloquy said...

*wink*
kuar pun cik sarah ni..
hehehe...
mau beli buku...diriku tak balik tahun ni...
apa kata kak khairyn belanja *devilish grin*
otograph send kut emel la kak khairyn..hahaha

MsCinderella said...

mantan @ khairyn...aku selalu online kat JS la..diskaun 2 inggit...hehe.kalau beli online ni selalu dpt otograph writer...ni kalau beli ni leh dpt ker? :P

hoho...ada kisah disebalik pembikinan buku ini ka mantan? hehe

khairyn said...

cik ati
huhuhu thanx. Boleh beli kat the Mines masa pameran ReadMalaysia :)

akuatik
Hohoho.. bukan selsema babi tahap langit ke 7, takat selsema burung jer hahahaa.. alaaa... ko lupa ke ni bermula di stesen keretapi dan berakhir dalam gerabak keretapi Hull-Glasgow hahahaha

saffa
huhuhuhu senasiblah kita
tak balik macamana nak belanja? huhuhu

MsCind
Perkh payahlah aku nak mengantor otograp dari sini hahahaha... aku scan pas tu antor emel ko otograp tu boleh ke? hahaha

DeeN said...

Salam kak,
Woah! Inilah yg ditunggu2 selama ni. Mesti beli! Camne nak dapat sign nanti hehehehe..!!

Selamat exam, kak. Jaga diri!

Zuraini said...

Salam...

Good luck utk exam...

akhirnya keluar gak yang dinanti2...

achik said...

wah, diam2 berisi..

tahniah2.. :D

khairyn said...

Deen
Jawapan - scan boleh? hahaha

neen
thanks
Ya.. akhirnya bakal keluar.. lega...

achik
menyorok diam diam.. keluar dan sergah.
tengkiyu!