Tuesday, May 12, 2009

Tidak? Boleh?

Macamana nak kata tidak?

Ini masalah besar aku. Aku tak reti nak kata tak, tak boleh. Tidak. Cannot!!! No!!!!!

Sebab semua bagi aku - boleh aje. Jenis orang tak ada pendirian (hahahaha!). Semua boleh, semua boh. Jalan saja. Ada orang kata sikap aku ni jenis optimist. Tapi, yang passimist pula kata aku ni tak realistik. Hahahaha... macamana?

Ada pulak yang kata aku ni nampak jer brutal tapi hati sentimental. Oh! Bukan mentel ye... Tapi kalau orang dah mintak tolong macamana pulak kita nak jadi brutal? Nak kata tidak, tak atau no!!!!??? Tapi, bila kita kata kita ada kerja lain yang nak kena buat, dia merayu juga. Boleh fleksible lagi. Bukan nak cepat, lambat-lambat pun tak apa. Tapi, lambat tu tetap amanah juga kan? Kalau buat kita dapatlah imbuhan dan kalau tak buat, kita kenalah buat sistem barter kat sana nanti. Huh! Amanah ni beratlaaa.... lebih berat dari berat badan aku. Sebabkan amanah ni aku bertambah tension, bertambah makan, bertambah berat badan. Setiap hari senin sampai Jumaat, aku kena makan dua sneaker bars untuk tenaga mental. Huwaaaaaa!!!!!!!

Dari dulu sampai sekarang aku tak pandai multi-tasking atau jadi juggler. Aku cuma boleh buat satu kerja pada satu masa. Tapi, sekarang aku rasa macam dah pandailaa sikit-sikit buat aksi mental juggler ni; sebab sekarang ni aku tengah buat tiga kerja sekali gus;

  • Nak Exam
  • Tengok Thesis Orang
  • Buat kerja yang aku suka - menulis fiksyen
hahahahha










Mari kita bakar lagi neuron dalam kepala kotak aku ni. Bagi hangus dan rentung!!!!

3 comments:

sufiyyah zulkifli said...

^-^
all the best!

izinni said...

hahahaha .. kan aku dah kata ko tu lembut hati. tak nak caya gak cakap aku tu! hehehehe

ko kena belajar multi-tasking dari aku la ..ekekekke seronok wooo menyusahkan kepala kotak sendiri. mengujakan! rasa macam superwoman walaupun stress tahap gaban. but once everything done ... rasa macam bionic woman gitu. kekekke

errr thesis tu ko tengok je .. tak yah buat apa2. hahahahah

kerja yang ko suka tu aku suka gak tapi kepala kotak aku ni lembab sikit. ekekekek

khairyn said...

salam

suffiyah
thanx :D

izinni
hahahaha... lembut hati sebab terpaksa. Nantilah kalau ada lagi aku jaja kau pulak, boleh tambah pendapatan kekekeke

Bila nak brainshowering lagi ni yong?