Friday, July 03, 2009

Adbencer menambatkan lapitop



Tengah tunggu waktu subuh ni sebenarnya, jadi aku habiskan malam ni dengan cuba selesaikan seberapa banyak kerja haram aku hehehe.

Rasa seronok pulak cuba habiskan satu bab kerja haram ni. Membuat research hampir mengalahkan macam pelajar PhD buat research untuk literature review. Tapi, sungguh! Banyak benda yang aku belajar semata-mata nak habiskan satu bab manuskrip yang ini.

Aku sukakan buah fikiran Abdurrahman Abu Zayd ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami yang sungguh ke depan dari masa dan zamannya. Aku belajar pasal wabak Bubonik atau Black Death dan Lisan-ad-Din Ibn Al Khatib yang mula-mula merekodkan yang wabak ini jenis berjangkit. Tentang Ahmed ibn Ali ibn Khatimah, Mohammed ibn Ali Ash-Saquri yang tulis tentang Tahqiq an-naba' an amr al-waba'. Tentang seorang warak si Ibn Abi Madyan yang mengurung diri dan keluarga di Sale untuk mengelakkan dari wabak berjangkit ini.

Aku belajar pasal qadi terakhir di Karnattah, ibn Al-Azraq yang menggalakkan jihad menentang sultan yang lemah. Memilih antara emir yang meletakkan cukai tinggi atau sultan yang kompromi keselamatan dan kesejahteraan negara dengan bersekongkol dengan kaum Nasrani. Malang, aku belum lagi berjumpa dengan kisah hidup Abu Abdullah Muhammad, tentang peribadi dia sehingga sanggup memerangi ayahanda sendiri di Sharqiya. Beliau ditangkap oleh tentera Ferdinan dan Isabel, dipenjara dan akhirnya ditawarkan perjanjian. Kembali ke Karnattah tetapi membayar 12,000 Doblars kepada kerajaan Nasrani dan membebaskan 60 pesalah Nasrani setiap tahun selama lima tahun.

Satu demi satu negeri di Andalus jatuh ke tangan Nasrani dan akhirnya Abu Abdullah Muhammad menangis apabila negeri kesayangannya menjadi negeri terakhir yang terpaksa diserahkan kepada Ferdinan dan Isabel sehingga dimarahi oleh ibunya Aisya.

"Kau menangis seperti seorang perempuan untuk sebuah negeri yang kau gagal pertahankan sebagai seorang lelaki."

Aku suka!!!

Walaupun sekarang aku terpaksa tambat lapitop aku terus pada network sebab aku dah reformat dan terus hilangkan wireless connection juga bersama program-program yang lain hahahaha tahniah untuk diri sendiri!

11 comments:

-our- said...

adakah kerja haram itu akan dikongsi bersama? jika ye, x sabo rasanya.. kiranya our ni kalau membaca novel sebenarnya sedang membaca nota hasil pembacaan teman2 yang rajin membaca bahan ilmuan.. semoga ilmu itu dikira sebagai ilmu yang dikongsi dan pahalanya dapat dibawa ke alam baqa.. betul x?

akuatik said...

muqaddimah tu ko dah abih baca ke? saspek seh!

khairyn said...

our
insyaAllah akan dikongsi bersama. Sedang cuba selesaikan tapi dek banyak sangat yang nak dibaca, progres menjadi sedikit perlahan huhuhuhu. Doakan semuanya smooth ek.

Akuatik
Sudah! kwang kwang kwang
Aku pun saspek dengan diri sendiri. Menurut ibn Khaldun, emir yg baik adalah emir yg tidak punya apa-apa dan tugasnya cuma memerintah. Gaji boleh naik hanya dengan naikkan cukai. Jadi emir mestilah pastikan dia bijak sana dan disukai rama. Bila dia adil saksama, rakyat jelata akan concentrate meningkatkan production dan dia pun boleh dapat duit melalui cukai. Kalau emir ada harta, ia akan ada conflict of interest nanti orang tak suka lalalala.. Kira betul-betul ikut cara dan nasihat baginda Rasulullah saw.

Dura said...

Waduh waduh terkesima daku dibuatnya pabila melihat tajuk2 bukumu itu..

izinni said...

bestkan buat research? sekarang ko tahu kenapa aku suka bab tu kan? hehehhe

tahniah! aku pulak sedang research pasal peranan kanak-kanak dalam dunia Islam yang sama-sama dengan Rasulullah menegakkan Islam. Pasal Ali r.a, Fatimah, Hassan, Hussin dan ramai lagi.

kalau aku jumpa pasal Abu Abdullah Muhammad, aku akan pass kat hang ;)

Najmuddin Yusoff said...

Menarik, perkongsian yang menarik. Muqaddimah sudah lama tersadai di rak, tanpa mampu aku meneruskan pembacaan. Mungkin aku perlu mula semula.

:)

khairyn said...

Dura,
Hehehehe... tapi buku-buku tu sangat best. Really an eye opener!

Izinni
Buat benda yang kita suka memanglah best huhuhu. Huh! Pasal kanak-kanak tu pun best gak tu.. Rasulullah saw sangat sayangkan kanak2 kan? Mesti best buat research tu.
Ohkek! Masih belum bertembung dengan Abdullah Muhammad nih huhuuh

Tok
Take your time. Aku habiskan muqaddimah selepas 2 tahun. The best since Plato. Pemerhatian dan idea beliau memang melangkau zaman, ditukar nama oleh Comte, diadaptasi oleh Marx, Durkheim dan Weber dengan fahaman masing-masing.

DeeN said...

Salam kak,

Wah! Kira dah tiptop la bila nak sambung PhD nanti. xperience buat research dah ada. Ok la tuh, kak.

Anonymous said...

i see the word "Jesus" in one of 'em books... NAK PINJAMMM!!!! hehehehe...

best sungguh, sungguh best!!!

bila kau nak cerita kat aku apa yang kau dah baca? :D

khairyn said...

Deen
hahahaha kerja-kerja buat research ni memang dah terbiasa sejak kerja dulu. Rasanya kalau dikumpul-kumpul dah berapa puluh PhD ada ek huhuhuhu.

OJ
huk alah! Obses betul ngan Jesus ni ek huhuhuhu.
OK insyaAllah akan diPINJAMkan

Anonymous said...

awwww PINJAM ker? heheeh.

of course I'm obsessed with Jesus.

He was born without a male intervention. (by Allah's Will)

He spoke from the cradle.(by Allah's Will)

He gave life to the dead and heal those born blind and leper. (by Allah's Will)

He was falsely accused of being crucified.

He went up unto the Heavens.

and the best, he prophesied the coming of the final and greatest man ever lived, Muhammad s.a.w.

One man against the nation of the Jews.

Face it, Jesus Christ @ Isa Al-Masih (a.s) is the second-coolest dude to have ever walked the Earth (the first one is his brother Muhammad s.a.w)

hehehehehehe.. so bila mau kasik pinjam? :p