Tuesday, July 21, 2009

Susu tu dari lembu

Princess Nadia - "Taklah. Ummi yang beli".


Rancangan awal memanglah nak ke Disneyland tapi bila difikir-fikir balik, huhuhu masing-masing bukan empat kaki tinggi, mungkin Disneyland tak berapa sesuai. Lagipun tak ada yang Paris atau French kat Disneyland. Katun yang aku minat tu French tapi dia bukan tergolong dalam warga Disney, maka kami berkeputusan membatalkan rancangan ke situ.

Hari ke dua kami ke Varsaille tapi sebelum ke situ, pi melawat pasar pagi dulu. Pasar ni terletak di bawah viaduct metro antara Dupleix dengan La Motte-Picquet Grenelle. Kira kat sinilah kalau nak cari barang-barang basah yang agak murah kat kota metropolitan ni. Macam-macam ada kat pasar pagi ni. Dari ikan, daging, baju, minyak wangi, kasut, barang-barang perhiasan rumah sampailah barang-barang antik ada dijual kat sini. Aku teruja tengok ikan-ikan yang dijual. Perkh! Barulah nampak ikan. Tak macam kat UK, ikan kadang-kadang dah tak rupa ikan sebab orang UK tak suka beli ikan yang masih ada kepala, ekor, sirip, tulang. Kalau ikan-ikan yang dijual kat UK ni, kebanyakannya dah siap disiang tinggal fillet aje.

Dari pasar, kami patah balik ke metro Dupleix dan turun kat Bir Hakim untuk tukar keretapi RER C ke Versaille. Sesi lawatan seterusnya ke Chateau de Versailles. Hehehe.. sebab teruja nak ke Versailles ni sampai tersalah ambil tren. Sepatutnya menghala ke Versailles la, tapi kami ambil RER C yang menghala ke Pontoise. Nasib baik bukan kami aje yang tersalah tren, ada satu kumpulan mat salleh ni pun salah juga. Kalaulah yang seorang tu tak peka, entah-entah kita semua ke Pontoise. Yang aku sebab si akuatik yang pegang peta, main suka hati ikut saja. Tak peka nak periksa laluan perjalanan.

Tiba di Versailles, dah mula nak tengahari. Memanglah panas berdentum. Kat luar stesen keretapi ada wakil jual tiket masuk ke Chateau tu. Geng yang sama turun keretapi dengan kami buat tak peduli aje dengan penjual-penjual tiket tu. Chewah! Konon mancho la kot huhuhuhu. Kami jalan pun ikut orang ramai. Mana depa pi, ke situlah kami. Chateau atau istana ni memang besar. Pagarnya warna emas. Tak tahulah sama ada emas betul atau cuma warna emas tapi aku rasa mungkin emas betul kot. Musim panas memanglah musim pelancong dan sesapa yang tadi buat-buat sombong dengan penjual-penjual tiket pintu masuk ke istana ni, mesti rasa menyesal gila. Dia punya queue sikit punya panjang. Macam ular berlengkar-lengkar. Itu baru nak beli tiket, belum lagi queue yang nak masuk. Memang betul la kata orang, kalau tak beli tiket siap-siap, kena beratur 3 jam nak masuk. Aku dengan akuatik tak merancang nak masuk sebab almaklumlah pelajar, budget sangat sendat gitu. (Gambar cilok dari photoatlas.com)

Dah bergumbira mengambil gambar kat luar istana tu, terus aje berjalan-jalan ke bandar. Jalan batu buntar menyakitkan kaki, tapi bila dah kat jalan tar tu oklah. Aku suka rumah-rumah perancis yang berkotak-kotak ni. Yang paling aku suka tingkap panjang macam rumah kampung dan daun tingkap pun macam rumah kampung gak. Tu dia masing-masing mulalah berangan kot kalau nak buat rumah kat kampung, nak buat macam tu hehehehe.. aku lah tu yang banyak berangannya.

Bila dah penat, mulalah lapar la, hauslah. Kat Perancis memang terkenal dengan pâtisserie atau bakery. tengok kedai-kedai yang jual roti dan kek ni memang senang buat air liur meleleh huhuhu. Tapi bila tengok harga, telan baliklah air liur tu huhuhuhu. Bukan apa, kadang-kadang rasa macam tak berbaloi aje keluarkan duit semata-mata nak makan roti yang mahal. Tapi, kat Varsailles ni, ambil peluang jugalah makan kek kat satu pâtisserie ni. Aku tak ingat apa nama kek yang aku pilih tapi ada perkataan rosa dan ada walnut atasnya. Si akuatik ambik kek vanila. Sedap. Macam apple strudel (apfelstrudel) pun ada. Minum pula hahahaha... coklat panas yang mahal berdentum.

Lepas makan, cari jalan pulang.. eh eh tak.. nak cari kampung pulak. Kami kalau berjalan-jalan memang suka cari kampung sebab suasananya lain banyak dari bandar yang serba nak cepat dan bising. Untuk ekspedisi kampung di Perancis ni, kami pilih Rambouillet. Sebenarnya tak tahu sangat apa yang ada kat Rambouillet ni masa ke sana. Aku cakap ngan akuatik aku macam familiar aje ngan nama tu. Bila dah balik Glasgow baru sedar, tempat ni pernah jadi lokasi mesyuarat damai untuk Krisis Kosova dulu.

Tak pergi mana pun kami kat sini. Cuma jalan-jalan ke bandar dan duduk kat taman aje. Kat sini, pertama kali, kami masuk ke Monoprix dan beli air dan couscous udang. Dah lapar, belasah ajelah apa yang boleh dimakan. Adalah dalam sejam dua kat sini. Ingat nak pi chateau dia gak tapi adalah sangat jauh untuk kami yang pengangkutannya hanyalah sepasang kaki masing-masing kekekeke. Dari Rambouillet ni kami terus ambil keretapi laju ke Gare Montparnasse. Perkh memang la laju. Setengah jam dah sampai pusat bandar.

Aktiviti seterusnya naik ke 360 Tour Montparnasse Tower. Perkh bayarannya sangatlah mahal €10.50 tapi sebab beli tiket keretapi untuk 5 hari, kami dapatlah diskaun, jadi bayar dalam €7 tak silap aku. Aku rasa tempat-tempat menarik kat Paris ni jenis yang tinggi-tinggi. Eiffel Tower, Montparnasse Tower, La Defanse. Semuanya nak hidangkan pelancong dengan pemandangan atas kota Paris. Bagi aku secara peribadilah, kalau pi Paris dan naik Eiffel Tower, dah tak perlu buang tiket naik ke Montparnasse Tower atau ke La Defanse untuk tengok kota Paris dari tempat tinggi sebab pemandanganya sama saja cuma dari sudut yang mungkin sedikit berbeza.

Hari dah beransur petang dan aktiviti seterusnya adalah untuk mencari wanita keamanan atau Statue of Liberty kat Paris ni. Dah jumpa obornya masa hari pertama (gambar kat blog akuatik). Jadi hari yang kedua nak cari perempuan tu. Ada satu kat Jardin du Luxembourg tapi kaki dah sakit sangat nak menapak ke sana.

Perjalanan seterusnya ke Île des Cygnes. Replika patung yang lebih kecil dan dibina pada tahun 1889 menghadap ke USA. Kami naik RER C balik dan turun di Javel. Jalan kaki ke sana. Niat hati nak ambil gambar berlatar belakangkan Statue of Liberty dan Eiffel Tower, tapi hampalah pulak. Tak ada cara yang membolehkan kami mengambil gambar macam tu. Nak ambil gambar dari Pont Mirabeau pun tak boleh sebab tempat pejalan kakinya ditutup. Huhuhu... mau tak mau kenalah ambil gambar dari sudut yang tak besh!

Sebab dah tersangat penat, maka kami pun dudukla mengadap sungai, mengadap replika patung ni sambil makan couscous udang dan minum air teh limau.

7 comments:

soliloquy said...

sakan pi jalan..hehe

Dura said...

Hahaha mahal berdentum..panas berdentum..apa lagi yang berdentum dentum ni Ny? Pergi paris ambik gambar depan eiffel tower dah cukupkan..tak yah buat $$$ ambil dari sudut2 lain ..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku ingat panas cuma lit lit je rupanya ada berdentum skali yek...gamaknya panas teramat ler tu..kalau panas lit lit berdentum dentam agaknya camne tahap 'kebahangannya' tuh :-p

DeeN said...

panas berdentum tuh cam meletop2 yer, kak? Hehehe..!
Jeles la ngan akak neh, sbb dapat pi jalan berdentum2 camtuh. Huhuk!

izinni said...

kapla aku tengah berdentum jugak ni

iu rf said...

kak.. bile mau sampai sini..????

khairyn said...

salam

saffa
err.. err... huhuhu

Dura
bank akaun aku pun berdentum dentam. Nyaris tak bounce kakaka

Elly
Ada yang tak paham bila aku letak lit lit. Pahamnya berdentum dentam jer huhu
bahangnya berdenting denting gitu lalala

Deen
huhuhu.. jalannya berdentum2 tu bila semangat dan fresh. Bila dah petang dan penat, jalannya menyeret-nyeret jer :)
Alhamdulillah, sebab dekat dan dapat tumpang rumah kawan. Paris mahalnya teramat sangat, nak sewa hotel pun boleh tak mampu dibuatnya

Izinni
harap dah tak berdentum lagi ek

Ayu,
teringin sangat nak ke sana tapi belum berkesempatan dan ada rejeki. InsyaAllah! Kena heret cik mimi hehehe