Monday, August 24, 2009

Aku suka -- makan (hahahaha)

Siapa yang tak suka makan?!
Huhuhu... rugilah satu nikmat Allah beri pada sesiapa yang tak suka menikmati makanan. Ish ish ish no talking.

Biasalah kan, kalau kat tanah air tu, bulan Ramadhan ni dah jadi macam pesta makanan. Macam-macam juadah tersedia. Pilih dan bayar saja. Sebab dek banyak sangat pilihan, mata pun jadi rambang. Terus lupa pengajaran berpuasa itu untuk apa sebenarnya hahahaha.

Aku tak tahulah dah ada berapa agaknya pasar Ramadhan kat KL la ni, tapi dalam banyak-banyak pasar Ramadhan yang aku pergi dulu, yang kat Bandar Baru Sentul yang agak best bagi aku.

Dulu pasar tu bawah rumah sewa aku aje. Masa tu, tiba saja bulan Ramadhan, aku cuma ada dua pilihan, samada balik awal (sangat awal) ataupun balik lewat (lepas maghrib) sebab kalau aku balik sama dengan orang lain balik kerja, alamat aku tak dapat nak pakir kereta kat tempat pakir haram tu hahahaha. Tapi, selalu aku memang ambil opsyen balik awal la. Pukul 4pm jer dah tiba rumah hahahaha... Biasalah... nature of my job requires me to be creative lalala.

Anyway, yang sangat best nya pasar Ramadhan kat situ disebabkan adanya satu abang yang baik hati menjual nasi lemak kukus Melaka or is it nasi lemak Melaka kukus? huhuhu. Entah. Tapi ada kukus dan ada Melaka. Kesimpulannya, nasi lemak yang beliau buat adalah sedap dan menepati citarasa kami seisi rumah. Masalahnya, kalau lambat beli confirm abis. Sebabkan kesedapan hasil tangan tukang masaknya dan kebaikan hati penjualnya dan juga proses mencuci mata pun terlaksana, nasi lemak beliau memang sangat laku.

Tu yang aku suka tu. Lagipun, menu berbuka aku memang sangat simple. Aku rasa sesiapa yang pernah merasa duduk dengan aku memang dah bosan dengan menu berbuka aku. Dah memang terpahat dalam sanubari. Ya tak Elly, Dura? hahahaha.
Main course - nasi lemak/ayam/goreng ayam.
Drink -
air tebu
Dessert - kuih keria

Disebabkan mudahnya menu aku tu, aku selalu jugak tukar-tukar supplier, cari mana yang sedap dan masuk dengan selera aku. Yang paling susah nak cari yang sedap, adalah dessert aku. Kuih keria tu sebenarnya mudah sangat tapi, selalu aku dapat yang kureng... ada saja yang tak kena. Keraslah, kurang gulalah. Haish!

Dan masalah aku dengan kuih keria ni berterusan hinggalah kini. Aku tak taulah keledek spesis dari US ni jenis lembik longeh. Aku ingat spesis dari Israel aje yang lembik, rupanya yang datang dari sekutunya pun sama juga. Tak boleh digentel nak buat keria langsung. Ikut petua mak aku pun, masih lembik lagi. Letak tepung pun masih benyek, bila letak banyak, keras pulak jadinya. Jadilah keria yang tak rupa keria. Tapi, tak apalah... pulun sajalah kalau dah teringin sangat tu kan? oh go on

Sekarang ni aku belum lagi berbuka dengan nasi lemak/nasi ayam/nasi goreng ayam dan mungkin takkan minum air tebu. Hari puasa pertama, dapat jemputan makan ayam percik huhuhu dan semalam berbuka nasi dan ayam paprik di rumah akuatik. Isnin sampai Jumaat pula berbuka nasi briyani di SUMSA.

Huhuhu... the story of my life so far... not bad eh? thumbs up

13 comments:

Dura said...

nasi lemak/ayam/goreng ayam/air tebu/kuih keria --> menu yg tak perlu serabutkan kepala , yg ptg ayam musti ader ..hehe..

CM said...

salam khairyn

yup,pasar ramadhan kt bandar baru sentul mmg byk pilihan, 8 thn saya mengajar di SMT Setapak,pasar ramadhan kt situ dah tentu tak asing dgn saya..

hu,hu,hu..kuih keria mmg nampak mudah,keledeknya kena cukup syarat,try guna kentang ok tak..jadi bergedel pulakkk,he,he

papepun selamat berpuasa wahai pengembara..

KAMATO said...

nampak gaya kalau nak makan nasi lemak kukus kena masak sendirila...

khairyn said...

Salam

Dura
yaaa!!! Binatang itu sangat penting hahaha. Simple jer kan? Pilihan makanan adalah pantulan personaliti hahaha, boleh tak?

Cikgu Mas
Banyak kenangan kat Sentul tu hehehe. Bukan setakat Pasar Ramadhan dia best, terawih kat masjid tu pun best walaupun 20 rakaat, tapi imam bawa ayat pendek2 hehehe.. ngelat sungguh.
Pasal kuih keria tu, memang telah disahkan - masalah utama adalah keledeknya hahaha... sangat lembik ohkek!

Kamato
Huhuhu.. belum try lagilah buat nasi lemak kukus sendiri. Hurmm... nak kena buat ke? lalala

akuatik said...

bila nak buat coq keria ngan nasi lemak ni? lagi 2 minggu make sure balik kul 3 okeh! sempat la ko masak nasi lemak ngan coq keria.. kita buat perjumpaan kelab kks kat armadale hehehe

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

baru semalam aku dok cakap kat akak, tiap kali bulan puasa kak hang yg kat skotlen tu mesti beli air tebu! tu dah jadi minuman wajib dia! dah tu kalau beli bukan sebungkus kecik tapi satu jag!mmm...dah baper tahun hang x minum air tebu?
wajib ler diakui yg bazar ramadhan kat Bandar Baru Sentul yg paling best takat ni, pi terawih pun paling syok kat masjid situ gak!mmg tiap kali puasa pun aku ingat nasi lemak kukus abang yg baik hati tu..sangat sedap! aku rasa byk benda ler yg best kat Sentul tu tp nak wat camne dah tinggal kenangan, nak pergi sana paham2 je ler :-((
Wahai abang nasi lemak kukus tidakkah kau teringin membuka cawangan dibawah rumahku pula? huahuahua...
Weiii kuih keria mmg susah nak jumpa yg lembut sbb tu kalau teringin aku order je kat makcik aku sbb dia mmg wat meniaga, rasanya sungguh lembut lagi enak! yg dijual dibazar ramadhan tu kalau baling ke dinding harus ler retak satu bangunan! hang ni kan keria ngan peria dah jadi trademark hang!

Unknown said...

kisah mengenai nasi lemak ko ni buat aku tertanya2,kt belah mana tu? ptg ni aku gi carik. haha.

aku rasa pasar ramadhan BBS ni dh tukau tempat lain kot, sbb dh tegak 2 apartmnt baru dlm tempoh 3-4 thn ni(salah satunya tempat aku bermastautin ler). sekarang pasar ni duk depan pasar pagi dekat flat negeri 9 tu. thn depan dengarnya pasar pagi ni pun nk pindah ke kompleks baru yg kat trafik lait depan mesjid BBS tu.

ptg ni aku nk try cari gak le nasi lemak tu. aku makankan utk ko le, itupun klu jumpak. ;P

selamat berbuka puasa.

khairyn said...

akuatik
Aku tak kisah ler kalau nak jadikan rumah aku tempat main masak-masak hahaha. Kunci rumah aku pun kau ada kan kan kan? Nak harapkan aku balik kerja memasak? huhuhu.. Sangatlah meletihkan lalala

Elly
hahahaha... betul betul! Satu jag. Mau kembung perut nak ngabiskan tapi nak buat camner kan? Orang kata makan sampai muntah or dalam kes aku minum sampai muntah pas tu mestilah dah tak moh lagi kan? Tapi tu la sampai sekarang tak pernah la muntah minum ayaq tebu tu hahaha.
Tang kuih keria ni pun aku rasa mak aku tak berapa suka nak buat sebab lembik dan susah nak bentuk hehehe... Next time aku kena cari acu kuih donat la hahaha

Ainin
Huhuhu... ko kat situ ke? Anyway, pasar ramadhan ni dulu kat jalan masuk ke apartment tinggi tu hehehe.
Nasi lemak kukus ni memang banyak peminat tau. Setahu aku kalau hari biasa, dia menjual kat kedai-kedai yang menghadap sekolah tu. Tapi la ni tak tau la.
Eh pasar basah temporary kat belakang flat tu dah pindah kat bangunan baru tu gak ke? Sure sesak kawasan tu kan?
Huhuhu... aku rindu Sentul. Memang banyak kenangan manis kat situ.

soliloquy said...

salam...hehe...baru tau keledek pun ada spesis ek skrg nih?
israel us?
hohoho

LEELOO-ELLEMILANO7 said...
This comment has been removed by the author.
LEELOO-ELLEMILANO7 said...

kalau pasar basah tu pun ikut tukar maknanya akak nasi lemak yg best tu pun ikut bertukar laaa...waaaa susah lak aku nak mencari akak tu kang! Ny hang balik ni kita pi Sentul cari nasi lemak kukus tu tapi biasa ler kena pagi2 buta :-)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

nanti hang tgk2 ler blog Bancik ni...dia skang dah menjadi penjual kain dgn Busu, Zura lak salah seorang pelanggan yang telah melakukan kain diaorg :-DD
http://busanaetnik.blogspot.com/

khairyn said...

Saffaa
Dulu membeli keledek tak perasan asalnya dari mana. Rupanya dari Israel. Dah alang membeli tak baik pulak dibuang walaupun kena boikot. Hasilnya sangatlah lembik. Bila dah tahu, cari keledek lain pula. Jumpa yang dari US. Sama lembik juga huhuhu

Elly
Huhuhu.. aku tak kisah sangat dengan nasi lemak akak tu. Akak yang kat sebelah dia tu pun not bad gak nasi lemak dia huhuhu
Huish! jadi penjual kain plak adik-adik aku ni... hahhaha.. bagus ada semangat usahawan.
Tapi mintak mahaplah akak dia ni tengah gawat ekonomi kekekekeke. InsyaAllah kalau ada rejeki lebih akak akan support naaaa...