Wednesday, August 19, 2009

Pulang

Tadi, menghantar CikMimi ke airport. Cadangan asal cuma dia mintak tolong bawak turun beg besar yang berat ittew, tapi terus tukar cadangan, minta hantar sekali ke International Airport Glasgow sebab takut beg terlebih berat. Dia upah bayar tiket bas balik. Huhuhu... CikMimi, ai dapat diskaun pelajar. Cuma £3 saja naik Arivva Bus no 500. best tak?


CikMimi balik untuk sebulan setengah sebab kebetulan dia ada conference di KL dan sambil tu, teruslah berpuasa dan beraya dengan keluarga terchenta! Dan sekarang, apabila entri ini ditulis, CikMimi masih di awan biru, lagi dua jam nak sampai Dubai. Mungkin.

Mari kita lihat chronology of events, hari ini.


Tu dia... beg dah macam nak molotup. Penuh dengan makanan aje tu. Macam tulah kami. Nak ke Glasgow beg akan penuh dengan makanan, nak balik Malaysia pun beg akan penuh dengan makanan. Cuma nak balik ni, 'bekal' makanan tu mestilah aneka biskut, coklat dan teh. Heh? Teh? Macam kat Malaysia tak ada teh... hehehehe... Tapi tak sama kan? Pilihan utama, sama ada Earl Grey atau Scottish Blend.
Dan macam biasalah, aku akan jadi supplier beg tiap kali dia balik Malaysia hahahaha. Nampak gaya beg aku balik dulu dari tuannya.


Last minute check.
Tiket? Check!
Paspot? Check!
Duit? Check!
Telefon? Check!
Bila semua dah sedia, barulah boleh telefon teksi untuk ke airport. Kunci rumah dan angkut beg turun. Biasalah, aku ler yang kena bawak turun beg besar dia tu. Upah, bila dia balik Glasgow, dia kena masak untuk 21 hari berturut-turut hahahaha.

Sebenarnya agak confusing sikit kalau nak menunggu teksi prebet kat rumah kami ni sebab ada dua jalan ke sekumpulan blok perumahan kat sini. Kadang-kadang teksi akan menunggu di seberang dan kadang-kadang di belakang rumah. Jadi, tadi kami bahagi dua. CikMimi ke Armadale Street dan aku menunggu di Roebank Street. Akhirnya, sebuah kereta Skoda Octavia putih dengan lesen teksi prebet lekat kat fender depan berhenti di Roebank Street. Terpaksalah aku beramah tamah dengan pemandu teksi sementara tunggu CikMimi tarik beg besarnya datang huhuhu.




CikMimi bergaya dengan tiket print-out sambil beratur untuk check-in di kaunter penerbangan Emirates ke Dubai. Emirates ni popular kat Glasgow. Selalu flight akan penuh. Macam tadi, ramai juga yang check-in hendak ke Dubai. Masing-masing bawa beg-beg besar. Buat masa ini Emirates sangat bermurah hati bagi 30kg untuk setiap penumpang. Beg CikMimi pun nyaris-nyaris melepasi mark 30kg tadi. Huhuhu... nampak gaya penimbang beg di rumah itu hampir-hampir tepat juga ye.



Sebab masih awal, kami berkeputusan untuk mengopi dulu. Memandangkan adik naqibah sudah mengingatkan jangan beshubahat dengan Israel, kami ingat nak mengopi di Sandpiper Coffee saja tapi err.... ada bar pula di situ... maaflah adik naqibah, kami terpaksa memilih lesser of two evils, Starbucks jadi pilihan miahahahaha. Duduk minum kongsi satu mug sederhana besar coklat panas dengan harga £2.45. Kira okeylah tu ye.

Jam 12:45 tengahari, kami bergerak ke tingkat atas untuk ke Departure Hall. CikMimi meneruskan perjalanan ke Dubai dan aku pulang ke pusat bandar. Ngelinter di pusat bandar sekejap dalam hujan renyai dan tiba di rumah tepat jam 2 petang.

Okey CikMimi, kronologi perjalanan yu selesai. Nanti bila yu buat open house, calling-calling la ye. Kalau tak ada aral dan ada kenderaan ai datanglah huhuhu... Wah! Mesti padat dengan aktiviti raya ni ek? huhuhuhu

11 comments:

CM said...

Salam Khairyn

CM ingat Khairyn yg balik mesia..Khairyn ni bila nak balik ni????

Bagus Khairyn ni,di Scotland pun beruasaha jugak memboikot Israel,walaupun pilihan limited..di Malaysia mcm2 kopi ada tapi yg depa punya jugak ,org kita pilih,,

onna said...

salam,

earl grey tea dari scotland ke..aku cukup suke teh tu tapi aku beli kat bharat tea plantation di cameron highland...jadiklah tak gi scotland pun tapi dapat gi cameron jadik lah..highland gak..haha..selamat berposa...

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

aku xtau ler baper kali setahun si mimi tu balik msia...hehehe...ingatkan korang balik sama2 untuk raya nanti ke, mcm tu hang berpuasa sorang diri ler ni? kalau dekat2 boleh gak aku pi teman, tp korang berbuka lambat so x jadi ler nak datang..ngeh ngeh ngeh

lain kali aku lak nak merasa beraya diperantauan, sure hangin mak aku! org sibuk balik kg beraya ngan family aku lak teringin nak beraya kat tempat org! kalau x merasa camne nak tau kan!

ntah bila ler aku leh pergi lagi, kalau menang besar kes aku tu, mmg aritu gak aku gi tempah flight ticket to Glasgow :-DD

Dura said...

Ny - details sekali kronology perjalanan roommate mu itew. wahhh gitu :)

elly - camne kalau ko ubah plan ..saja2 buat surprise ..next yr raya kat ober-sea .. kalau mak naik hangin ..mmmmm bawak mak ngan abah skali..sekali sekala tukar angin beraya kat ober-sea ok jugak. asyik ober-the-river ajer kan ..ha!

Mimiamilia said...

oit2..
guwe dah sampai..mata merah giler sebab 'lupa' nak tidur dlm kapal terbang dok layan movie punya pasal.

kak elly, saya balik malaysia berapa kali ni memang selalu jadi issue..ahahhaha..tapi kali ni balik disponsor.of course la peluang tidak akan dilepaskan.

iu rf said...

mulianya hati tuan hamba menghantar teman itu pulang ke mesia..

selamat pose kak.. :D

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Dura : selalu raya over-the-parit jek...hahahaha..tp kalau ada anak2 kat ober-sea mmg seronok ler mak ayah beraya diperantauan bersama..aritu Angah bagitahu dia x dapat ke US, diaorg frust giler sbb mmg mengharap sgt dpt ke sana, ala nyah biasa ler politik dalaman hasad dengki tu ada dimana2! one of the reason ngapa aku x nak keja ngan malay & gomen! tp dari dulu aku lebih suka diaorg pergi ke Marseille, hopefully Angah dpt pergi sbb tu project team dia, kalau ada yg dengki lagi x tau ler nak kata apa!

Mimi : waaaaa sudah sampai..amacam panas tak? panas tak? kalau kawan serumah awak tu balik mesti asyik dok komplen jek...hahahahaha...selamat berpuasa mimi, sgt syiok ler dpt berpuasa & beraya bersama keluarga :-)

arapink said...

tudiaaaa...besarnya beg. leh muat orang tu...kekeke

selamat berpuasa kak :-)

Dura said...

Elly - mmmm dah agak dah..pasal dengki2 ni semua x ingat dosa nyah..tak per lah kan , kalau dah rezeki tu takkan kemana..sooner or later mesti dapat jugak.
Wahhh..me-la-ka byk panas gitu ..balik musim hujan..mesti best ..sejuk macam sekotlen :)
Haiya elly ko perasan tak yg kita ni dok bersembang x kira tempat..kat blog org ..profile FB org kita main taram ajer..kita buat macam rumah sendiri.. wahhhh gitu .. ha!

khairyn said...

Salam

Cikgu Mas
Huhuhu.. entahlah bila nak baliknya ni :) Rasanya akan balik tahun ni yay! InsyaAllah
Kadang-kadang ni tak mampu nak boikot juga. Susah nak boikot barang sebenarnya tapi kalau benda tak penting memang cari alternatif yang lain juga :D

Mona
huhuhu.. kalau macam tu senangla. Nanti aku kirim sekotak huhuhu

Elly
Apa lagi! Buka puasa kat Sumsa la jawabnya. Seronok gak makan ramai2. Nama aku dah masuk list dah hahahaha
Jomlah beraya kat perantauan, lebih meriah dari kat mesia. Satu hari insyaAllah 12 rumah kau sapu hahahaha

Dura
Memang dah plan nak buat catatan perjalanan gittew hahahha. Tapi memang lawak la untuk buat sesi fotografi kekekeke

Mimi
best ke selection in flight movies kali ni? huhuhu... Nanti pun gue nak pulun tengok movies la macam ni.

khairyn said...

Ayu
hahahaha... dah kami berdua saja kat rumah ni. Lagipun seronok pi epot ni.. boleh berangan naik flight huhuhuh huwaaaaa!

Elly
err... Mesia panas tak? Panas tak? huhuhu.. you country so hot laaa

arapink
ya ya.. memang besar. Lupa plak nak test masukkan cikmimi dalam beg tu hahahaha
Selamat berpuasa gak untuk cik adik manis :)

Dura
huhuhu... bila la kita nak jumpa as satu geng ni kan. Miss you sangat2. Kalau kumpul, kau aku Elly sure havoc satu KL. Girls outing.
Mintak Daniel and Adrian doakan untuk aku ek. huhuhu...