Tuesday, August 11, 2009

Go Green


Mari menghijaukan bumi! hehehehe.

Ahad lepas aku, cik mimi ngan akuatik ekspedisi berbasikal ke Kirkintilloch. Ekspedisi satu hari suntuk. Ini kali pertama aku berbasikal selepas dalam 20 tahun. Kali terakhir aku berbasikal, seingat aku, masa aku tingkatan dua atau tiga sekolah menengah. Perkh! Mencabar sungguh.

Mentang-mentang baru beli basikal dari sportsdirect.com, tu yang teringin nak ngetest tu. Tapi, baru kali pertama berbasikal dah teringin nak pergi jauh-jauh. Kirkintilloch, kalau ikut dalam peta jauhnya lebih kurang lapan batu dari pusat bandar.

Memandangkan nak menikmati pemandangan kampung konon-kononnya, kami ikut laluan basikal yang lebih panjang perjalanannya kalau dibandingkan ikut laluan kereta.

Ekspedisi dimulakan pukul 7.30am. Masa tu lah nak check basikal tu ok ke tak, seat sedap ke tak dan belajar guna gear. Huhuhu.. dulu basikal hitam tu tak dak gear, la ni guna mountain bike kena plak belajar gear huhuhu. Dari rumah, kami lalu Royston Road nak ke Sighthill. Saja je lalu Royston Road tu sebab jalan situ agak landai. Tapi, basikal aku plak buat hal, handle bar asyik longgar jer. Jenuh ketatkan.

Sepatutnya jumpa akuatik kat satu lokasi ni, tapi kami dok sesat barat membuatkan makcik tu hangin satu badan dan terpaksa berpatah balik ke Sighthill Park huhuhu sorry!! Dari situ meneruskan perjalanan ke Port Dundas dan terus ke Possil Park. Belok masuk ke cycle route menyusur terusan Forth & Clyde. Off road ni sangat popular untuk orang berbasikal, berjalan-jalan atau training maraton. Laluan kecik ni mengingatkan aku jalan kat kampung. Sebelah kanan parit sebelah kiri tanah gambut huhuhu. Tapi yang ni sebelah kiri tu tanah marsh (err.. marsh dalam bahasa Melayu apa ek?) Oh! Kat terusan ni pun tempat orang memancing juga.

Seronok berbasikal kat tepi terusan ni. Sekurang-kurangnya nampaklah itik, burung, pokok-pokok, lebah dan serangga-serangga yang sewaktu dengannya. Walaupun cuma lapan batu (atau lebih) jauhnya dari pusat bandar, suasana kat sini dah memang macam kampung. Ladang-ladang cereal menguning. Aku panggil cereal saja sebab aku tak tahulah tu ladang gandum ke atau barli untuk buat malt. Masa dalam perjalanan tu pun loceng kat satu gereja tepi terusan tu pun tengah rancak berbunyi nak panggil orang suruh sembahyang. Berbondong-bondonglah mereka dengan Sunday clothing yang cantik-cantik pi sembahyang secara jamak satu minggu.


Ini lagu tema ekspedisi berbasikal kami hee hee

Sampai kat pekan Kirkintilloch tu dah pukul 11.30am tapi bandar dia masih lagi sunyi sepi. Kedai pun tak buka lagi. Yang buka cuma Tesco Metro jer. Apa lagi, itulah tempat dituju. Meriah aje kat Tesco. Lepas beli air kami ke Peel Park kat seberang jalan. Duduk-duduk kat situ sambil ambik gambar. Kisahnya nak buat gambar raya tahun ni hahahaha... entahlah.

Dah lepak barang sejam dua terus bergerak nak balik pulak. Masa ni lutut aku dah cramp tak hengat dunia. Sakitnya Allah aje yang tahu. Tu lah! Tak dak senam ka, regangkan kaki ka, terus jer mengayuh beskat sesuka hati hahaha. Tapi memang perjalanan balik tu memang menyiksakan sungguh.

Mulanya nak naik tren jer balik Glasgow jadi berkayuh dan berjalanlah ke Lenzie. Beli tren tiket yang harganya £2.55. Mahal sungguh. Tapi, bila tren datang, pakcik tiket tak bagi naik. Ceh! Suruh tunggu tren lagi satu. Dah la tren sejam satu. Takkan nak nunggu sejam lagi kot? Akhirnya buat keputusan mengayuh balik.

Perkh! Perjalanan balik tu memang laa... Dah la jalan kampung, pas tu plak berbukit-bukit. Asal naik bukit jer aku dok sorong beskat. Tak mampu weh. Tinggi bukitnya. Turun tak pa. Tapi disebabkan bahagian belakang lutut pun dah krem, nak berkayuh jalan landai pun siksa. Jadi, perjalanan balik melalui Lenzie ke Stepps terus masuk ke Royston Road dan tinggal beskat kat kawasan rumah lama - Charles Street. Elok jer letak beskat, hujan pun turun dengan mencurah-curah. Perkh! Tak dapat dibayangkan kalau hujan lebat masa kami tengah mengayuh tu.. mau meraung tiga-tiga orang kakaka.

Tiba kat rumah, aku pun penuhkan bath tub dengan air panas. Dok berendam bagi otot yang tegang kendur balik. Lepas tu aku ngan CikMimi pakat lumur kaki ngan minyak hangat. Sesi mengurut badan sendiri dimulakan. Kalau aku tak mengurut malam tu alamat pagi esoknya aku tak bekerjalah jawabnya hahahaha.

Overall, kami telah berbasikal lebih kurang 40km dalam masa satu hari. Perkh!

16 comments:

Zuraini said...

Salam...

seronok kan bila berbasikal ni... masa bebaru kerja ada gak berbasikal ke ofis, masa tu jalanraya kurang sibuk, lah ni kawasan tempat tinggal ke ofis dah jadi laluan utama, tak berani dah...

lah ni basikal tu dok tersandar jer kat stor...

achik said...

perghhh.. x sengal ke kaki? kalau sengal pun, tetap berbaloi kan.. :)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

apa yg penting...KERJASAMA....hahahaha tu lagu peberet Adam tu!!
ala ny, hang baru berkayuh 40km sehari kira ok ler tu, aku lagi lak berlari kat mesin statik tu 50km sehari...boleh main aci ligan ler kita..hahaha

Unknown said...

salam..

Pergh.. sorang kayuh beskal, sorang lari mesin statik. Sahih selim melim la nanti kengkawan aku. Sure blh pakai kebaya nampak pinggang kerengge nih.

Ny, ada satu lagi citer member nak kawin.. tunggu la tuan empunya diri announcekan nanti ek (rasanya dalam 2 atau 3 bulan lagi kot dia bgtau) Aci dak aku takmo cakap sapa tapi aku bgtau kat sini kasi saspen kat ko.. huhuhuhu. sahih tak tido malam ko memikir nih.

-zurd-

onna said...

salam beb,

aktiviti tu kene teruskan selalu banyak manfaat...aku pun sekarang dua minggu sekali naik basikal tapi basikal tak gerak dalam gym Hospital Putrajaya (sesi fisioterapi) tapi selalu ngelat cakap ada asemen so kene wat kejap je, padahal baru 10 min lutut macam nak tercabut...teruskan usaha kalian memanafatkan beskal tuh...

Unknown said...

sembahyang jamak seminggu eh? Hahahah... Ada org kita yg jamak sehari - balik kerja qada semua yg tak buat masa tgh kerja..Boleh ke?

Aku baca cerita ko mengayuh, aku punya tulang belakang yg rasa sakit...

Dura said...

Mak oiii Harny..si Elly 50 km ..kau pulak 20 km. Kalau aku harus sakit satu badan gitu. Teringat masa aku pregnantkan si Adrian..tersilap masuk group masa half marathon terus ter bersalin awal :)

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Dura : dek kerana 50km tu ler 2-3 hari aku jalan terkangkang2, tido pun statik jek x leh pusing kiri kanan sbb kekejangan..hahaha...biasa ler tu masa mula2 start gi gym :-p

50km tu dah boleh lari smpi Tanjung Malim kot, lain kali kalau rasa2 nak tunjuk kehebatan/kegilaan boleh ler berlari dr KL smpi Ipoh...hahaha

Dura said...

Elly - 50 km tu boleh buat larian obor..wahhhh gitu =))

CM said...

Salam

seronoknya khairyn..pas senggal2 lengguh kena massage sendiri...tapi betullah berbaloi,susah nk cari masa nk wat benda cam tu..teruskan yg ptg kite hepi..

-our- said...

basikal...huhuhuhu lama x naik basikal...nk naik basikal area ni ada skit ngeri..pub & black area.. huhuhu berangan nk ronda kat bukit cahya pun x tercapai..gi hutan FRIM pun itu ari pakai bju kurung LOL..basikal..dah 9 thn x tunggang.. nk beli le letak kg..weekend leh ronda petang2 naik basikal..

khairyn said...

Salam

Neen
Memang seronok berbasikal tapi seram gak bila kena lalu jalan utama. Tapi, nanti winter memang tak blh berbasikal sebab jalan licin hehe

achik
bila dah berendam air panas ngan berurut minyak hangat tu kurang la sengal sikit hehehe

Elly
hehehe.. sambil menganyuh sambil 'yang penting kerjasama!' kekekeke. Memang bengong 3 orang ni. Boleh jer kalau ko berlari aku berbasikal kat sebelah huhuhu... best tu

Zurd
Ya ka?
OK
Alhamdulillah

Dura
Tu lagi gila. Pregnant pun masuk half marathon! Aku cuma nak aktif jer bukan nak compete :)

khairyn said...

Elly
dah boleh masuk marathon tu. Try la... bukan untuk menang but untuk endurance. Good job!

Dura
boleh sangat hahaha

cikgu mas
Ya.. yang penting buat aktiviti yg boleh buat diri sendiri gembira hehehe

our
Yang penting jangan berbasikal seorang diri la kot. But kat sini alhamdulillah tak de apa-apa tapi apa nak buat pun kena guna common sense la jugak kan? :)

izinni said...

apa yang penting kerjasama ek?

ko yang mana satu? si hamster ke, si kura-kura ke, si anak itik kuning? hehehhe

Asnija said...

Salam perkenalan dari saya...

Dear Khairyn,
Pasal wonderpets ni, saya tak tahu lansung sebelum ni, tapi pelik, setiap kali sebut dalam training tanya participants "Apa yang penting?" Diorang mesti jawab "Kerjasama!" lepas tu gelak-gelak satu kelas...dalam otak kepala saya, apalah yang lucu dan kelakar sangat....banyak kali jadi hal yang sama, tanya punya tanya, baru saya tahu mengapa....sekarang bila saya tanya apa yang penting? saya dah boleh ingatkan diorang...bukan jawapan wonderpets yang saya cari...akak dah terror dah...(selepas satu malam meng-google)...

khairyn said...

Izinni
hehehe... yang hamster tu mimi so yang itik kena bagi kat atikah. Biasalah aku selow melow so dapatlah si kekura tu


salam Asniza
Terima kasih bertandang :)

Mula-mula dulu pun tak tahu kenapalah tetiba kawan sorang ni dok menyanyi 'yang penting kerjasama'.
Tapi cerita tu memang menariklah bagi saya. Si penyanyi pun menyanyi lagu tema tu macam tak de perasaan jer hehehe