Wednesday, May 04, 2016

Ada Apa dengan Kamu??

Assalamualaikum.

Memang sudah lama sangat tak menulis. Sejak mula bermaustatin di negara sendiri dan Borneo sekejap, sudah tak ada hati nak menulis balik. Tak kiralah buku, blog atau apapun. Rasa untuk menulis memang sudah hilang.

Maka, ini percubaan untuk menulis kembali. Untuk cuba-cuba, sama ada rasa itu akan kembali. Sama ada masih boleh menulis dari hati atau tidak. 

Kali ini aku nak menulis apa yang aku rasa mengenai filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2).

Hampir 14 tahun dahulu aku disogok dengan kata-kata ini: "Cerita ini best Mat, aku tengok ulang-ulang", jadi demi persahabatan, aku pun sama-sama menonton cerita AADC, cinta versi anak-anak sekolah Menengah Atas - antara Rangga (Nicholas Saputra) dan Cinta (Dian Sastrowardoyo). Ulang-ulang juga. Mungkin waktu itu jiwa aku agak ke lain maka filem AADC ini bukanlah filem favourite aku, sekadar menonton menemani seorang sahabat. Tapi, seperti ramai orang yang meminati filem ini, bait-bait puisi yang dilantunkan oleh Rangga memang memikat jiwa.

Memang tidak dapat dinafikan, plot cerita memang menarik walaupun ia sebenarnya agak ringkas, namun ia diolah dengan baik. Itu belum lagi soundtrack filem yang dinyanyikan oleh Melly Goeslaw (tajuk sama dengan tajuk filem) dan juga perkara-perkara teknikal berkenaan perfileman yang lain yang disusun dengan baik.

Sequel AADC2 memang sangat dinanti selepas aplikasi Line buat filem pendek yang memaparkan kedua-dua watak utama filem AADC. Promo Line berjaya kerana filem pertama AADC tidak memberi penutup atau ending  kepada penonton. Ia tamat di lapangan terbang ketika Cinta mengucapkan (mengucup) selamat tinggal kepada Rangga yang mengikut ayahnya ke luar negara. Maka, penonton mahukan penutup atau closure kisah cinta mereka.

Bolehkah terus berkawan, sekiranya hati sudah dilukai? Foto: http://remaja.suaramerdeka.com/wp-content/uploads/2016/03/aadc.jpg

Bukan setakat itu sahaja, ia mengisahkan juga persahabatan yang sangat akrab yang terjalin sejak AADC antara Cinta dengan Carmen, Maura dan Miley... dan seorang lagi kalau kau orang ingatlah siapa seorang lagi tu.

AADC2 kiranya tepat mengikut citarasa peminat AADC. Setiap persoalan yang belum selesai, ditamatkan di sini. Ada yang secara ringkas dan ada yang lebih teliti. Sudah pasti hubungan antara Rangga dan Cinta diutamakan dan selebihnya hubungan antara Rangga dan ibunya.

Persoalan yang ditekankan dalam AADC2 ini adalah supaya individu itu bersikap jujur bukan sahaja pada dirinya tetapi yang lebih penting kepada orang yang dia sayang dan menyayangi individu itu. Seperti ibu yang meninggalkan Rangga tanpa sebab (tidak diberitahu) begitu juga Rangga meninggalkan Cinta yang tertanya-tanya apa salah dia sehingga Rangga terus senyap dan pergi macam itu saja.

Seperti AADC, kekuatan AADC2 juga pada dialognya. Aku tak nak bagi spoiler tapi cukuplah dengarkan dialog antara Rangga dan Cinta ketika mereka bertemu sekali lagi. Jelas, kedua-dua mereka memang sudah matang ketika meluahkan rasa hati masing-masing (tak macam telenovela Malaysia... skrip memualkan dan kebudak-budakan sangat!). Cinta juga sudah tidak terkinja-kinja macam dulu hahaha.... tapi mainan memek wajah ketika Rangga cuba memujuk memang manis dan comel jugalah. Rangga.... Rangga masih moody dan handsome hahahaha walaupun sudah menjadi usahawan berjaya jugalah di Big Apple sana. Belum lagi dia sebagai err.... penulis. Wow! My kind of guy LOL.

Lokasi penggambaran Foto http://img.antaranews.com/new/2016/04/ori/20160426AADC_2_-1.jpg
Secara ringkasnya, Cinta dan kawan-kawan ke Yogyakarta untuk berehat sambil meraikan seorang kawan, membantu kawan yang lain sambil melihat hasil kerja seniman Eko Nugroho. Sementara Rangga ke sana atas sebab tertentu.

Bila aku dapat tahu yang latar dibuat di Yogyakarta, aku jadi teruja. Almaklumlah sudah menjejakkan kaki di sana, maka aku menunggu latar-latar tempat yang pernah aku lawati seperti Borobudur, Prambanan atau Merapi. Namun sayang, tidak ada satupun latar yang aku familiar. Malah villa tempat Cinta dan rakan-rakannya tinggal selama di Yogyakarta pun tidak dinyatakan dengan jelas. Yang ada hanya latar di sebuah runtuhan kuil yang entah di mana dan menara bentuk ayam (burung?) di Bukit Punthuk Setumbu. Akhirnya, persoalan ini dijawab oleh Rangga yang menerangkan perbezaan antara pelancong dan pengembara. Jadi, fahamlah kenapa tempat-tempat wisata terkenal tidak dijadikan latar.

Hal-hal lain yang menarik dalam AADC2

Motto Yogyakarta yang sentiasa membuat cameo (kena buka mata luas-luas nak cari dan baca. biasanya ia ditulis di kemeja T) - Jogja Ora Didol - Jogja bukan untuk/tidak dijual

Mural ini tidak terdapat dalam AADC foto; https://antitankproject.files.wordpress.com/2014/01/mg_9422-2.jpg


Kedai kopi unik - kalau di Malaysia kedai kopi hipster kut. Nama kedai ini Klinik Kopi. Yang uniknya sekiranya anda pelanggan baharu kedai ini, terpaksalah anda berdiri dan mendengar syarahan daripada si pembuat kopi mengenai jenis-jenis kopi tempatan dari kebun Bu Nur. Ini babak di mana Cinta mengenakan Rangga.

Cara penyediaan kopi yang unik di Klinik Kopi - foto: https://klinikkopi.files.wordpress.com/2015/10/mg_6996.jpg


Teater boneka. - Tak tahupun di Yogyakarta ada petunjukan teater boneka yang sangat menarik. Lain kali kalau ke Yogyakarta perlu cari teater boneka ini. Memang sangat-sangat menarik

Pappermoonpuppet sangat menarik. Foto: http://inclovermag.com/assets/28/07/84/05dc59ccef3330893d760f9547d6b6bd6cca5ba7.jpg


Rap Jawa - Aduh, ini yang memang sangat mengujakan aku ketika menonton AADC2. Tengok Cinta dan kawan-kawannya pun enjoy dengar rap Jawa dari Marzuki Mohamad yang rap lagi "Ora Minggir Nabrak" dalam bahasa Jawa.



May the 4th be with you!! big hug


Thursday, February 27, 2014

Ya Robb

Assalamualaikum



Permulaan pengembaraan yang satu ini mungkin dengan langkah yang longlai, mencari semangat yang masih lagi belum ampuh.

Mungkin aku perlu berhenti. Mencari hikmah dari Tuhan yang menghantar aku ke sini.

Atau mungkin Tuhan bertanya: "Mampukah kau dengan ujianKu?"

Dan aku bertanya pula: "Apakah Kau menyediakan aku untuk ujianMu yang lebih besar? Lalu kalau benar, aku mohon Kau berikanku kekuatan untuk aku menempuhnya apabila masanya tiba."

Aku mahu kembali kepada jalan benar agamaku. Aku mohon tangan saktiMu untuk membimbing jiwaku yang rapuh, mengangkatku ketika aku rebah, menolakku ketika aku lelah.

Kerana Tuhanku, aku tak mampu melaluinya seorang diri.

Untuk Bonda,

Kaulah segalanya...

Monday, January 06, 2014

How much do you love your friend

Okey aku rasa tahun ni aku kena menulis balik. Aku rasa kehidupan yang slow pace kat sini buat aku jadi semakin malas nak menulis. Bukan setakat aku dah hilang anonymity, aku memang dah ketandusan idea untuk menulis lagi.
Apa lagi nak tulis?
Mungkin kalau masa kat Glasgow dulu, aku bebas tulis luahkan isi hati sebab mungkin dari segi bahasa, aku menulis dengan bahasa Melayu yang orang lain tak faham dan aku bebas kritik sebab tak ramai orang kenal siapa aku. Tapi, bila dah kat sini, dah ramai orang kenal siapa aku, aku jadi malas nak menulis. Apabila menulis secara anonymity, aku rasa bebas untuk keluarkan buah fikiran tapi bila anonymity aku dah hilang, aku jadi macam orang tak ada pendirian.
Takkan aku nak menulis fasal Brunei, fasal Sultan yang aku tak setuju? Mungkin aku akan kena bomb dengan orang yang sayangkan Sultan. Tapi kadang-kadang dalam aku tak ada pendirian ni, simpan dalam hati rasa tak puas hati lama-lama pun boleh sakit, kan? Lagipun dalam dunia tanpa sempadan ni, maklumat di hujung jari anda aje, kan?
Kawan aku nasihat, yang dah lepas tu lepas la, kau tak payah ungkit. Mungkin dia dah berubah sekarang. Jawab aku... aku pun bukan orang baik pun. Sentiasa ada juga buruk sangka dalam kepala... Aku tetap kata perubahan itu perlu dari atas bukan dari bawah.. Haish!


***
Apa cerita kawan ni?
Berapa kuat sayang korang pada kawan? Bagi aku mencari kawan tu macam mencari suami juga. Kita nak yang terbaik. Kita nak yang ikhlas dengna kita. Yang boleh membantu kita dalam susah dan ketawa sama-sama.
Aku orang yang mudah mesra dengan orang tapi aku sangat susah nak rapat dengan seseorang. Dan aku sangat bersyukur selepas berbulan-bulan di sini akhirnya aku dapat seorang kawan yang sangat rapat. Dengan cepat. Kami click, walaupun berbeza personality. Macam aku selalu kata, aku ni bukan orang cerewet. Jenis menurut aje.. selagi aku tak kisah aku senang ikut rentak orang. Bukan bermakna aku tak ada pendirian langsung Cuma jenis tak kisah. Tak cerewet. Tak banyak songel.
Tadi kawan aku cerita persahabatan dia dengan ‘kawan baik’ dia tegang Cuma sebabkan satu perselisihan faham. Sebab terlalu marah, dia tinggalkan kawan dan jalan kaki dalam panas matahari sambil menangis.
“You... I am so disappointed, just because of one small thing, she’s so mad and told me not to see her again.”
Menangis.. sungguh-sungguh.
Sekejap.. aku kalau kecewa dengan kawan, aku akan bengang habis-habisan. Aku akan membebel, marah dan mungkin juga akan terjadi perang mulut dengan kawan yang itu. Tapi menangis sungguh-sungguh?  Erk! Buat aku terfikir ini betul-betul kawan ke atau lebih dari kawan?
“Please I don’t know what’s your perception towards me going to be, now that you know.”
Erk! Kawan? Lebih dari kawan? Ada hubungan?
“I don’t know what kind of relationship we have. What I know I pity her and I just want to help her (because she is suicidal).”
Aiyoh! Kadang-kadang orang akan ambil kesempatan atas vulnerability kita. Ya kita boleh baik dengan orang, kita boleh ikhlas, tapi apabila seseorang mula ambil kesempatan atas kita, jadi abusive dan tak hormatkan kita... perlahan-lahan kita perlu jauhkan diri dari mereka.

Sakit memang sakit untuk jauhkan diri tapi kalau terus-terusan disakiti.. itu bukan persahabatan. 

Thursday, May 30, 2013

Keladak Jiwa

Assalamualaikum...

Sudah lama tak menulis untuk meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa. Bukan apa, rasa semangat untuk menulis semakin pudar. Bukan setakat untuk menloret tulisan di sini, malah projek dua buku masih terbengkalai. Payah sungguh mencari semangat yang hilang dan terbang ditiup angin. Perlu dikutip satu demi satu... perlahan. Namun Insya-Allah.. 

Bercerita tentang hati, aku dalam persimpangan yang sukar. Membantu demi sahabat atau berputus asa kerana sikapnya yang kadang-kadang aku anggap seperti tidak serius.Benarlah untuk melakukan sesuatu itu, kita perlu bermula dengan niat. Dan yang terbaik sesuatu niat itu adalah Lillahi Taala. Niat kerana Allah itu adalah yang terbaik kerana hidup dan mati kita adalah untuk Allah SWT semata-mata. Memahami perkara ini satu perkara tetapi benar-benar menerimanya adalah satu perkara yang lain.

Persahabatan yang dimulakan dengan niat membantu menjadikan kami akrab dengan terlalu cepat. Tapi masalahnya persahatan yang terjalin ini adalah di antara dua jantina yang berbeza. Dia lelaki dan aku perempuan. Sepatutnya ada batas di antara kami tapi nauzubillah aku terlupa bahawa kami sepatutnya tidak terlalu akrab namun kerana aku menganggap dia sebagai sahabat, batas ini aku langgar begitu saja. Aku melihat dia sebagai sahabat baik sehingga lupa bahawa dia seorang lelaki terlebih dahulu.

Jangan fikir yang bukan-bukan. Maksud aku, kami sering keluar bersama: makan, minum, tengok wayang.. semuanya berdua.. cuma kadang-kadang bertiga atau berempat. Inilah orang kata ujian anak dagang. Hidup di negara orang perlu pandai bawa diri. Apabila bertemu dengan sahabat yang sama-sama mempunyai idea, minat dan mudah diajak berbual, perhubungan pasti menjadi rapat sebab kami berkongsi minat. Namun, kita manusia, buat kesilapan itu adalah sebahagian daripada sifat manusia. Tiada pernah terlintas di fikiran aku untuk melakukan perkara terkutuk, malah tersentuh kulit pun aku akan berjaga-jaga. Tapi itulah sifat manusia... dijaga yang satu, teralpa pula yang lain.

Apabila sudah hampir setiap hari bersama, maka banyak juga yang kami kongsikan. Dari apa yang aku faham tentang dia, dia mahukan perubahan dalam hidupnya. Cuma kadang-kadang aku jadi keliru, antara perbuatan dengan niat yang ditunjukkan. Mahu berubah atau tidak? Apakah dia tidak serius dengan niat yang dia lontarkan hampir setiap kali kami berbual perkara-perkara serius? Atau aku yang terlalu menghukum dia tidak serius dengan niatnya itu? Sengal ke mamat ni?

Pleaselah don't give up on me

Ayat ini pernah dia luahkan pada aku, saat aku rasa apa yang aku usahakan selama ini seperti mencurah air ke daun keladi. Tapi, hati perempuan.. sekeras-keras atau sekering-kering hatinya, bila dirayu begini pasti cair, kan? Aku meletakkan diri aku sendiri dalam situasinya dan sudah pasti aku tidak mahu sahabat aku tiba-tiba rasa lelah dan angkat bendera putih. Lagipun aku pernah melalui situasi di mana sahabat-sahabat membelakangkan aku atas kesilapan bodoh yang aku lakukan. Aku kembali mencari hikmah Allah. Mungkin ini ujian Allah kepada aku yang selalu tidak sabar dengan orang yang banyak kerenah. Yang tidak suka menyukarkan perkara yang mudah. Kalau hendak berubah... mesti berusaha berubah bukan berbolak-balik ke sana ke sini. Aku yang bersikap keras. Apakah Allah temukan kami untuk menguji kata-kata riak atau takbur yang pernah aku lontarkan sebelum ini? Ya Allah.. aku reda!

Aku selalu berfikir untuk berubah memang kita perlu berusaha untuk berubah, tapi aku terlupa tahap kekuatan jiwa dan semangat seseorang itu tidak sama. Usia tidak menentukan kebijaksanaan seseorang. Akal yang waras akan mengajar hati untuk membantu mengambil tindakan yang betul. Tapi dalam situasi tertentu hati yang akan mengawal akal di mana hati yang tidak stabil akan menyebabkan akal kurang waras dan tindakan yang tidak wajar.

Dia selalu ingatkan aku supaya tidak bersikap prejudis atau menghakimi kerana Allah yang berhak menghakimi seseorang. Bukan cara hidup seseorang itu yang penting tetapi pengakhirannya ketika dia bertemu dengan Penciptanya. Tapi aku ingatkan dia dan diri kita bahawa sebagai orang Islam kita ada code of conduct yang perlu kita ikut. Benar Allah itu Maha Hakim dan Maha Adil dan Hak-Nya untuk menghakimi hamba-Nya tetapi sebagai hamba-Nya kita perlu berusaha untuk menggembirakan Allah, bukan untuk Allah tetapi akhirnya untuk diri kita sendiri. Kita berusaha dan berserah bukan berserah tanpa berusaha.

Di sinilah aku menjadi keliru. Perlukah aku terus bersahabat dengannya dan tidak terus putus asa walaupun kadang-kadang sikapnya melelahkan aku dan meletakkan aku dalam situasi sukar atau aku biarkan saja dia dengan cara hidupnya yang bersandarkan niat tanpa usaha? 

Berat hati aku jadinya.. apatah lagi tiap kali melihat whatsapp dari dia... "Pleaselah don't give up on me"



 
 


Monday, August 20, 2012

Belasungkawa

Tulis... padam... taip... backspace. Aku tak tahu macam mana nak mulakan belasungkawa buat seorang sahabat yang sudah selesai urusannya di dunia ini. Berita kematian arwah Juli Suharni Jaafar, Editor Sukan Brunei Times, yang diterima lima hari sebelum Syawal masih susah nak aku lupakan. Sekarang ni pun setiap kali teringatkan arwah, aku akan teringat banyak perkara-perkara bodoh, suka dan "merbahaya" yang kami buat berdua.

 Masa aku terima berita kematiannya, aku numb. Aku mula berkira-kira apa yang perlu aku buat? Ikut hati waktu itu, aku nak terbang terus ke Brunei. Suara Sue sebak di telefon. Dia pun tak boleh buat apa-apa sebab dia sudah di Kelantan. Okey, aku kata, kita inform kawan-kawan yang lain. Jadi, dalam perjalanan ke pejabat, aku tak putus-putus menelefon kawan-kawan yang mengenali arwah.

Alhamdulillah, urusan membawa pulang jenazah dari Brunei tidak mengalami masalah besar. Walaupun tinggal beberapa hari untuk menyambut Eidulfitri, pihak keluarga dibantu oleh kedutaan kita di sana menguruskan untuk membawa pulang jenazah secepat mungkin. Dalam masa dua hari urusan selesai dan jenazah disolatkan di kedutaan lantas di bawa pulang ke Malaysia.

Aku terus minta cuti kecemasan untuk pergi ke Yan, Kedah kerana jenazah akan dikebumikan di sana. Dengan dua orang hero Korea kami memandu terus ke Kedah. Alhamdulillah perjalanan kami pun lancar. Jumpa dengan dua kawan yang menunggu di sana. Selepas berbuka, kami bertolak ke rumah keluarga arwah sementara menunggu jenazah yang bergerak dari KLIA kira-kira jam 7 malam.

Jenazah tiba di Masjid Jamek Yan kira-kira jam 2 pagi. Terus disolatkan. Aku, akuatik, Mimi, Deal ikut solat jenazah. Rasa puas dalam hati sebab dapat berbakti buat kali terakhir untuk arwah. Kira-kira 2.45 pagi, semuanya selesai. Mak arwah minta aku tabur bunga di pusara, tapi aku menolak. Rasa tak cukup kuat waktu itu. Aku takut air mata yang aku tahan, mengalir depan mak dan keluarga dia.

Aku dan arwah bukanlah sahabat yang teramat baik, tapi kami memahami satu sama lain. Apatah lagi pernah sebulan mengembara bersama-sama dan pernah juga jadi rakan serumah. Bila aku belajar di Glasgow, dia pula mendapat kerja di Brunei. Arwah pernah juga datang melawat aku di UK dan kemudian melancong seorang diri ke Madrid. Arwah seorang wanita yang sangat pandai berdikari, cool dan jarang luahkan masalahnya.

Kami memang mempunyai personaliti bertentangan. Aku agak cepat panik tapi arwah seorang yang sangat sabar. Kalau nak tahu dia anxious atau bimbang, tengok aje goyangan kakinya. Itu habit yang sangat ketara pada diri arwah. Bila dia bimbang, dia akan goyangkan kakinya. Makin bimbang makin laju. Em mengingatkan aku hari tu waktu kami berjalan-jalan ke Eropah pada musim sejuk beberapa tahun lepas. Satu kejadian waktu kami menunggu penerbangan ke London. Macam biasa, pesawat Easyjet (ala-ala Air Asia) terlewat untuk ke London. Sedangkan seorang sahabat sedang menunggu kami di sana untuk sama-sama ke Prague. Em tanya: "Sempat ke Jud?" (Em saja yang panggil Juli, Jud). "Insya-Allah, sempat," balas Juli dengan wajah selamba, tapi kakinya laju bergoyang. Em tak berani nak tanya aku sebab muka aku dah cuak. Waktu tu aku cuma fikir, kalau delayed macam mana dengan kawan yang menunggu di Heathrow? Takkan dia seorang diri akan ke Prague? Sedangkan kami dijadualkan tiba di Prague, waktu malam. Bukannya pernah seorang daripada kami ke sana sebelum ini. Aduh! Banyak yang aku fikir waktu tu. Tapi, bila kami berempat akhirnya selamat tiba di Prague, barulah arwah beritahu aku, waktu Em tanyakan sempat atau tak sempat untuk kami tiba di London, dalam hati dia tak putus-putus berdoa semoga semunya selamat. Ya, aku pun sama. 

Arwah selalu tunjukkan sifat laid-back dia pada kami. Dia jarang tunjuk kalau dia bimbang. Tiap kali akulah yang push dia suruh cepat, sebab takut tertinggal bas, teksi kereta api, atau flight. Aku ingat kali pertama kami keluar traveling bersama, aku jadi drill sargeant untuk pastikan kami siap breakfast, kejar bas, kereta api, atau berusaha untuk booking hotel. Sampai tiap kali kami pergi traveling sama-sama lagi lepas tu, dia akan kata, "Tak payah risau dah, mommy ada."

Arwah seorang yang sangat-sangat murah hati. Jarang sangat berkira soal duit. Dan satu lagi perangai arwah yang selalu buat aku membebel dengan dia, dia akan go all out untuk menggembirakan orang lain (yang buat aku membebel, kadang-kadang orang tu bukanlah orang yang rapat dengan dia). Tapi, memang itu kemurahan hati dia. Kalau dia belikan hadiah untuk orang (biasanya jersey sukan atau F1) dia takkan beli yang cikai atau murah. Dia mesti akan cari sampai dapat (heret aku sekali sampai aku kepenatan dan akhirnya membebel kat dia) yang original. Jawabnya, bila aku membebel - "Aku tak beli yang cetak rompak punya, mat." (mat panggilan biasa beliau untuk kawan-kawan).

Dari segi kerja pula, arwah seorang yang last minute perfectionist. Walaupun buat di saat-saat terakhir, dia mahu kerjanya sempurna. Arwah seorang yang sangat meminati sukan. Jadi, kalau kami berjalan bersama-sama, perlu dipastikan kami akan melawat stadium bola. Setakat ini dengan arwah, aku dah menjejaki ke yang wajib, Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Amsterdam Arena, Sparta Prague, Seoul Stadium antaranya dan A1 Ring di Zeltweg. Ingat lagi katanya, kalau berjalan-jalan ke luar negara, tempat wajib kita kena pergi, mesti ke stadium. Arwah memang sayangkan anak-anak buah di tempat kerja. Selalu buat makan-makan atau belikan barang-barang (walaupun dia orang tu anak orang kaya).  

Mungkin atas sebab kemurahan hatinya itu, Allah memberi rezeki berlipat ganda dengan memanggilnya semula pada bulan penuh berkat, bulan Ramadan, pada 10 malam terakhir. Tak perlulah aku kata apa penyakitnya, cuma harapnya kita semua jaga kesihatan dan kalau ada rasa sakit-sakit tu, cepat-cepatlah berjumpa doktor.

Realitinya di sini, mati itu pasti. Arwah telah selesai urusannya di dunia ini dan kini aku harap arwah tenang di sana. Walaupun kami tidak terlalu rapat, aku selalu anggap kami seperti old married couple. Tak perlu beritahu apa yang kami suka, kami faham sendiri. Bagi aku, arwah kadang-kadang macam support pillar dan pemergiannya memang sangat-sangat aku rasai.

Semoga kau tenang di sana Juli Suharni Jaafar. Insya-Allah aku akan selalu titipkan doa untukmu.  

Arwah Juli sewaktu melawat aku di Glasgow.

Monday, August 13, 2012

Minoriti

Selamat Hari Tangan Kidal untuk semua 10 peratus penduduk dunia..... yang macam aku heh!

Monday, July 16, 2012

Profesor Tariq Ramadan's talk



Seronok dapat menghadiri ceramah Profesor Tariq Ramadan di IIUM. Lebih 2,000 hadirin memenuhi ruang dewan. Walaupun beliau terlewat sedikit, pengisian selama dua jam sangat-sangat segar. 

Pengisian dari beliau adalah tema biasa dalam pengisian ilmu tetapi dari sisi atau pespektif berbeza. Perspektif orang biasa, melangkau batas agama. Dari orang "luar biasa" kepada orang biasa.

Ingatlah bahawa bumi ini adalah hadiah. Ingat kita sebagai khalifah bertanggung jawab atas perbuatan kita di muka bumi. bukan saja terhadap diri sendiri, komuniti tetapi kepada alam sekitar. Because the day will come when Allah asks you, what have you done with my gifts!



Sunday, July 15, 2012

Mengikut jejak Rasulullah


Permulaan bacaan yang membuatkan aku sangat teruja.



Untuk Najma

 Buku ini hasil waktu fajar
Dan kau sentiasa bersamanya, dengan derap kaki di tangga,
Dengan ketawa nakalmu atau sepasang matamu yang merajuk
Kau datang dalam dakapanku.
Dan aku tinggalkan skrin di mana tumpuanku berikan sepenuhnya tadi
Dalam cahaya kebaikan dan cinta Pesuruh Allah,
Untuk terus lemas dalam hangat hadirmu.
Rasulullah mengajarku untuk memaafkan, dan kau pula menawarkan kemurnian.
Semoga jalanmu sentiasa bercahaya, anak perempuanku, dan semoga Dia mencintaimu
Melalui senyumanmu dan melalui air matamu


Untuk Mama Ali

 Pertemuan di Amerika dan hadiah yang tidak pernah putus
Setiap halangan, diterima dengan tenang
Kau peneman fikiranku dan setiap persoalanku,
Dan terus membaca, membaca dan mengubah perkataanku, selalunya lebih baik dari apa yang telah aku karangkan.
Keteguhan hati dan jiwamu kepada Cahaya yang Maha Agung
Menuruti langkah Utusan-Nya.
Tidak satupun ku lupakan.

Untuk Claude Dabbak

 Di sini dengan rasa penuh hormat.
Dengan rasa penuh rendah diri.
Disebalik penterjemah, pasti dapat dirasa pembelajaran yang mendalam
Dan satu hadiah tidak terhingga yang ditawarkan kepada umat Islam di Barat.
Namamu sering tersembunyi di sebalik kerja penulis
Hutang kami kepadamu sangat tinggi, terutama aku.
Dari setiap kami, jauh di sudut hatiku,
Terima kasih!

** Ya Allah, Kau permudahkan dan berikanlah ilham kepadaku untuk melakukan kerja menterjemah buku ini kepada Bahasa Melayu. Semoga sama-sama kami mendapat ilmu-Mu dan berusaha mengikuti jejak Rasulullah s.a.w... amin!

Monday, July 09, 2012

Floria Putrajaya 2012


Bila asyik dengar promo Floria Putrajaya di radio, mulah terasa nak pergi. Jadi bila tinggal dua hari lagi pameran nak habis, aku tarik Baiyah pergi Putrajaya. Hari Sabtu yang sangat penuh aktiviti.

Rancangan hari itu, pi running kat Tasik Perdana, pergi merambu, makan tengah hari, pergi Floria Putrajaya dan malam pergi dengar puisi di Tasik Titiwangsa. Tapi, akhirnya banyak plan went haywire. Tak pergi berlari sebab masing-masing tak berapa nak sihat, akhirnya pergi mengisi perut tengah hari. Meronda cari vakuum cleaner si Baiyah lepas tu baru ke Floria Putrajaya. Pusing dari Wilayah Kuala Lumpur ke Wilayah Putrajaya.. tu diaaa.

Aku baru tahu pesta ini pesta antarabangsa tahunan he he he. Tak tahu pun tahun lepas ada dan tak pergi pun, jadi itu yang tiba-tiba teruja nak tahu apa benda Floria Putrajaya ini. Lagipun bukan jauh sangat Putrajaya dari rumah, jadi rasa rugi pula kalau tak jenguk pesta "jiran" ini ha ha ha.

Jadi, lepas projek beli penyedut hampa gas idaman, selesai solat asar, terus zooom ke Putrajaya. Hujan lebat bukan penghalang! chewah! Aku bukan pandai sangat bab-bab jalan di Putrajaya, jadi ikut papan tanda terus ke Precint 2. Ini kali keempat kut ke Precint 2. Dua kali masa mohon Certificate of Good Conduct  kat Kementerian Luar, pergi melawat booth masa pesta buku kat Putrajaya, dan sekali ini ke Floria Putrajaya. Tak susah sebenarnya nak cari lokasi pesta cuma bila cerita bab traffic management ni... hurm... panas dan terhangatlah.

Okey, apa yang bestnya kat Pesta Floria ni? Ayoyo.. mestilah pesta bunganya. Aku suka sangat dengan pertandingan laman untuk sekolah menengah. Aku sangat-sangat kagum tengok kreativiti budak-budak sekolah ni. Huh! Kalau zaman aku agaknya tak mampu buat macam ni. Memang penuh inspirasi, tahniah kepada cikgu-cikgu yang banyak bagi perangsang. 

Baiyah pulak dah terpikat dengan hiasan ala terrarium atau hiasan pokok dalam bekas kaca. Ter-excited dah nak buat terrarium kat rumah. Berkira-kira nak guna balang retak dia... huhuhu apa-apalah sebab pada asalnya dia reluctant nak ikut aku pi Floria, apatah lagi sebelum tu melalui pengalaman yang sangat horror masa nak cari parking. 

Okey, ini apa yang aku sempat rakam sebelum kamera aku abis bateri (tu laa... malas nak charge)

Ini rekaan laman yang paling kami suka. Guna elemen tradisional dan kemas.

Hiasan yang sangat kemas

Ini entri dari universiti. erk.. tak ingat uni mana

Gunakan botol warna warni untuk efek cahaya berwarna. (lubang dibuat  untuk diletak  mentol)


Terrarium. Sangat-sangat kreatif dan menarik

Penuh imaginasi

Kena tengok jauh sikit baru nak nampak objek beruang ni :)

Entri dari Pulau Pinang

Elemen air tambah lagi daya penarik laman

Senja di Putrajaya. 

Entri dari Melaka.. chait! Sungguh mendukacitakan!

Enterprem. Baiyah
Macam aku cakap tadi, bab parking memang sangat-sangat horror. Bagi aku organiser sangat alpa fasal perkara yang sangat penting ini. Pengunjung ke Floria dibiarkan sendiri untuk mencari tempat meletak kereta sendiri. Kalau ada anggota trafik yang patut memantau lalulintas pun, mereka tak buat apa-apa, cuma duduk dan berborak. 

Perlu diingatkan, bukan semua pengunjung ke pesta Floria adalah orang Putrajaya atau mereka yang familiar dengan tempat itu. Orang macam aku misalnya, yang pergi ke Precint 2 empat kali setakat ini. Sepatutnya ada cukup tanda jalan untuk memberitahu pengunjung di mana hendak meletak kereta. Bukan ditinggalkan sendirian macam kambing tak tahu arah. 

Akibatnya, ramai yang sengaja masuk salah jalan sampai menyusahkan pemandu lain. Letak kereta di padang tak ada sistem keluar masuk, akibatnya sesak jalan. Tak ada tanda arah untuk kawasan meletak kereta, akibatnya sesak lagi. Dan berpusing-pusing mencari tempat letak kereta. 

Seriously kalau inilah tahap international huhuhu.. sangat-sangat malu dengan sistem trafik masa pesta itu. Anggota trafik, kalau mahu berborak sekali pun, janganlah terlalu obvious sangat sampai lupa tanggungjawab tugas yang diberikan. Susah kalau tahap kerja masih tidak profesional.

Friday, July 06, 2012

Ting "Tank" Tong

Tiap kali aku nak menulis dalam bahasa Inggeris, aku akan fikir dalam bahasa Melayu.

Everytime I want to write in Malay, I will think in English.

Aku rasa dalam kepala kotak aku ni ada a small pond with two fishes swimming in opposite direction.

Why laaa?


Thursday, June 28, 2012

Crazy Girl rindu

Aku tak tahu entah berapa kali aku dapat gelaran 'crazy girl'

Tadi Najla tanya khabar dan dia tulis.. I miss you too crazy girl.. Buat rasa macam air mata nak terhambur keluar pulak. Rindu... rindu dengan kawan-kawan di SUMSA. Sama-sama berjemaah, sama-sama berbuka puasa, sama-sama bincang dan sama-sama makan. Ukhuwah yang sangat terasa.

Rindu bila tiap kali mereka jumpa aku dan panggil aku crazy girl. Padahal aku bukanlah gila apa pun. Dan aku pun bukan chatter box yang suka sangat berbual, tapi dengan mereka, aku jadi seorang yang suka bersembang. 

Aku masih tak faham kenapa mereka suka gelarkan aku crazy girl. Mungkin sebab aku buat dua kerja masa belajar dulu? Atau merantau jauh semata-mata nak buat first degree?

Mungkin sebab perbincangan maksud nama aku membawa kepada cerita asal usul pokok sacred di India? Yang akhirnya membuat semua orang ketawa geli hati.

Aku tak tahu. Tapi know this for sure... this crazy girl really miss you all sooo much! And I pray to Allah one day we will meet again. I love you all so much because you left your prints in my heart.

Ops! Sorry. Ter-emo pula. Lesson learnt. Jangan menulis sambil dengar lagu Ronan Keating When the World Was Mine crying 


Crazy Girl at Student Occupation - Don't cross our picket line!

Sunday, June 24, 2012

Roti bakar

Ohhh... baru aku tahu.. kalau filem dari UK tu masuk dalam kategori International Film kat GSC. Ingatkan kalau dah memang cakap English tu, kira sama rata. Rupanya tidak. Harga tiket wayang pun tak sama rupanya. Murah dua hengget. Haish!

Ye, aku suka tengok movie. Tak kiralah kat wayang ke kat DVD ke kat VCD ke Astro ke terrestrial tv yang macam semut-semut sebab guna indoor antenna. Yang penting ada movie. Memandangkan kat rumah tak ada Astro, jadi aku bergantung pada 1) tengok wayang, 2) tengok VCD dan 3) tengok DVD.

Jadinya, Jumaat lepas aku diajak kawan untuk menonton wayang, cerita yang menurut review yang dibuat oleh kawan kepada kawan aku.. adalah sangat BEST!

Terpengaruh dengan cerita bersungguh-sungguh oleh kawan aku ni, kami pun menonton di GSC Mid Valley.
-Disclaimer - aku akan menonton di GSC Mid Valley bila Akuatik tidak berdeting. Sebabnya tiap kali berdeting dia akan tengok wayang di GSC Mid Valley. Rasa macam tak adventurous gitu detingnya itu. Ha ha ha.

Sambung merapu...

Kami tengok cerita Toast. Yang jadi daya penarik cerita ini mestilah Helena Bonham Carter. Dia aktres yang bagus. Gila-gila dalam cerita Vampire dengan si Johnny Depp. (What I want is for you to put your luscious lips on my posterior repeatedly a.k.a kiss my ass [waaaa!!! dialogue ni melekat dalam kepala hotak aku sejak hari tu!])


Tapi yang menjadi kemosykelan di pihak aku la kan, kenapa orang sanggup belanja RM12 semata-mata nak bercakap dalam panggung wayang? Tak ke rugi duit aje tu.. tak lagi mengganggu orang lain. Dan aku memang betul-betul tak suka nyah yang sangat rude. Tolonglah hormat orang lain kan? Kesian dengan minah kat depan dia... mana nak dengar dialog movie tu, mana si nyah sangat rude tu mengomel lagi. 

Apa daaa aku membebel

Cuma nak beritahu kalau dalam panggung wayang tu toksahlah cakap banyak sangat. Tengok ajelah movie tu. Dan kalau tak suka, jangan terus bazir duit atau bazir masa. Pejam mata relaks atau keluar terus dari panggung.

Apa-apa pun aku suka cerita Toast ni. Dah lama tak dengar dry and wry humor macam ni hehehe

Thursday, June 21, 2012

Di sebalik Korea (2011)

Turun flight naik flight lain.

Dalam keadaan hidup tunggang langgang tu sempat juga aku bercuti ke Korea Selatan. Perkh! Tempat yang aku tak pernah berfikir untuk bercuti. Nak buat macam mana kan? Kurang berminat dengan Korea. Kalau ke Jepun tu mau aku melompat yabedabedoo! Tapi dah orang ajak dan bakal tinggal percuma di rumah orang lain... takkan nak tolak kan? Cuma yang hebatnya kami bercuti 14 hari. Waaahhhhhhh!!! Hebat tak hebat???

Apa lagi sehari selepas turun flight Emirates di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lusanya aku ke LCCT untuk kejar flight Air Asia ke Incheon pula.. yippie!

Acara pertama: cuma berjalan-jalan di bandar Seoul. Apa ye yang menariknya bandar Seoul ni.. err.. rasanya sebab ia bandar besar jadi bagi aku, dia macam bandar-bandar besar yang lain jugalah. Tapi berjalan-jalan di bandar Seoul waktu musim sejuk adalah..... sangat sejuk!!! (duh!). Tapi rasa sejuknya ni, lain macam sikit. Sejuk kering. Hehehehe.. memandai aje kan? Konon jadi expert la fasal musim sejuk, padahal cuma nak masuk 5 tahun aje duduk di negara empat musim.. mengada sungguh.

Cheonggyecheon river
Acara seterusnya, aku mencari sungai yang diberi kehidupan baru, Sungai Cheonggyecheon. Kalau ikut sejarahnya, sungai ini sebenarnya dah jadi longkang, (senario biasa untuk sungai-sungai di Malaysia), tapi kerajaan Korea Selatan berpendapat sungai ini perlu diselamatkan. Dan tak silap aku dengan kos lebih AS$900 juta, mereka mulakan projek sungai ini. Sungai ini sangat popular di musim bunga dan musim panas. Bila datang tengok pada musim dingin dan waktu maghrib macam ni.. err... aku rasa macam longkang biasa aje hahahha.. Sangat sadis dan kejam gittew!



Bandar Pusan waktu malam.
Tak sah rasanya kalau ke negara lain, tapi tak ke bandar lebih kecil. Kali ini kami pilih untuk ke Pusan atau Busan. Kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta api dari Seoul ke Busan. Bandar ini dulu terkenal sebab menjadi tuan rumah untuk Asian Games 2002. Sekadar berjalan-jalan sekeliling bandar yang sangat banyak kedai jual segala jenis gajet tapi jangan haraplah nak membeli telefon bimbit di sini walaupun aku pakai jenama Samsung sebab sistem yang digunakan tak sama dengan sistem yang kita guna di UK atau di Malaysia. Setakat nak jadikan mainan tak berguna tu bolehlah hehehe

Makanan laut sangat popular di Korea terutama Busan

Akhirnya kami buat keputusan untuk melawat kuil atas bukit yang terkenal di Busan. Apa ke hal lah tiga perempuan Melayu Islam ini melawat kuil Buddha atas bukit. Tapi tak apalah, in the spirit of camaraderie  kami mencari jalan ke kuil atas bukit. Ha ha ha... sebenarnya kuil ni disenaraikan sebagai tempat patut dilawati di Busan lalalalala.


Pintu gerbang kuil yang tak guna satu pun paku
Tengok! Sedap kan kami makan?

Kawan-kawan bergambar dengan tauke kedai makan paling best di Busan

Huh! Turun aje dari bukit, perut masing-masing dah berdondang sayang. Sebabnya, masing-masing dok makan roti sebagai breakfast jadi dah tiba nak kunyah nasi pula. Di terminal bas di Busan, ada satu kedai makanan Korea yang menunya ditulis dalam bahasa Inggeris. Tanpa mengharapkan apa-apa dari segi kesedapaan, kami pun masuk. Yang penting kami tahu apa yang kami makan. Itu sangat penting. Tapi kami memang tak haraplah makanan itu akan menjadi tersangat sedap.. Rupa-rupanya masuk tanpa harapan rasa makanan itu menjanjikan sesuatu yang sangat indah. Rasa makanan yang dihidangkan adalah sangat sedap. Terlalu sedap sampai ada orang masuk angin dalam perut, dan yang selebihnya makan macam tak nak angkat muka. Akhirnya untuk menunjukkan kami sangat appreciate makanan mereka, kami mengambil gambar dengan tuan punya kedai yang boleh juga berbahasa inggeris sikit-sikit. Aku? tukang ambil gambar pun jadilah...

Tapi ada satu insiden yang tidak boleh dilupakan oleh semua jemaah yang ke Busan. Berangan naik bas open top city travel. Tengok suhu katanya 8C aje. Ah! Okeylah kan duduk atas. Perkh! Rupa-rupanya tulis aje 8C rasanya macam -80C. Gila sejuk! Tapi sebab nak buat endurance test aku tak turun bawah. Biar sejuk, biar beku... aku akan tetap tahan. Akhirnya, aku dah tak boleh rasa sepuluh-sepuluh jari lagi. Kebekuan. Dan pemandu bas buat gila bila lalu jambatan di pinggir laut. Dia bawak laaajuuu.. sampai aku rasa tudung macam nak terbang dan aku-aku sekali macam nak terlompat keluar dari bas. Nasib baik beku, jadi keras macam patung kat atas hahahaha. Akhirnya kami dapat 'cairkan' diri kat restoran Filipina. Sampai mintak owner tolong halakan heater ke arah kami. Bukanke aku pernah kata pada makcik Jehovah Witness, neraka itu pun entah-entah boleh sejuk yang tak terhingga hehehehe


Pertukaran pengawal istana, lebih kurang macam kat Istana Negara kut, cuma lebih banyak warna
Memandangkan banyak masa berjalan-jalan, jadi kami betul-betullah menghayati setiap destinasi yang dilawati. Melawat ke salah satu istana raja di Seoul. Haish, aku tak ingat apa nama istananya tetapi senang nak pi sebab rangkaian metro yang sangat extensive di Seoul. Matahari memang terang benderang tapi cuaca memang sangat sejuk. Seronok juga tengok upacara guard changing ni. Kalau kat London, pengawalnya pakai topi besar, tinggi, berbulu, kat sini lebih berwarna warni. Aku ada juga ambil video, tapi entah kat mana aku simpan videonya.
Kawasan istana ni memang luas. Siap ada dua ke tiga kolam dan aku bet, suasana kat sini lebih cantik bila tiba musim bunga dan musim panas. Selain istana, ada juga muzium dan macam biasa, kena pi cari makan. Kali ini aku berjalan dengan orang beruang eh berwang, jadi pilihan venue makan adalah yang ada er.. haish! Class jugalah. Kalau ikut aku, entah-entah takat makan roti aje kut. Tapi at least aku dapatlah makan makanan pelik sikit di kedai yang agak posh! hahahahaha.. Aku makan nasi dengan empat jenis seaweeds. Pelik tapi sedap!



Kau kunci hatiku???
Destinasi seterusnya ke Seoul Tower. Fuh! Masih tergedik-gedik kesejukan. Hahaha.. itulah.. pergi bercuti dalam musim sejuk, mestilah kesejukan. Kalau musim panas mesti kepanasan.. err tak gitu? Ok, apa yang menariknya di Seoul Tower ni. Okey, nak ke atas, perlu menaiki tram dulu. Kalau nak lebih adventure, boleh aje jalan kaki ke atas. Bukan terus ke atas tapi separuh jalan. Lepas tu boleh naik cable car sampai ke atas. Pemandangan atas puncak bukit memang menarik. Dapat tengok bandar Seoul dan sungai yang berlingkar-lingkar. Memang menarik. Dan satu lagi yang menariknya kat sini, banyak sangat mangga kunci warna warni yang diletakkan di pokok besi macam pokok krismas. Sebenarnya ia sebagai lambang cinta yang dikunci. Memang setiap kunci itu bertulis kata-kata cinta antara aweks kepada balaksnya dan balaks kepada aweksnya he he he. Memandangkan hampir 99% ditulis dalam bahasa Korea, tak adalah aku dapat memahami luahan hati dan cinta yang ditulis pada mangga besi itu.



Aku cinta kamu....
Okey kalau kat luar tu penuh dengan pokok mangga, kat dalam pulak, dindingnya penuh dengan jubin warna-warni dengan konsep yang serupa. Menayangkan rasa cinta untuk dibaca oleh orang ramai. Tapi kalau pengunjungnya macam aku yang tak paham satu apa pun tulisan Korea, tak adalah nak berjalan dan membaca kecuali adalah satu dua jubin yang bertulis tulisan roman tu hahaha.

Okey  melawat pula rumah tradisi Korea yang dipanggil Hanok. Ada beberapa tempat yang boleh dilawat. Satu tak jauh dari Seoul Tower dan satu lagi yang dekat dengan Namdaemon. Aku suka juga dengan rumah tradisi ni, siap ada wakaf lagi untuk berehat. Rumah tradisi ni nampak sangat berangin hehehe. Kalau nak buat model rumah kat Malaysia pun aku rasa sesuai. Cuma perlu diubah sana sini sikit. Kebanyakan Hanok ni Cultural Village ni kepunyaan orang persendirian. Cubalah kalau Kampung Baru kat KL tu jadi macam ni... kan ke best?

Tapi kat Melaka pun ada... kan? Kampung Morten. Hurrmm... bila pulak aku nak ambil masa melawat ke rumah tradisional Melayu tu ek? Nanti... akan dibuat juga satu hari. Insya-Allah (perkh! Cakap macam akan hidup seribu tahun!)



Rumah tradisi Korea


Ini lampu waktu malam di rumah2 Hanok tak jauh dari Seoul Tower

Solat di Masjid Besar Itaewon.

Masjid Besar Itaewon

Sebenarnya tak susah nak cari masjid besar ni, kami aje yang tiba-tiba macam lost gitu. Apakah ia satu daripada Get Lost Mission  aku? Entah. Masjid ni terletak atas bukit. Dan dekat jalan raya di bawah tu ada tanda jalan tunjuk masjid ni di mana. Masjidnya besar dan bahagian perempuan terletak di atas. Tapi, seperti biasa, aku rasa kenapalaaaahhhhh toilet masjid mesti tidak mencapai piaiwaian kebersihan yang sepatutnya??
Apapun, dapatlah kami bersolat di masjid ni. Dan kami angkut juga dua orang gadis Filipino duduk berehat kat dalam ni. Huh! Siapa nak tegah kan? Sekurang-kurangnya kita buka mata mereka mengenai masjid. Insya-Allah kalau terbuka hati nak pulang kepada Islam, sekurang-kurangnya dapatlah juga sehiris dua pahala hehehe


Sarung tangan selepas di mesin menjadi saiz kanak-kanak
Tak sah rasanya kalau tak melawat stadium atau Olympic Park di Seoul sebab kan saya ada kawan yang sangat cintakan sukan. Dan kami pun dah berjanji, kalau berjalan-jalan perlu melawat tempat sukan? Ahaks! Makanya kami ke Olympic Park. Dari petang sampailah ke malam. Huhu... memang sungguh banyak masa kan? Tapi, tak apa, yang penting ada orang gembira dan saya juga gembira sebab dapat menikmati suasana di Olympic Park pada waktu malam. Cantik, penuh lampu yang berwarna warni. Lampu hiasan Krismas pun belum dicabut lagi



Pokok Krismas yang warna warni
Tapi tetap juga pergi ke Stadium Seoul. Alasan... erk konon nak cari souvenirs dan macam aku cakaplah melawat stadium itu adalah kewajipan kami hahahaha


The three setans!

Ke Naminara
Bukan peminat drama Korea langsung. Malah, tak kenal pun pelakon-pelakon Korea yang muka pun sekarang susah nak bezakan yang mana satu lelaki mana satu perempuan. Tapi kawan kata, kalau dah ke Korea Selatan tu, pergi ajelah ke Naminara. Minat tak minat tu belakang cerita. Dan oleh kerana keempat-empat wanita ini bukan peminat cerita Korea, tapi Allah sangat generous tetiba dapat pula merasa ala-ala Winter Sonata hahahaha.. Ya salji sangat lebat masa kami di pulau itu. Bolehlah pendengki dengan peminat cerita Winter Sonata lalalalala

Dua kawan Filipina kesejukan dalam salji

Perkh! Jalan yang sunyi. Bukan senang nak dapat jalan sunyi macam ni di Naminara.

Disebabkan salji yang lebat hari tu, jalan pun tersangat sesak. Sejam lebih tersangkut dalam kesesakan lalulintas, sampai pemandu beritahu seeloknya kami turun dan pergi ke stesen kereta api. Dan satu hal yang aku belajar di Korea ini, walaupun penduduknya kebanyakan buat hal sendiri dan tidak sopan (suka tolak-tolak dalam kereta api), mereka sebenarnya beradab juga. Ada beberapa budak muda yang kasihan tengok kami sebab tak boleh berbahasa Korea dan bantu kami dalam bahasa Inggeris tersekat-sekat. Beritahu suruh ikut aje dia sebab mereka akan turun untuk berjalan kaki ke stesen. Maka berbondong-bondonglah kami berjalan kaki dalam keadaan salji turun mencurah dan malap ke stesen kereta api. Alhamdulillah ramai yang membantu untuk mencari jalan pulang ke Gangnam. Walaupun terkial-kial dan mengira stesen, akhirnya tiba juga ke destinasi.

Boleh baca? hehehe
Menonton bola keranjang

Aku bukan peminat sukan, tapi aku ada kawan yang sangat gila sukan. Tiga puluh kali dia terangkan fasal bola, aku tak faham-faham langsung. Cerita fasal golf, aku akan bosan. Tapi aku tetap akan temankan dia kalau dia nak tengok bola atau pergi stadium. Bagi aku dia suka sukan dan aku akan sentiasa dapat cari aktiviti aku sendiri. Kalau dulu aku temankan dia kat Stadium Santiago Bernabeu tengok kelab Real Madrid beraksi, aku duduk luar tengok orang parking kereta. Sebabnya, rupa-rupanya kalau ada bola, satu bandar Madrid tutup kecuali kelab dan kedai minum.
Tapi kali ini aku masuk stadium. Sebabnya ini pertama kali aku akan tengok match bola keranjang. Antara Samsung Thunders dengan Elephants. Dengan bekal susu coklat dan kudap-kudapan dapatlah aku tengok game ini buat pertama kali secara live. Hehehe.. dan aku sangat suka!! Mungkin kalau ada lagi game macam ni, aku akan tengok cuma... err... yang kat TV Air Asia punya tu err... jarang tengok hehehehe.



Susu coklat sekotak dengan tiket, saya suka hati

Samsung Thunders sedang berlatih
Kiranya, begitulah aku menghabiskan masa dua minggu di Seoul dan Busan. Satu pengalaman yang lain. Yalah, sebab sebelum ni aku lebih banyak habiskan masa di Barat dan bukan ke Timur. Mungkin lepas ni akan cuba lebihkan masa ke Timur.. terus timur.. terus lagi.. sampai tiba Barat balik hahahaha... Itulah Allah jadikan bumi ini bulat.
Tapi, pada masa yang sama, aku kena habiskan masa berjalan-jalan di negara sendiri hehehe.. adoi!