Monday, December 18, 2006

Amanah dan Sahabat

Banyak yang bermain difikiran saya kebelakangan ini. Ditambah pula dengan amanah yang diberikan untuk saya 'proof read' thesis seseorang. Di sebabkan perkara-perkara ini, saya rasa seperti hilang semangat seketika.
Saya bukanlah terlalu mahir dengan bahasa Inggeris. Kadang-kadang tatabahasa saya juga turut tunggang langgang. Saya masih memerlukan seorang 'minah salleh' untuk menyemak esei saya, dan sekarang saya pula menjadi 'proof reader' untuk seorang pelajar yang sedang menghabiskan PhDnya? Gila ke saya ni?? Dia baru memberi saya satu bab untuk thesisnya. Satu bab yang mempunyai 42 helai mukasurat, dan sudah hampir seminggu diberikan, saya baru melepasi mukasurat 22. Ada separuh bab lagi yang harus saya habiskan. Itu pun baru draf pertama. Saya harus membaca dan menilai serta membetulkan nahu dan tatabahasa sebanyak tiga kali. Itu adalah 'standard' yang saya tetapkan untuk diri saya sendiri.
Apa yang saya amati tentang penulisan thesis ini, saya dapati pelajar terlalu suka menulis ayat yang panjang. Terlalu banyak 'comma' (,) dan terlalu takut untuk memendekkan ayat mereka, sedangkan bagi saya, ayat yang 'short and concise' adalah lebih baik. Kenapa lebih suka menulis ayat pasif, sedangkan ayat aktif lebih mudah difahami? Adakah ayat yang panjang itu lebih menunjukkan seseorang itu lebih bijak atau 'intelectual'? Lebih 'sophisticated' mungkin? Entah, mungkin saya belum sampai tahap PhD lagi. Bukankah saya masih pelajar tahun satu sarjana? Mungkin ini hanya pendapat seorang yang baru merangkak belajar di IPT. Apa pun saya harus melunaskan amanah yang diberikan. Adakah mahal meminta bayaran £5 untuk satu bab? Entah, tapi kalau terus begini, mungkin susah payah dan pahit jerih saya, amat berpatutan.
Oh! Sejak saya berada di sini, saya tidak dapat meraikan harijadi empat sahabat bersama-sama mereka. Perpisahan ini juga menjadikan saya lebih prihatin dan sentiasa mengingati tarikh bahagia mereka, termasuklah ahli keluarga yang tercinta. Hari ini, harijadi salah seorang sahabat yang paling akrab dengan saya.
Tepat jam 4.05pm waktu Glasgow saya menghantar 'text message' kepada dia.
saya : Happy 32nd birthday to you.
dia : Ini le ucapan paling jauh didunia yg aku terima..hehe..dah 32 wei, bestnye.. makacihler coz ingat b'day aku.. terharunya aku.
saya : Ingat x kan la x ingat besdey bekas teman sekatil hahaha. Kau d atas aku di bawah menyanyikan lagu sayang menyayang.
dia : Ya.. ya juga teman naik keta juara hitam yg mcm kereta mayat tu, ketawa smpi nak putus urat kentut.
Kami berkenalan ketika sama-sama menuntut di Tingkatan Enam. Dia amat mudah membuat saya ketawa dengan lawak selambanya. Persahabatan yang terjalin di bangku sekolah berterusan sehingga kami menjadi rakan serumah pula. Dia seorang yang emosional, manakala saya pula... hmm... bak kata dia, 'hang ni memang blur memanjang.'
Banyak kenangan saya dengan dia. Ada yang manis ada juga yang pahit. Tapi kenangan yang paling manis ketika sama-sama tinggal di hostel. Dia di katil atas dan saya di katil bawah. Bercerita tentang macam-macam dan keesokan harinya, sama-sama ponteng kelas dan terus pergi minum di gerai Abang Pendek.

10 comments:

INDERA KENCANA said...

Semoga terus tabah menempuh hari-hari di Glasgow. Selamat hari lahir juga untuk teman khairyn itu.

Catatan khairyn umpama berita seorang sahabat yang jauh di mata. Jangan berhenti menulis tentang khabar-khabar dari sana, ye!!

Fadh Rahman said...

laa...aku ingatkan budak2 sekolah jer yg suker buat ayat dlm bahasa inggeris panjang2...pastue diri sendiri tak paham apa maksud ayat yg ditulis...uper nyer tahap phd pun camtue gak...aku selalu ngajar kat bebudak aku supaya gunakan ayat yang short...simple and save...aku ajar diorang buat ayat guna "SVO"...apa tue? S=subject V=verb O=object...apa guna tulis panjang2 tapi byk kesalahan...lebih baik tulis ayat yg pendek tapi tiada kesalahan...!

Iman Mawaddah said...

Salam Kak,

Betul kata cikgu akumasihdisini, tahap Phd pun ada yang begitu ya. hehe..mengata orang je lebih tapi saya sendiri tidak pandai berbahasa wpun tatabahasa Bahasa Melayu sendiri.Hanya pandai bercerita ikut suka2 asalkan adab dan sopan terjaga.

khairyn said...

salam

indera,
insyaAllah. Kalau ada yang menarik, akan saya nukilkan.

Akumasihdisini,
mungkin koi yang mengada-ngada kot. Yalah budak baru belajar, kena pulak edit tulisan bakal professor. Atau mungkin tahap english koi yang kurang tinggi. Erk!

iman,
Bakal professor ni nakkan saya edit supaya bahasanya cantik, lenggoknya sedap. Sedangkan bagi saya pula kalau bahasanya ringkas dan ada kesinambungan, ia sudah memadai.Bukankah lebih baik sekiranya thesis kita untuk orang baca, bukan untuk pameran saja? Mungkin saya salah sebab saya pun belum sampai ke tahap itu.

AKMA said...

Memang bila kita jauh dari sahabat dan keluarga, kita lebih prihatin saat-saat bersama mereka. "wayang' itu sentiasa bermain di mata.

Khairyn menggunakan istilah 'koi'.

Anak kelahiran negeri Mat Kilau?

ZaKiN said...

Wakakkakka.. aku guna bahasa inggeris time aku terdesak.. gi meeting dan apa yg patut memerlukan aku guna bahasa inggeris.. aku lebih selesa menulis dalam bahasa melayu.. mungkin jua kerana bahasa inggeris aku tak sehebat org lain.. tonggang langgang.. dan yang sebetulnya.. macam "hampeh" hohohoho..

Aku pon teringat kawan2 sekolah.. duduk asrama setahun jer.. nangis minta abah ambik.. aku lebih rela bangun pagi pukul 4.. sampai sekolah pukul 6.00 pagi dari duduk kat hostel yang buat jiwa aku bergelora.. wakakkaka..

mak aiii.. panjangnya 'kumen' ku ini.. hohoho

Sang Perba said...

hostel aku macam syurga..ekeke mungkis sebab aku jadi 'raja'kat hostel dulu kut...iskh..tiba-tiba aku rindu pada sahabat-sahabat sehostel aku...

Anonymous said...

besday aku? ko memang tak pernah ingat! hahahahhaahahhuhuhuhuhu :(

D said...

errr.. edit thesis orang? urgh.. can be hell. tapi kot english empunya tu dah ok, lagiklah hell. lucks!

khairyn said...

salam

akma,
koi kelahiran Kerdau, Pahang. Bila umur mencecah 20hari, koi dibawa ke KL. Tapi, semangat Pahang memang tetap kuat dalam jiwa :D

maniq,
Dulu, sengaja mencari sekolah diceruk pinggir bandar. Alasan, tak mahu bersesak-sesak di dalam perut bas dan tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Sekolah yang dipilih? Teratas di dalam senarai hitam polis. Alhamdulillah, kami berjaya! Yeay!!!

jerangkung,
kenangan masa sekolah memang indah. Baju sekolah itu umpama lesen untuk kita lakukan apa saja sebab orang akan kata 'hish, budak sekolah ni!'. Aktiviti harian, mengutuk mamat yang tak mahu bagi tempat duduk pada ibu mengandung dalam bas.

has,
aku ingat, sentiasa ingat, tapi aku lupa hehehe. Kita tunggu tahun depan??

D,
thanks for dropping by. Sama-sama belajar, kan?