Monday, May 28, 2007

BBQ

Acara : BBQ Tahunan anjuran Kelab Umno Glasgow.
Tempat : Duck Bay, Loch Lomond.
Masa : 10am-3.30pm

Ini acara tahunan untuk warga Glasgow beramah mesra. Buat julung-julung kalinya, acara tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran satu-satunya wakil MIC.. hahaha... Vanitha ni selalu ikut kitaorang pergi makan-makan. Dia satu hall dengan seorang lagi kawan. Jadi bila ada acara makan-makan (free, tak kiralah hari raya ke apa ke) kitaorang selalu include dia dalam antourage kami-kami yang single mingle ni.

Memandangkan kami ni penyokong tetap kenderaan awam, bas yang disewa khas untuk kami tiba jam 9.30am. Perjalanan mengambil masa 45 minit oleh pemandu (ketua Kelab Umno yang baru sat sat tadi dilantik). Tiba aje kat Duck Bay, terus cari spot klik klik. Dah puas bergambar, pi makan pulak. Ye... kami memang pemalas. Tak tolong bakar, tak tolong hidang tapi tolong perabiskan makanan. Bagussssss....

Meh tengok gambar...




Ohhhhh.... ada satu peristiwa bersejarah.

Seorang wanita yang berkejayas (plural ye) kini telah 'dipaksa' menceburkan diri ke dalam arena politik. Memegang jawatan. Kecik.



Errr.... tadi Abang Zaidi (bekas president) kata, jadi ahli kelab bukan bermakna jadi ahli Umno hahahaha

Saturday, May 26, 2007

Abah

Abah ibn Haji Sukor.
Diputerakan pada 26.05.1940 - 18 Rabiul Akhir bulan Islam.
Di Kampung Jawa, Panchor, Johor.
Menjadi yatim piatu sejak umur 6 tahun.
Bersama hajjah mak binti Haji Othman bersiar-siar di Danau Toba Medan Indonesia 1995, setahun selepas disahkan sihat dari pembedahan mengeluarkan kanser dari usus besar.


Abah,
Sempena ulangtahun keputeraan abah yang ke 67, saya doakan semoga abah sentiasa di bawah lindungan Ilahi. Semoga Allah berikan abah kekuatan tubuh badan untuk terus beribadah, ketabahan dalam menghadapi ujian-ujianNya dan keredhaan hati di dalam menerima Qadha dan QadarNya.

Saya berterima kasih pada abah yang dengan sabar melayan kerenah saya terutama di waktu saya kurang sihat. Terima kasih kerana sanggup mengetepikan 'ketidaksukaan' abah memberikan anak-anak yang masih bersekolah rendah dengan minuman berkabonat diwaktu saya dilanda demam panas. Terima kasih jua kerana mencarikan 'hot dog' ketika selera makan kurang disebabkan tekak yang pahit. Terima kasih kerana sabar melayan kerenah saya yang melampau.

Saya mula faham erti kasih sayang abah yang melimpah ruah dan saya mohon maaf atas segala keterlanjuran kata yang sering mengguris perasaan abah dan perbuatan yang selalu membuatkan abah risau. Maafkan saya kerana pernah membuatkan abah menunggu lima jam di dalam kereta seorang diri lantaran tekanan kerja yang memaksa. Abah telah berhempas pulas untuk membesarkan kami. Bekerja siang malam untuk menyekolahkan kami. Tapi, kami sering lupa jasa abah.

Ampunkan saya kerana menyebabkan abah menangis di malam 27 Ogos. Hari terakhir saya memeluk abah. Saya janji, abah tak akan mengalirkan air mata dalam kesedihan lagi. InsyaAllah air mata yang bakal abah titiskan, akan lahir dari hati yang gembira. Saya mohon Allah panjangkan umur kita untuk hari itu.



Banyak sungguh dosa saya pada abah. Saya mohon Allah beri saya masa, kekuatan dan keikhlasan untuk balas kasih sayang dan jasa abah pada saya.

Selamat Hari Jadi.

Friday, May 25, 2007

Aktiviti hari ni

Semalam baca ini di Metro (paper free yang selalu saya ambil dari bas) tapi lupa nak bawa balik. Jadi hari ni saya nak kongsi bersama cerita yang sama tapi dipetik dari BBC. Bacalah keseluruhan cerita ni. Menarik.


Lepas tu kita bandingkan pula dengan cerita ni. Saya petik dari blog dia. Ada beza tak diantara kedua-duanya? Yang satu negara bukan Islam dan satu lagi dari negara yang mengaku dia Islam. Menarik sungguh.



Hari ni saya nak habiskan pula buku ini. Biografi seorang lelaki yang mempunyai ranking pertama di antara the 100 most influential persons in history.

Bak kata Bernard Shaw - "If a man like Muhamed were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving its problems that would bring it the much needed peace and happiness."
Penulis buku ini namanya Karen Amstrong. Seorang biarawati Roman Khatolik selama 7 tahun dan penerima anugerah Media dari Muslim Public Affairs Council tahun 1999.


Ada 2 lagi buku yang mesti dihabiskan sebelum sekolah bermula di bulan 9. InsyaAllah akan menjadi peneman di kala kesunyian. Atau setelah usai solat Isya' sekitar 11pm dan sementara menunggu waktu Subuh sekitar jam 1.30am.


errrr.... pa'chik, itu err esoklah citer.. hahahah

Wednesday, May 23, 2007

Pusingan pertama

Alhamdulillah.

Buku-buku dah kembali ke tempat asal.


Meja pun dah kemas.
Sekarang tinggal doa sajalah supaya pemeriksa-pemeriksa kertas semua baik hati dan luluskanlah seorang minah Melayu yang telah terkial-kial menjawab soalan. Harap-harap dapat baca tulisan yang macam tulisan doktor pakar. Moga-moga juga mereka lembut hati bagi dan markah lulus.

Projek minggu lepas.

Ada study group untuk politics. Biasalah last minute discussion sebelum masuk dewan periksa jam 2 petang. Perut dah mula nyanyi-nyanyi lagu yang mendayu-dayu, jadi terpaksalah diajak buat duet dengan tekak. Turun bukit menuju ke George Square, nak beli roti tuna di Greggs. Dalam perjalanan terdengar bunyi gendang. Tak berapa sama tune dengan alunan muzik perut , tertanya-tanya kenapa di George Square gegak gempita? Rentak kaki semakin laju... aahhhhhhh... akhirnya terjawab soalan.

Sevilla vs Espanyol for UEFA cup. Final. Acara di Hampden Park. Hahaha... saya tak baca berita rupanya. George Square dikerumuni laskar 'semut merah'. Penyokong Sevilla, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Minum, bergambar, menyanyi-nyanyi dan menari-nari. Dalam gerimis.

Gerai menjual cenderahati menjadi tumpuan, dikerumuni peminat-peminat bola dan penyokong Sevilla. Kedai-kedai makanan terutama kedai Andalucia yang agak terkenal dengan tapas-nya di sini sibuk melayan pelanggan-pelanggan. Belum lagi kedai-kedai kopi yang menjual minuman panas. Greggs juga luar biasa sibuknya. Roti tuna tinggal beberapa keping saja. Waaahh! Ada pelbagai daging di situ, tuna juga yang mereka mahu!

Hujan terus-menerus hari tu, tapi sikit pun tak pudarkan semangat penyokong-penyokong Sevilla yang datang seawal jam 5am pagi di Glasgow. Jalan-jalan banyak ditutup. Saya lambat pulang hari tu, walaupun saya keluar dewan periksa setengah jam sebelum masa tamat. Alahai.
Op! Tak ambil gambar penyokong-penyokong Espanyol kerana mereka berkumpul di Merchant City. Sebelah je dari George Square. Tapi sebab saya tak sokong Espanyol (Catalan) makanya tak adalah askar-askar berbaju biru di sini ye.

Sunday, May 06, 2007

njalok ngapuro

Final Exam mula hari selasa ni dan akan berterusan sampai 22hb.

Dah penat layan stress. Dari makan, tidur sampai tengok tv. Study nya tak tahu ke mana. Alahai. Jadi, lepas ini perkataan yang terhasil dari gabungan huruf B.L.O.G akan di diabaikan buat sementara waktu sehinggalah hari bertarikh 22 bulan ini tiba ke penghujungnya.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan maaf pada semua kalau-kalau ada terkasar bahasa yang menyinggung perasaan. Saya nak bersihkan jiwa supaya mudah menjawab soalan. Hahaha... macam hari raya pula. Tapi serius ni! Saya nak mudah jawab periksa dan lulus dengan jayanya. Err... doakan saya lulus ye.

Jadi sempena hari baik dan bulan baik ni (setiap hari tu baik dan setiap bulan itu pun baik bukan?) saya ingin memohon ampun dan maaf. Dalam bahasa keturunan saya. Bahasa ibunda.

boten jawi kulo ngatur raken sat doyo
kelepatan kulo nuwon pengamputen
kinten riyaki niki nuwon dingapuro

adeh... kalau saya pelat.. maafkan la ye.


Dieses blog ist nicht bis weitere Nachricht aktualisiert.
Dankeshen.

Friday, May 04, 2007

Undilah saya

Semalam Scots keluar mengundi. Dari pagi sampai lewat malam. Pusat mengundi buka dari 10am hingga 10pm. Tapi, sengap je. Pengundi semua penyegan nak keluar mengundi agaknya.

Pilihanraya tak adalah bising-bising macam kat Tanah Malaya. Tak ada ceramah, tak ada pun perang-perang poster. Memang sunyi. Takat poster kecik-kecik gantung kat tiang lampu je. Yang nampak jelas dan banyak pun poster parti Labour sebab warna oren terang. Kalau tak Labour, SNP (Scottish National Party) sebab lambang senang nak ingat. Reben kanser terbalik. Agak terserlah jugak warna yang tertampal kat tiang lampu satu parti ni (satu keluarga dengan parti kuat di Kelantan) Green. aTapi parti yang ini cuma 'memperjuangkan' masalah globalisasi. Global Warming. Alam Sekitar. Sedang elok sangat la tu. Saya cadangkan - agenda pertama : jangan bagi orang Glasgow plastik beg lagi. Nanti dioarang hias plastik beg kat pokok. Walaupun bukan Hari Krismas.

Sebab tak ada bising-bising pilihanraya ni, ramai juga yang tak tahu apa manifesto parti-parti yang bertanding. Setakat apa yang baca dalam suratkhabar atau tengok debate kat BBC Scotland jer la. Kiranya pilihanraya Scotland memanglah SANGAT MEMBOSANKAN. Tak macam di Ijok. Ada jerit-jerit. Ada baling-baling botol. Ada cabut-cabut poster. Ada potong-potong wayar dan kabel. Ada nyanyi-nyanyi. Ada joget-joget. Hahaha. Meriah! Op! Kali ni ada skodeng-skodeng tak??

Pagi ini, kiraan undian masih belum selesai lagi. Tapi rasanya Parti SNP agak popular berbanding dengan parti yang memerintah Labour (Parti Tony Blair). Mungkin semangat nasionalis yang semakin meningkat atau sebab populariti Labour jatuh akibat skandal 'Cash for Peerages' (Cash for Datukship?? kalau kat Malaya) yang melanda beberapa bulan lepas. Lepas ni ada skandal lagi rasanya. Satu siasatan akan dibuat ke atas Scotland Office (yang jalankan pilihanraya ni ) sebab kertas undi rosak mencecah lebih 100,000 keping. Eh! Macam tak jauh beza dengan SPR Tanah Malaya kan??

Semalam memanglah hari yang baik. Suhu meningkat sampai 22C. Matahari memancar-mancar. George Square memang meriah. Tapi bukan dengan orang politik yang bertanding. Padang empat segi di tengah-tengah bandar memang penuh dengan pengundi. Oh! Bukan untuk mengundi tapi buat iklan. Iklankan badan.

Saya? Tonton. Memegang pensel dan kertas imejan. Buat undian sendiri. (Op! Saya tak boleh mengundi sebab nama tak ada lagi dalam 'carta pengundi' di Scotland. Ahaks!)

hapdet :
Untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun yang panjang, akhirnya SNP menang di Scotland. Hmm... apa agaknya perubahan yang diaorang nak buat dalam masa 4 tahun akan datang?