Abah
Diputerakan pada 26.05.1940 - 18 Rabiul Akhir bulan Islam.
Di Kampung Jawa, Panchor, Johor.
Menjadi yatim piatu sejak umur 6 tahun.
Sempena ulangtahun keputeraan abah yang ke 67, saya doakan semoga abah sentiasa di bawah lindungan Ilahi. Semoga Allah berikan abah kekuatan tubuh badan untuk terus beribadah, ketabahan dalam menghadapi ujian-ujianNya dan keredhaan hati di dalam menerima Qadha dan QadarNya.
Saya berterima kasih pada abah yang dengan sabar melayan kerenah saya terutama di waktu saya kurang sihat. Terima kasih kerana sanggup mengetepikan 'ketidaksukaan' abah memberikan anak-anak yang masih bersekolah rendah dengan minuman berkabonat diwaktu saya dilanda demam panas. Terima kasih jua kerana mencarikan 'hot dog' ketika selera makan kurang disebabkan tekak yang pahit. Terima kasih kerana sabar melayan kerenah saya yang melampau.
Saya mula faham erti kasih sayang abah yang melimpah ruah dan saya mohon maaf atas segala keterlanjuran kata yang sering mengguris perasaan abah dan perbuatan yang selalu membuatkan abah risau. Maafkan saya kerana pernah membuatkan abah menunggu lima jam di dalam kereta seorang diri lantaran tekanan kerja yang memaksa. Abah telah berhempas pulas untuk membesarkan kami. Bekerja siang malam untuk menyekolahkan kami. Tapi, kami sering lupa jasa abah.
Ampunkan saya kerana menyebabkan abah menangis di malam 27 Ogos. Hari terakhir saya memeluk abah. Saya janji, abah tak akan mengalirkan air mata dalam kesedihan lagi. InsyaAllah air mata yang bakal abah titiskan, akan lahir dari hati yang gembira. Saya mohon Allah panjangkan umur kita untuk hari itu.
Selamat Hari Jadi.
11 comments:
Selamat hari lahir buat abah kamu.
Semuga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Diberkati-Nya segala amalan, diberikan kesihatan tubuh badan juga. Amiin.
err.. ngam-ngam dengan aku tanya kan.. hahah...
terima kasih bebanyak pa'chik ek.
errr.... ko memang terrer hahahaha.
selamat hari lahir untuk abah cik khairyn. mudah-mudahan panjang umur dalam ketetapan iman, diberi kesihatan yang baek dan dirahmati Allah dunia akhirat. aminn..
Selamat Hari Lahir Buat Abah Kamu. Saya pasti ayah kamu lebih gembira menrima ucapan dari anaknya yg sentiasa mengingati ayahnya biarpun dari kejauhan.
Selamat hari lahir buat abah kita....
err...abah kita plak...abah kamu yea;)
semoga panjang umur dan murah rejeki
selamat hari lahir untuk abah juga. semoga doa cik khairyn akan termakbul. amiin.
selamat hari lahir untuk abah Khairyn..
awat si 13may tu asik tersasul jer..hehe
wah...besarnye kek, x nak ajak achik makanke...?
wish birthday kat ayah khiryn erk...
akira,
amiinnn....
enchet kemat,
yep, sudah diucapkan dan kad juga sudah dilayangkan. Doa2 saya khas untuk beliau juga.
may,
ye selamat untuk abah kita.. eh tersasul plak *^o^*
king,
amiinn...
Dr so'od
Amiinnn.... InsyaAllah!
zwit,
Amiinn juga. Hahaha... May malu tapi mahu. Ahaks!
Achik
hahaha... nak ke? Keknya keras. susah nak potong hahaha
errr abah dah dapat ke kad yang hang post pada 26hb tu? hahahhaha
Post a Comment