Friday, May 04, 2007

Undilah saya

Semalam Scots keluar mengundi. Dari pagi sampai lewat malam. Pusat mengundi buka dari 10am hingga 10pm. Tapi, sengap je. Pengundi semua penyegan nak keluar mengundi agaknya.

Pilihanraya tak adalah bising-bising macam kat Tanah Malaya. Tak ada ceramah, tak ada pun perang-perang poster. Memang sunyi. Takat poster kecik-kecik gantung kat tiang lampu je. Yang nampak jelas dan banyak pun poster parti Labour sebab warna oren terang. Kalau tak Labour, SNP (Scottish National Party) sebab lambang senang nak ingat. Reben kanser terbalik. Agak terserlah jugak warna yang tertampal kat tiang lampu satu parti ni (satu keluarga dengan parti kuat di Kelantan) Green. aTapi parti yang ini cuma 'memperjuangkan' masalah globalisasi. Global Warming. Alam Sekitar. Sedang elok sangat la tu. Saya cadangkan - agenda pertama : jangan bagi orang Glasgow plastik beg lagi. Nanti dioarang hias plastik beg kat pokok. Walaupun bukan Hari Krismas.

Sebab tak ada bising-bising pilihanraya ni, ramai juga yang tak tahu apa manifesto parti-parti yang bertanding. Setakat apa yang baca dalam suratkhabar atau tengok debate kat BBC Scotland jer la. Kiranya pilihanraya Scotland memanglah SANGAT MEMBOSANKAN. Tak macam di Ijok. Ada jerit-jerit. Ada baling-baling botol. Ada cabut-cabut poster. Ada potong-potong wayar dan kabel. Ada nyanyi-nyanyi. Ada joget-joget. Hahaha. Meriah! Op! Kali ni ada skodeng-skodeng tak??

Pagi ini, kiraan undian masih belum selesai lagi. Tapi rasanya Parti SNP agak popular berbanding dengan parti yang memerintah Labour (Parti Tony Blair). Mungkin semangat nasionalis yang semakin meningkat atau sebab populariti Labour jatuh akibat skandal 'Cash for Peerages' (Cash for Datukship?? kalau kat Malaya) yang melanda beberapa bulan lepas. Lepas ni ada skandal lagi rasanya. Satu siasatan akan dibuat ke atas Scotland Office (yang jalankan pilihanraya ni ) sebab kertas undi rosak mencecah lebih 100,000 keping. Eh! Macam tak jauh beza dengan SPR Tanah Malaya kan??

Semalam memanglah hari yang baik. Suhu meningkat sampai 22C. Matahari memancar-mancar. George Square memang meriah. Tapi bukan dengan orang politik yang bertanding. Padang empat segi di tengah-tengah bandar memang penuh dengan pengundi. Oh! Bukan untuk mengundi tapi buat iklan. Iklankan badan.

Saya? Tonton. Memegang pensel dan kertas imejan. Buat undian sendiri. (Op! Saya tak boleh mengundi sebab nama tak ada lagi dalam 'carta pengundi' di Scotland. Ahaks!)

hapdet :
Untuk pertama kalinya dalam beberapa tahun yang panjang, akhirnya SNP menang di Scotland. Hmm... apa agaknya perubahan yang diaorang nak buat dalam masa 4 tahun akan datang?

11 comments:

13may said...

marilah mari...pegi mengundi...

lalalalla....

hi;)

Pa'chik said...

takde jalan baru diturap ke? takde bagi-bagi duit suruh undi ke? bodo la parti buruh tu... tiru la macam geng sang sakai bangsat tu...

khairyn said...

may
errr... selamat hari jadi. hahaha

pa'chik
ye mereka memang bodo tak reti berpolitik hehehe. Punyala senyap sampai ramai yang tak ingat semalam hari membuang undi. Pilihanraya seterusnya 2011.

Iman Mawaddah said...

Rugi la macam tu tak meriah..tiada provokasi. Tiada rombongan bas yang berduyun2 datang. Tiada berita berat sebelah. Sungguh tidak "maju" mereka itu :P

Pa'chik said...

sekarang ni, minyak masak pun dah naik rege tau... penat sungguh...

akirasuri said...

wah! mengundi. he he he saya adalah kalangan yang tak berdaftar :p

emmm macam menarik jek undi-mengundi di sana. tak macam kat sini. riuh sebab banyak badut :))

ha ha ha.

BaYu SenJa said...

mengundi?! ada calon yang memperjuangkan hak anjing tak?!!!

Achik_Sufi said...

bayu..bayu..hak manusia pun x abis diperjuangkan,anjing pulak yang dikisahkan...betul x khairyn...?

khairyn said...

salam

Iman,
memang la tak meriah sampai ada yang lupa hari tu hari buang undi.

pa'chik
makan rebus-rebus je la lepas ni :p

akira,
tak percaya dengan 'sistem demokrasi' nampak? hehehe

bayu
hahaha diorang kat sini taksub dengan politically correct dan hak kesamarataan. Derma untuk binatang lebih tinggi dari derma untuk sesama manusia sebenarnya :p

achik
hahaha... anjing pun ada hak gak kat sini tau, jangan tak caya. Ntahlah, diorang tak pandai nak letak priority kat mana agaknya

Azhar Ahmad said...

Huhuhu... semacam pelik pula kedengaran manifesto parti... global warming....

izinni said...

musti reporter kat sana buhsan ya amatkan .. takde "parti"! hehehehhe