Monday, November 05, 2007

Nov 5

Hari ni cuaca baik.. walaupun siang tadi hujan. Lebat. Sekejap lepas tu cerah pula. Sampai petang. Sampai malam. Tak hujan. Alhamdulillah.

Tapi rasanya keadaan ni tak lama kot. Dalam akhir minggu ni mungkin akan mulalah hujan lebat, angin sejuk dang gales. Yup! The mighty gales yang boleh buat semua orang jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk. Hmmm... tapi kat rumah aku ni dekat dengan pub La Cala. Tak gales pun ramai gak orang jalan terhuyung-hayang terutama bila malam hari minggu..

Apapun..
Pertama-tama
Maaflah sebab lama tak update. Kombinasi sibuk dan tak tahu apa nak ditulis lagi. Maknanya hidup aku sekarang ni agak 'mundane' dan sudah kurang 'exciting' (mungkin bagi sesetengah orang - bagi aku tetap exciting cuma rasa malas nak kongsi kekekeke). Kang aku bercerita pasal essay aku yang melambak tu kang, tak best lah pulak. Nak cerita sedey hidup aku ni... ish buat apa. Semua orang dah tau aku ni sengaja cari bala datang sini hahahaha. Tak 'sadar diri' kata satu orang tu kat aku. Ye ye.. aku ngaku memanglah tak 'sadar' diri. Oh terima kasih la kat orang tu sebab 'remind' aku selalu. Always think positive .. ye tak!

Kedua-dua
Aku kompius.. awatlah Lecturer workshop aku si Eamonn dok perhatikan aku selalu. Penuh dengan curiga. Macam ada sesuatu dalam fikiran dia, nak tanya aku. Tapi, tak tertanya.. huh! Tak ada kena mengena dengan asbab kenapa aku tak update blog hehehe. Aku cuma rasa dia dah tahu siapa yang dok link kan website dia. Aku lah tu... hihi

ketiga-tiga
Hari ni November 5. Kalau kat tanah Malaya, waktu aku update ni korang semua dah Nov 6 hehe. Sesiapa yang harijadinya jatuh hari ni atau Nov 6 aku ucapkan selamat hari jadi lah. Sebab korang bertuah malam ni. Ada bunga api berdentum dentam sejak tadi. Oh! Sebenarnya hari ni hari Guy Fawkes night. Aku rasa tahun lepas pun aku ada cerita pasal Guy Fawkes ni kot.




Sorrylah rakaman kurang memuaskan. Asyik salah tekan butang aje hehehe... dah tu guna kamera fon jer. Tadi tu berdentum dentam... dok cari kamera tak jumpa. Bila dah sedia nak ambik gambar.. hehehe dah tiba ke penghujung. Dapat sisa-sisa bunga api jer. Lagipun dah duduk rumah rendah ni... pandangan bukan lagi saujana mata memandang. Terhad.

10 comments:

Pa'chik said...

agaknya sapa akan jadi guy fawkes kat melaya ni...

kalau ada rasanya akan jadi bahan kutukan kot kat sini... la ni mereka tengah bersiaran tentang membesar-besar dan memuja-muji orang-orang mereka...

yang paling beh... lupa cina yang mana satu kata.. "am** bagus.. mereka tak tamak... sanggup kungsi kuasa..."

kekekekkek...

13may said...

ishhh...takkan la lecturer tu ngorat u kot???

tergugat i kat sini...hehhe :P

Azhar Ahmad said...

Hahahhaha, lecturer tu berkenan kot...

akirasuri said...

hahak!
lama gila tak borak ngan dia :))

uh uh!
agaknya lect tu berkenan ngan akak kot :p
huhuhu! yeay yeay!
boleh dapat mamam nasi minyak versi elektronik tak lama lagi :))

DeeN said...

Uiks, macam bom berdentum dentam kat Baghdad jer. Cool tak lecturer tuh? ;)

Unknown said...

rakaman video tu mengingatkan aku kepada footage2 dalam CNN tentang serangan Amerika ke atas Iraq. Dalam gelap ada cahaya api. Tetapi disebabkan ketiadaan kesan bunyi meletup yang membingitkan, dan bunyi suara2 halus mengomen di belakang, aku lega bahawa keadaan sangat aman di bumi tempat kau tinggal...
Ah...aku dan khayalanku...

Mimiamilia said...

awat tak nampak pun bunga apinya
huhuhu

Miss Aini said...

i don't mind if they want to celebrate the night with fireworks and stuffs but they should know what have guy fawkes done to get back people's freedom. jom tengok v for vandetta.

"The people should not be afraid of the government, the government should be afraid of the people".

Impak maksima abes filem ni.

khairyn said...

salam

pa'chik
huh kalau dah bangsa lain nak kongsi kuasa tu.. ahhhhhhhhhhhhh! bahaya tu. hehehehe.

maymay
ish yu ni. yu tetap dihati ai tau wuuhuu... tapi kan lecturer tu butak kakakaka i laik!

enchek azhar
sebenarnya lecturer tu wife dia malaysian kakakakaka.. abesla kalau dia tau baca blog ni huhu

akira
best gak kan nasi minyak versi digital. boleh ctrl+alt+del kalau tak sedap kekekeke
Sungguh lama kita tidak berborak kan kan kan

nur
eh Baghdad ye ye... juga macam malam tahun baru kat Mesia kekeke.
Lecturer tu memang cool. The best so far!

khairyn said...

zura
amboi.. itu namanya shock and awe method. memang nak shock kan orang dan sambil tu buat mulut orang yang nengok ternganga. Dalam cantik ada kemusnahan.
err cuba ko dengar betul-betul.. tetap ada sora orang mengomen kat belakang kakakaka tapi orang tu tengok citer korea! Hah! Orang tu tak study rupanya. Meh aku tolong sekehkan ciksue kakakaka

mimi
aceh aceh aceh.. cuba tengok betul-betul... tu ada alus alus tu... hahahaha
amacam open house yang siap dengan khemah tu? Memang la macam kenduri kawen. Bila nak kompang??

ainee
baca komik V for Vendetta dulu. Love it! Absolutely love it! Brilliant! Movie hehehe tak tengok pun.
Ya ya biasalah generasi baru. Bukan menghayati perjuangan tapi lebih pada suka-suka atau having fun. Agaknya kalau Guy Fawkes hidup lagi mesti dia sedih tengok anak bangsanya sendiri yang sekarang langsung tak ada agama.Sian dia.