Adeh
Macam biasalah kalau berbual dengan ayahanda, isu pertama yang diperkatakan mestilah "duit cukup?" Jawab sajalah "ada". Hahaha... kalau tak cukup pun takkanlah aku nak bagitahu dia kan?? Diam diam ajelah, usaha dan usaha lepas tu tawakkal ajelah pada Allah kan kan kan?? hahaha. Selalu isu duit memang mendominasikan perbualan antara aku dan ayahanda. Biasalah sebab aku memang dididik dari kecil untuk percaya bahawa materialistik itu penting juga, maka soal RM, Pound Sterling dan simpanan hari tua tu memang perkara yang ketiga disoal selepas "sihat tak?" Dan "sekolah macamana?"
Tapi, semalam cerita wang masuk dalam bab-bab terakhir sebab ayahanda aku tiba-tiba teruja sungguh bila bercerita tentang novel sulung aku. Ahahaha...
"Abah tak ikut mak pergi melawat Julie. Abah duduk rumah baca buku novel *tooooot*," kata ayahanda aku. Tenang saja suara dia, buat aku rasa sangat-sangat rindu. Walaupun sudah melepasi 30 tahun, tapi setiap kali dengar suara dia yang lembut dan tenang itu, buat aku rasa macam aku ni masih lagi berusia 13 tahun.
Pembuka bicara dia buat aku ketawa. Malu pun ada. Sebab rasanya dalam 40 peratus apa yang aku tulis dalam buku itu berdasarkan perasaan, fikiran dan pengalaman aku sendiri. Perspektif aku sebagai anak yang degil dan aspirasi aku untuk menjadi anak yang baik. Jadi, bila ayahanda kata dia baca novel tu, aku rasa sangat-sangat terharu. Juga terfikir apa agaknya perasaan dia bila membaca barisan ayat-ayat yang lahir dari hati aku. Sebab aku dilahirkan dalam satu keluarga yang sangat 'mahal' untuk menzahirkan kata-kata sayang dan cinta. Cukup kau tahu kasih sayang itu sudah sedia tercurah, tanpa perlu ucapan sayang yang berjela-jela. Aku faham. Tapi aku tetap lontarkan kata-kata sayang itu untuk mereka dan yang lebih penting untuk anak-anak buah aku sebab aku rasa generasi yang seterusnya ini jati diri mereka sangat rapuh.
Aku tanya ayahanda aku apa pendapat dia pasal buku tu, dia kata, "Abah baru sampai mukasurat 130."
Lagi sekali aku ketawa. Ayahanda baca 'slow and steady' katanya. "Mak tak ada jadi abah bolehlah duduk dan baca buku." Aku harap ayahanda dapat baca sampai noktah yang terakhir.
Telefon langsung bertukar tangan. Kali ini aku berbual dengan anak dara kakak aku yang berumur 14 tahun. "Kakak tak fahamlah apa yang usu cerita tu."
"Kakak dah habis baca ke belum?"
"Belum sebab gilir-gilir dengan abah-yaie." (Sepatutnya yaie saja [datuk dalam bahasa jawa] tapi ditambah abah di depannya sebab anak-anak buah ni memang manja dengan datuknya).
Alahai, kesiannya. Aku memang bagi senaskah buat Along, tapi tak sangka pula ayahanda pun berminat hendak membaca. Hai.. kena hantar satu lagi ke rumah Melaka lah nampaknya.
"Usu, mak nangis baca buku cerita usu tau." Hahaha... pecah rahsia kakak aku.
"Pasal apa pulak?"
"Entah... kakak tak tahu. Tapi kakak tengok mak nangis." Elok lah tu. Mak dengan anak sama je jadi Drama Queen. hahahaha.
"Jadi kakak pun tak habis bacalah lagi ye?"
"Belum. Kakak tak fahamlah usu."
"Kakak baca bagi habis dululah kot kalau nak faham. Tak pun kakak simpan dulu, nanti bila agak-agak nak baca lagi, kakak bacalah."
Tapi sebenarnya menurut kata 'spy' aku si Adibah yang disampaikan pada maknya, Kakak Aqilah tak nak baca buku aku sebab nama dia tak ada dalam tu. Adibah pula suka buku tu sebab ada gambar 'bear' di kulitnya. Tambahan lagi nama dia (Adibah) dan nama abangnya (Aqil) Aiman ada dalam cerita. hahahaha.
Sekali lagi telefon bertukar tangan, kembali kepada bonda pula.
"Bayarannya macamana? Bila agaknya dapat?"
Aduhai... cerita berkisar kembali kepada ringgit, pound sterling dan simpanan hari tua....
Judul: Zahrah de Tigris
Penulis: Khairyn Othman
ISBN: 978-983-43217-7-2
Harga: RM20.00
Harga pembelian melalui pos: RM17
Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…
Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.
Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.
Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis
25 comments:
Kakak sayang!
terasa abah kak khair tu comel orangnya..
he he he..
Erm masa baca buku tu saya tersengeh-sengeh sebab watak nisaa tu seakan kak khair..
hahak!
apa besar sangat gambar bunga puteh kat atas tu?
balik melaya lah kejap...
Terjaga ku dari tidur
Bagaikan ada satu suara
Yang lembut membisik padaku
pulanglah...
(Pada baris-baris ini dalam Zahrah, buat saya terharu... pada apa yang bermain di benaknya)
Hahaha!!
Ya, ya! Bacalah sehingga ke titik noktah yang terakhir!
Ketawa dalam duka, duka dalam ria!
Go go power rangers!! hikhikhik!!
Hahaha.. bertuah kamu, ayahanda sudi membaca. Buku skemaku itu, ayahanda dan bonda cuma jeling-jeling, kemudian senyum. Kutunjuk mukaku yg tebal ini terpampang di dada koran pun, mereka cuma senyum-senyum.
salam
akira-san
Sungguh! Dia memang bapa yang sangat penyayang. Selalu menyesal, kenapalah aku ni nakal dan degil sesangat.
Oh diri sendiri tak sekuat 'Nisa'. Dia lagi terer! hahaha
pa'chik
sebab laptop mat salleh aku tu skrinnya lebar. Jadinya cantik ler kat laptop aku hihihiihi.
Balik Malaya? Ko nak sponsor ke??
indera
hihihihi, baris lagu tu bukan dari zahrah.. tu dari err manuskrip lama yang tak de tajuk. hahahaha dalam zahrah hero ngan heroin nyanyi lagu alouette jer
nur
macam kehidupan kita gak kan? Ada sedih dalam gembira dan gembira dalam sedih juga.
hari ni ai pi shopping dulu tau yu. nanti ai dah dapat kad cantik comel baru ai hantar kat yu ye.
ainin
tu yang jadi lebih terharu tu.. dulu bila nama selalu terpampang kat koran, dorang tak kisah pun sebab hahaha tak reti baca omputeh la plak.
Tapi kan, mana kita tau kot-kot di belakang tu dorang memang baca. Faham ke tak faham belakang kira hahahaha
oh... ada buku rupanya. Rasa-rasanya sesuai tak Tok Mudin baca buku tu? Haha.
Ok... aku buat 'mental note' untuk belek-belek buku ini next time aku ke kedai buku. :D
ermmm...
ayah achik pun camtue...pertama,dia mesti tanya "duit ada lagi x..?" ...
p/s:kalau orang di sini...boleh melalui pos jugakke...?
cayalah kak khairyn.. insya-Allah akan memiliki novel tu.. :)
Ai tak kesah yu. Kalo yu kasi ai kad buatan sendiri mahupun kertas suratkabo pun dah cantik buat ai. Ai tak kesah yu. Ai terharu!! Owh! Ai tak sabar menanti neh. Hehehe!!
tahniah atas kelahiran novel itu. Akan cuba miliki. Tp lebih menarik lagi kalau yg ada tandatangan penulisnya. Bagaimana yer
dalam proses baca. tapi sekarang dah hold dua hari...
tapi asik teringat2 je si dia yang berkasut sukan berkaler merah itu...
hehhehe
yuhuuu..
i dah beli novel itu sebagai sokongan kepada osmet terchenta..ehehehe
menarik jalan ceritanya... adakah wataknya merupakan diri penulis?
mudin
sesuai untuk orang yang nak merehatkan minda jer kot.
Atau boleh dihadiahkan untuk ummu Adam? hihihi
achik-sufi
buleh kot hehehe.. ish buku achik ni bila la nak diposkan ye. Ada lagi terletak atas rak. Sabar ye achik.
achik
hehe terima kasih. Bawak motor baik2 naa... jangan kalut lagi hehehe
nur
alahai terharu ai yu! ai dah dapatkan kad kecik kenit dan keNOT. Ai settle esei dulu ya, baru ai antar kad kat yu.. sabar ye yu.
Kemat
hahaha.. boleh buat pesanan dari laman jemari seni. Err.. kalau mau tandatangan tu err.. silalah bagi alamat(via emel), tengkiyu kad akan dilayangkan khas dari Gelasgo hehehe
nett
hehehe.. terbayang sidia yang berkasut sukan atau pemberinya hehehe
mimi
yo!
Kenal tak sesapa dalam buku tu? Alaaa bapak si protagonis tu??? Kenal tak dia hahahahaha
sastri
oh rasanya tak kot. wataknya gabungan dari pelbagai 'watak-watak' lain yang digarap menjadi satu. Rasanya ada ambil watak sas sikit gak kot.. yang sangat penyayang dengan anak2 buah :D
dengan ini aku dengan 'bangganya' mengatakan yang aku BELUM nengok, sentuh atau baca buku hang tu! hahahahahhahaha ...
mungkin sebab ada libat sikit2 kecik kenot dalam pembikinannya .. sebab tu mcm kurang excited. ahhahaha ... macam buat story utk MM dulu la kan .. nak tau byline kuar ke dak, page berapa.. intro tukar ke idak .. pastu dah tak kisah.
mungkin jugak sebab cover dia aku memang tak setuju ... tak kena citarasa but again it's your book, right? hehehhehe
ko mesti bengkek ngan aku kan kan kan. hehhehehe
esok aku cuba singgah ler kat opis zurd sebab aku kena gi cidb.
bila aku dah baca ... siap sedia la ek? hhehehehe
dah baca. sedih... huhuhuhu.
insyaallah will get the copy of the novel soon. tapi, ....tapi kalau boleh dapat authograf penulisnya lagi best.
Ny..bila plak turn aku nak mendapek tigris ko tu..takkan ko nak suruh aku baca sinopsis yg panjang sejengkal tu ajo..boleh?
Huuu nak pi cari kat MPH lahhh
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Macamana nak dapatkan versi yang berautograf ek?
:D
Wah! Tahniah tahniah!
Bangga la ngan u nih... :)
oh ya! agak2 entri entri aku tu buleh dibukukan tak???
hahha...
aku suka baca muka surat belakang:
'sewaktu berumur 15 tahun,seorg guru pernah membuat ramalan.Dalam marah dia tuding jari;"kamu akan jadi wartawan".
"Setahun kemudian seorang polis pula 'menyumpah' katanya, saya bakal jadi wartawan. Beberapa tahun kemudian 'ramalan' & 'sumpahan' mereka menjadi kenyataan...
Masa kita form 6 aku ingat lagi kalau tak silap cikgu joha pun sumpah kau gak sebab kau suka menjawab dia macam orang tengah berdebat,pastu dia bukan takat sumpah kau jadi wartawan tapi dia sumpah aku sekali jadi designer sebab aku suka melukis kartun masa subjek dia...mesti dia bangga kita jadi bahan sumpahan dia yang berjaya..haahaha...tu belum lagi citer kita jadi ala2 pengacara tv3 buat liputan orang balik raya waktu musim perayaan...nak kerja glamer belaka...ingat tak weiii...kelas cikgu joha gak tuh!
Apa pun aku bangga kawan aku dah berjaya melahirkan novel sendiri,tapi jangan marah aku belum habis baca lagi sebab kau tahu ler aku kan slow sikit baca novel2 ni sebab aku kan macam kanak2 tadika yg suka baca buku kaler2 sebab tu aku suka beli magazines...hehehehe...tapi walau belum habis aku dapat bayangkan kau dalam citer2 tu..memang pun!
izinni
kau dah tahu jawapan aku, buat apa aku nak bengkek kan kan kan? kwang kwang kwang.
cik kema
wah! Dah baca? Aku sungguh terharu. Nak ayam satu baldi bleh?
bimmer
huhu thanks yous.. nak autograp? huh! kena tunggu tuannya balik atau orang tu datang melawat ke tempat 'bermain' dia kat Glasgow ni lah hahaha
dura
ko order la kat jemariseni tu hihihihi.. nak otograp tak dapek la den nak tolong. Kot aku bagi tengkiyu kad jer buleh ke?
enchik azhar
hehehe... terima kasih. Kamu nak pergi MPH mana? Taman U ke? uish! Rindula dengan jusco taman U tu hehehe
purp
alahai... edisi berotograp ni susah nak jawab ler. Tenkiyu kad je buleh ke?
may may
terima kasih la yu..
yu yu kalau yu bukukan entri2 yu tu.. yu bagila buku free kat ai satu ye yu.. nak buat azimat la yu hihihihi
elly
huhuhu ko buat aku terkenangkan dia la. Ko buat aku ingat pasal kita ala-ala jadi pengacara tv3 tu kakakaka. Lawak sungguh! Kita pun suka nyakat dia kan? Ko ngan aku suka gak tanya soklan2 bodoh kat dia tu hahahaha. Tapi entah kenapa, aku memang x leh sungguh terima cara dia mengajar hihihihi
Ingat masa aku jumpa dia lepas habis sekolah dulu. Kat mana? Kat teater.. masa tu aku pi mengendeng marina pi tengok teater. Dia kutuk aku kata aku kerja ngan paper tabloid, aku apa lagi kutuk dia balik, apa kelas kerja dengan magazine hiburan, URTV plak tu. Tak menjana minda sungguh. Bengang dia ngan aku hahaha. Tapikan bila fikir balik, sumpah dia sungguh menjadi. Aku wartawan ko jadi designer. :D
Post a Comment