PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. kini memperkenalkan kehadiran novel fantasi remaja Tunnels karya Roderick Gordon dan Brian Williams terjemahan Bahasa Melayu.
Dulu Harry Potter, kini muncul Will Burrows, ahli arkeologi remaja.
Barry Cunningham, Pengarah Urusan Chicken House Publishing, adalah nama besar dalam penerbitan buku kanak-kanak dan remaja. Daripada Roald Dahl hinggalah J.K Rowling. Sebagai ‘peneroka’ Harry Potter, kini beliau memperkenalkan dua penulis baru dari Britain, Roderick Gordon dan Brian Williams sebagai ikon yang hebat dan terkini dalam dunia buku remaja
Karya best seller
Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.
Penulis karya yang pada asalnya diterbitkan dengan judul The Highfield Mole ini bijak memanipulasi bahasa melalui personafikasi dan diksi khususnya bagi mencipta elemen misteri, suasana tragis dan dramatik serta plot perumitan dan klimaks yang penuh emosi. Tunnels pasti dapat menawan hati remaja yang berusia 10 tahun ke atas terutama bagi mereka yang sukakan kisah pengembaraan yang mencabar dan misteri.
Dunia Will Burrows
Adunan kisah realiti dan fantasi, Tunnels akan membawa kita menerokai dunia Will Burrows seorang remaja yang membesar dalam keluarga yang agak ganjil dan ‘tidak berfungsi’. Ibunya hanya menghabiskan masa di depan televisyen dan tidak mengendahkan keluarga. Segala tanggungjawab diambil alih oleh Rebecca, adik kepada Will. Bapanya, Dr. Burrows merupakan seorang ahli arkeologi yang bekerja di muzium yang sentiasa menyimpan cita-cita besar untuk menjadi terkenal dengan hasil-hasil penemuannya.
Keadaan rambut dan kulit Will yang kelihatan berlainan daripada orang lain menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawannya. Sejak itu, Will sentiasa membantu ayahnya melakukan kajian tentang penggalian dan mencari bukti tamadun purba yang telah lama hilang di telan zaman. Ini membuatkan dia mula minat dalam bidang arkeologi hinggakan dia memiliki projek penggaliannya yang tersendiri.
Selepas ayahnya tiba-tiba menghilang, Will bersama Chester, satu-satunya kawan yang dia ada, mula meneroka jauh ke dalam tanah melalui terowong yang mereka gali demi mencari ayahnya. Perjalanan yang cukup bahaya dan mencabar. Dalam usaha pencariannya, Will mula menemui kebenaran yang tersembunyi. Segala rahsia yang ‘tertanam’ selama ini mula terbongkar.
Impak maksima
Roderick Gordon and Brian Williams telah memperkenalkan sebuah kisah yang menakjubkan. TUNNELS menyajikan kisah yang padat dengan aksi, penuh misteri, cabaran, penerokaan, keadaan yang cukup bahaya dan menggerunkan. Variasi watak, daripada mengagumkan hinggalah menjijikkan disatukan untuk memikat pembaca dalam menelusuri kisah yang berselirat dengan kejutan dan rahsia. Gordon dan Williams memberikan gambaran yang cukup istimewa. Deskripsi yang penuh animasi membuatkan jalan ceritanya benar-benar hidup.
Adakah karya ini juga akan mencipta keajaiban seperti yang berjaya dilakukan oleh Harry Potter? Adakah Will Burrows mampu menggantikan Harry Potter? Kita tunggu dan lihat.
Testimonial
“Karya terjemahan yang menarik untuk remaja. Plot penceritaannya berkembang dengan baik. Ia membuatkan rasa ingin tahu membuak-buak dengan pelbagai persoalan dan misteri dari mula sehinggalah muka surat terakhir. Syabas kepada PTS!”
John Norafizan, Novelis
“Menggali dan meneroka terowong bersama Will dalam TUNNELS membuat saya bagaikan terperangkap dalam dunia sebenar dan angan-angan, pengembaraan penuh debar! TUNNELS ekspedisi yang perlu dilalui oleh anda juga!”
Noor Suraya, Novelis
“Anda perlu turut sama merasai misteri pengembaraan TUNNELS yang penuh dengan keajaiban yang tidak pernah kita jangkakan.”
Majidah, Editor
Oleh: WanZu
14 comments:
salam,
orang pertama nampaknya...
achik ingin kirimkan salam aidil adha buat kak khiryn yang sedang berada di glasgow, semoga kak khiryn ceria selalu disamping kengkawan di sana...afifah tolong kirimkan kat kak khiryn erkkk...salam aidil adha buat afifah sekeluarga juga...
oit.. selamat eidul adha lah...
pemerintah melaya islam lain.. ekekek....
eid mubarak. aku keluar negara esok. raya ikut negara jiran :)
Eh-eh... muka dia betul-betul macam Usu nya jugak..
Salam Aidil Adha. Apa kata Ny amik train pegi London. Beraya di London hari ni (Rabu) lepas tu cepat-cepat balik Glasgow sambut raya pulak kat Glasgow esok (Khamis). Kan dah dapat dua kali raya tu..?? (Tak penah dibuat orang beraya dua kali. Hehehehehe..)
Salam aidiladha dari kami sekeluarga di Shah Alam kepada orang Glasgow :)
Waduh2, kok comel skali keponakanmu itu kak KHaiR. Sweetoo!!
Salam AiDiL aDHa. Moga sentiasa di dalam lindunganNYA!
Bak kata Pa'CHiK, pemerintah Islam Malaya neh, lain sket HaHaHaK!!
Ny,
aduhhh ala-ala manja pulak aku panggil ko kali ni. hahahhahaa
selamat hari raya IdulAdha. Tak kiralah hari pun Glasgow beraya, yang penting keberkatan dan penghayatan kita akan makna korban tu sendiri. kalau raya hari ni pun, tapi setakat nak gi surau/masjid rebut daging semata tanpa faham apa maknanya hikmah daging tu .. tak guna jugak.
Selamat Hari Raya IdulAdha. Semoga segala pengorbanan kita samada kecik atau besar mendapat redha dan rahmat dari Dia.
Kirim salam IdulAdha kat Sue.
eid mubarak Ryn. Cuti macam biasa ke kat sana?
selamat hari raya
guess what my menu for hari raya
ahahhaa mak i paksa i buat kuzi
huhuhu
Selamat Raya Korban..aku kena kerja hari ni..sebak aku tengok Pakistan balik semayang raya pakai baju raya..
salam
achik sufi
salam idul adha untuk achik juga. Oh Afifah kena beraya di KL sebab mak dia tak cuti panjang :)
pa'chik
amacam? tak ada perang bawak parang ke hari ini? Tak ada pertumpahan darah yang berlaku?? hehe
Indera
huhu.. tak pe tak pe. Tadi balik kerja terus pi solat idul adha. hahaha pakai jeans jer. Huh! Tadi jer hovering 0C. Ada gak yang berani, pi solat pakai baju kurung. Fuh! Terrer.
p/s Afifah lebih comel kekekekeke
mudin
salam idul-adha dari orang Glasgow kepada orang Shah Alam sekeluarga :)
nur
hehehe.. keponakan ku itu semakin sepet matanya dan semakin kembang hidungnya. Memang la dasar anak jawa hehehe
Semoga Deen juga dalam lindungan Allah sentiasa.
Has,
Agak payah gak aku nak faham khutbah tadi sebab imam cakap English pelat hehehe.. Tapi aku faham pasal Palastine, Iraq dan orang Islam yang semakin ditindas tidak kira dimana pun berada. Sedih wooo...
Salam sudah disampaikan
ainin
eid mubarak juga. hohoho... kerja gak. cuti Krismas jer nanti sampai new year. hehehe...
mimi
hehehe expert kuzi dah sekarang ni. Bagus bagus.. errr... nak pesan apa ek?? hihihihi
mak lang
hahaha.. ada satu keluarga arab yang solat raya kat Sumsa tadi... anak dia comel. macam orang puteh. Mata biru rambut blonde. Fuh!
Mungkin aku dah 2kali idul adha kat sini jadi perasaan sayu tu dah tak berapa nak ada.. hahahaha tak senonoh!
semalam ada lah sikit.. tapi aku datang terlewat... kira sampai taim tengah melapah dah pun.. ekekek...
Selamat berkorban di Aidil Adha. Aku korbankan dietku untuk makan lontong yang mak aku masak...bukan sekali, bukan dua kali tetapi berkali-kali...Selamat Hari Raya Harny.
Mak Aihhh, ketotnya entri... Samat hari raya!!!
Post a Comment