Selamat Tahun Baru
Hari X-Mas, CikSue beraya di London (wow!!) aku beraya di Charing X saja. Pi rumah Akuatik saja. Bini dia pun tak ada. Jadi, baiklah aku temankan dia yang keseorangan tu dalam hari-hari raya tu. Sekurang-kurangnya dapat gak berbual ke, masak-masak makan-makan ke, tengok tv ke. Itulah aktiviti kami berdua hari tu. Hari Raya, dia buat tomyam.. huh! Marvelous! Lepas makan, masing-masing melepek depan tv. Dari satu movie ke satu movie kami tengok.
Dec 26. Hari Kotak (Boxing Day). Aku dengan dia sudah siap-siap nak boxing (tinju) orang ramai yang sama-sama keluar shopping hari tu. Aku memang dah aim nak beli boots sebenarnya. Boots aku dah uzur sesangat. Tapak dah licin dan berlubang (ya Allah! Macam semekin aku ni kan?) Jadi sudah tiba masanya aku tukar boots baru. Musim sejuk tak leh pakai sports shoes, basah dan tak menutup kaki. Boleh beku kaki, jadi yang sesuai memanglah kasut boots. Dengan semangat yang berkobar-kobar kami pun naiklah bas yang menghala ke The Forge Shopping Centre, tapi sebelum tu berhenti sekejap kat Retail Park sebab member tu nak beli baju-baju anak-anak buah dia. Kat situ ada Next Clearance dan harga baju-baju dia banyak yang tak lebih £10. Baju budak-budak pun banyak yang dalam lingkungan £1-£5 sehelai.
Banyak gak la dia angkut, mau satu beg besar. Aku pulak masih lagi berlenggang kangkung sebab aku memang cuma nak beli boots aje. Lepas tu, sambung naik bas pi ke shopping centre tu. Sukalah aku sebab dapat pi Clarks Warehouse. Tapi cheh! Kedai tu tutup. Huh! Balik dengan perasaan hampa. Aku mogok hari tu tak nak beli apa-apa pun kecuali makanan. Nampak gaya, terpaksalah aku pakai lagi kasut boots uzur aku ni sehari dua lagi. Ingat nak pergi lagi hari ni tapi... macam best pulak bergulung dalam duvet. hihihihi
Update : Dec 30,2007 - 17:05
Akhirnya aku ke Livingstone juga setelah kechiwa dengan Clarks Warehouse di The Forge dan kat city centre. Tak ada yang murah dan flat heels. Akhirnya aku jumpa yang ni. Warna merah ada heels setengah inci (adeh! Mesti sakit pinggang ni kang). Harga? Huh, mau £20 gak.
Syyy... dah jalan jejauh tu takkan beli sepasang kasut jer kot?
hehehehe
29 comments:
makan-makan kat umah akuatik tu kat depan tv ke kat meja makan...ehehhee
psssttttt kat depan tv sebab bini dia tak de so, boleh la buat kecah-kecah satu rumah. Akuatik kena hoover la nanti sebelum bini balik awal bulan depan kakakakaka
Salam
Aku pegi City Centre on Boxing Day, dan hari ni pun, tapi tak beli apa2 sgt...cuma cd game n baju anak aku 2 helai. Tapi mak aih..Mat Salleh n Mat Negro sakan gak membeli..dok usung 3, 4 paper bag sorang..buleh tahan..
kalau zaman dulu dulu tu, selain kat carboot, asda kat forge tu jadi meeting place orang melayu.
kat sini pasar super tu semua wajib kena tutup raya pertama... ada lah yang bising... padahal dia ada lagi 363 hari nak soping...
kalau ada yang bukak... kedai makan cina je lah...
Tanak pakai ke kasut cam Chu kang..
Auwww macho nya!
Kaler kuning terang gitu!
Hahak!!
Saya pun nak beli sports shoes lagi..
Dah seminggu jadi kuli dengan pakai kasut banjir :))
Musim hujan jan jan skrg ni.. Heh!
Jelesnya dengar korang bershopping,wah sakan ler sue menyambut krismas kat London...rindu nak jalan2 cam dulu...kat malaysia ni takde Boxing Day,kalau ada pun tengok orang boxing kat tepi jalan...
Salam....
Gak nyer org kita sekrg ni dah kurang memahami makna 2 perayaan besar tu dlm Islam kot, tu yg jadi cam tu. Sedih gak bila tengok keadaan cam tu, mujurlah family masih kekalkan suasana meriah, memasing tetap ambil cuti lebih seminggu dan ada yg sampai 2 minggu, saja nak berkumpul dgn kaum family, biasa kumpul gak tp x samakan bila time raya. Bagi yg masih single (aku & sepupu2), kita org melaram lebih dari anak2 sedara. Baju ngalahkan artis kata org tua2 tp tetap baju kurung Johor.
Selamat Tahun Baru 2008
Wah!! daku suka sgt dgn boot. nk2 mcm boot pi kebun. bergaya mcm Horatio hak hak hak...!
err...akak sihat??? :)
Merasa gak Sue Krismas kat London. Kalau orang Msia kata nak Krismas kat London tu bunyi ala2 grandnya. Kalau org Glasgow Xmas kat London, emmm...grand gak bunyinya. Tapi lagi grand kalau org Glasgow kata nak sambut Hari Raya kat Malaysia! kan kan kan...
Di sini Krismas dianggap perayaan berbilang bangsa. hahaha!
But jenama itu tu? Hehehe
[Maaf. 'Selamat pulang' itu tersilap. Untuk kotak komen blog TedungS patutnya. Isk! Kesilapan amat dikesali. Hahaha!]
mak lang
Kalau nak bershopping, tunggu jer bulan 1 atau 2 time dorang clear stock. Kdg2 lebih murah dari yg dijual kat carboot. Tapi bila fikir2 balik org kat sini shopping tak kira hari tak kira musim. Byk sungguh depa belanja la kan?
bimmer
sekarang ni org melayu ramai berkumpul kat Govanhill, jadi Asda sanala kot yg jadi tempat pertemuan dorang. Kami belah2 sini jumpa kat err kat mana ek? Merata-rata kot hehehe
Pa'chik
Kampung aku pun dekat ngan bandar, kalau hari raya pun sibuk memanjang. Pasar besar memang bukak Raya ke 2. Jadi aktiviti aku dulu2 merayap kat pasaraya masa hari raya ke 2 bawak askar2 semua. Huh! Tak challenging langsung
cik akira
ada ada.. kasut chu kang kat sini banyak. Cuma dorang dah mekap la bagi lagi lawa. Tak de la asyik kuning jer.. ada bunga-bunga, ada polka dot. Err.. rega pun boleh tahan tau!
Sini pun hujan jer. Tadi pagi snowing skiiiit jer.
elly
kwang kwang kwang. Ko tau aku kan. Jarang sangat shopping. Aku tuju satu benda tu jer. Kalau tak jumpa aku tak beli. Tapi semalam aku kantoi, beli buku lagi waaaaaaa! Tapi £10 jer, World History. Best giler!
Tadi aku dah ke Livingstone dan merambangkan mata beli kasuts (hehe) dan errr.. Shopping dlm masa 1 jam 45 minit sebab kejar bas balik ke Glasgow. Perjalanan pergi balik lebih lama dari masa aku bershopping Kwang kwang kwang
adikyah
oh oh ku suka dengan selipar sarung. Dulu pi kerja pun pakai selipar ja. Bergaya macam orang pi pasar, kakakaka. Hmmm... sapa nak mencadangkan aku beli kasut boots paras lutut plak?
Zura
huh CikSue ke London sebab ada orang sponsor tiket ketapi. Aku turun London next year kot. Hehe itu pun sebab urusan, kalau tak malas gak nak ke sana. Bila gak nya orang Glasgow nak sambung Raya kat Mesia nih! Ish ish ish
Purp
hehe.. Krismas untuk semua ek? tahapa-hapa la tu.
Err... Boots jenama tu lah! heh?
(Tak pe lah salah ucap selamat pulang. Doakan aku dapat pulang pun ok gak - pulang ke Mesia ngan selamat ek.. juga eventually pulang ke rahmahtullah dengan selamat. huhuu)
Wishing you a happy and prosperous new year..
selamat tahun baru 2008...semoga diberkati allah.
baru beli sport shoes, tapi tak best di kaki. jengah2 kelmarin di kedai, gatal je nak beli lagi. uuuhuh...
oit... pinjam kasot kejap... ekekek...
kak khair!!!
saya teringat nisaa dengan sport shoes kaler merah dia :))
hahak!
Salam
Selamat tahun baru, semuga bertambah rezeki dan dipelihara dalam lindungan Allah...
Amboi merahnye kasut, hang nak pakai pi kerja ka ?
gi naik bas ke naik train? boleh pakai boots baru jumpa nazri esok nih :)
Wah! Cantiks itu boots. These boots are made for walking lalala
Macam kenal je gitar letrik kat blakang tu..Aku ada gambar ko tengah goreng ngan gitar tu..Mahal beb gambar tu!
Salam...
Cantik boots tu...
Semlm sana sini sibuk org menyambut kehadiran thn baru, tetiba hati rasa sayu lak... happy tapi entahlah ... tetiba terfikir berapa ramai pulak kali ini anak2 melayu (sebahagian kecil?) yg 'terkorban' & yang rela 'mengorbankan' diri dgn aktiviti yg x bermoral ...
Saya lak, lepak kat office jer ... lainlah utk Maal Hijrah, masuk Asar jer dah get ready nak balik dah...
Slmt Thn Baru 2008
maymay
selamat tahun baru. mari kita mulakan tahun 2008 dengan cerita sex. ops! hahaha chua soi lek, apa mau jadi ngan lu!
achik-sufi
waaaa hutang tak bayar lagi. selamat tahun baru Gregorian.
ainin
kita tak perlu alasan untuk beli kasut baru sebenarnya hahahaha. Ku suka kasut lalalala
pa'chik
saiz?? hahaha
cik ati
sebenarnya masa bayar rega kasut tu tak teringat langsung pasal sport shoes kaler merah tapi kat dalam bas masa tengah berangan tu barulah teringat kekekeke.. subconscious mind betul la.
mak lang
rasanya kasut ni simpan dulu kot. belasah gak yang itam tu pi kerja hahaha.
akuatik
hoh! nanti nazri kenal aku. glamer la plak. Kau tunggu jer nanti kwang kwang kwang
zura
kalau dengan lagu tu.. boots tu kena tinggi sampai lutut tu hahaha.. ya ya gitar tu. Peneman aku kala bohsan. Best woo goreng gitar lagu ape ek? Isabella kot hahaha
neen
selalunya macam tu lah. Kat sini hujan turun renyai2 malam tadi tapi rasanya george square tu tetap ramai orang. Sambutan besar mestilah kat Edinburgh. Siap ngan bunga api berganda2 lagi. Kira tahun ni besar gak sambutan kat situ. tahun lepas sambutan kensel sebab angin terlalu kuat.
cantik but tu... mula2 mungkin sakit sikit, lelama dah biasa, pinggang tu pun tak sakit sangat kot? sas pun cari flat shoes kelmarin... jumpa yang berkenan tapi saiz takde... huhuhu... awat laa kaki ni besaq ngat...
chanteknya but tu.. but berheels nampak seksi.. ;)
khairyn boot merah tu dari dr.patrick ka??
dah khatam dah ZDT, tahniah satu percubaan yg sempurna
sas,
mengada2 jer tu. 1/2 inci tak tinggi mana pun tapi memang suka flat heels jer hehehe
achik
huhu tengkiyu. heels boleh buat daku terpelecok. apatah lagi daku berjalan bak askar berkawat kakaka
kakmon
I wish kak mon. I really wish hahaha
Thanks kak mon sebab khatamkan jugak walaupun banyak dugaannya hahaha
Post a Comment