Sia-sia
Jalan cerita tak tentu arah. Skrip longgar sangat-sangat. Watak-watak semua macam baru mula-mula berlakon iklan. Sorry, aku memang susah nak ingat siapa nama pelakon tapi apa yang aku tahu, filem ni membazirkan semua 'bakat-bakat' pelakon yang tak seberapa. Oh! Mungkin aku silap. Ada pengajaran sebenarnya dalam filem ni - ajar macamana nak sedut heroin, sedut meth, warna-warna pelangi air-air beralkohol dan camera trick (kalau ada) dalam babak-babak cium cium, peluk-peluk. Mungkin yang babak yang aku suka cuma masa Eman Manan interview satu watak utama ni. Lembut aje dia kata 'Budak-budak sekarang, tak fikir panjang.'
Sebenarnya aku ada baca review dalam satu blog yang mengatakan cerita Haru Biru ni best sangat. Berani menceritakan pasal keruntuhan akhlak remaja sekarang. Tonggang arak, hisap dadah dan 'main' dengan bini orang yang sememangnya terjadi dalam hidup masyarakat sekarang. Wah wah wah! Bukan main lagi pujian orang tu pasal filem ni. Tapi, bila aku tonton filem tadi, watak-watak utama ditonjolkan sebagai orang-orang kaya atau yuppies (young professionals). Seorang kerja besar (agaknyalah), sorang aspiring model dan seorang jurugambar. Nah! Kalau betul filem ini menonjolkan kepincangan masyarakat sekarang, biar aku tanya pula. Golongan yuppies ni menonton citer melayu macam ni ke?
Baik, kalau benar nak menonjolkan cerita-cerita macam ni, mana moral valuesnya? Apa mesej yang nak disampaikan? Bagi aku tak perlu cerita-cerita macam ni. Semua orang tahu masyarakat moden dah pincang. Isu dadah, isu mabuk, isu anak luar nikah, HIV-positive, semua orang dah tahu tapi tak perlulah bagitahu macamana nak hisap heroin, macamana nak sedut asap meth! Buat apa?! Karyawan seni di tanah air dah lupa agaknya yang menonton filem mereka bukan orang-orang yang posh atau yuppies. Yang tonton filem mereka kebanyakannya budak-budak sekolah. Di bandar dan di luar bandar! Orang kaya buat apa nak tonton wayang macam ni, dorang lebih suka tengok cerita orang putih yang lebih 'berkualiti' la katakan. Lebih baik tengok I am Legend. Lagi puas hati.
OK untuk orang yang rasa suka sangat dengan cerita Haru Biru ni, korang ni memang tergolong ke dalam kumpulan manusia macam ni? Korang ni hisap dadah juga ke? Korang mabuk-mabuk? Atau korang 'bercinta' hingga 'terlanjur' dengan isteri orang? Atau korang rasa moral orang yang mudah 'bed hopping' ni sangat tinggi budi perkertinya? Atau korang kata, yang penting 'hati budinya'. Well, just remember 'what you are before shape what you are now', sayang!
Aku ingat nak tengok cerita Anak Halal pula tapi masih tak ada yang 'free'. Mungkin dah jadi trend karyawan sekarang agaknya, buat cerita yang tak ada moral macam ni. Cerita yang membenarkan 'matlamat menghalalkan cara.' Entahlah aku tak tahu. Aku bukan karyawan seni tapi satu yang aku tahu - Kid, Adriana, Suzie dan Dani - kamu semua akan dibakar dalam api neraka huhuhuhu.
29 comments:
itu cerita orang perasan nak tiru trainspotting la tuh...
bohsan...
err... mesti ko baca kat blog vovin neh...
hakhak.. semua dibakar lam nuraka... kalau tak sempat nak bertobat.. hahaha... orang yang paling suka ramai golongan macam ni.. orang yang memegang kuasa sekarang.. pasal orang macam nih... takde masa nak berjuang islam dah... kalau ada pun.. yang kat sini...
nama pun haru biru, tapi itulah, banyak cite melayu ni hampas je, tapi bila bagi ulasan bukan main lagi jek standard apa yg dorang ikut ntah
oh, ada movie baru ke. aku tak tau pun, kalau setakat nak paparkan kerosakan akhlak aku lebih suka edisi siasat...lagi real bukan lakonan :)
daripada tengok citer ni baik gue gi nonton sleeping beauty kat king's theatre...bermimpi yang indah-indah
salam
pa'chik,
aku dah tak ingat blog mana yang aku baca. Tapi memang la citer bodoh. Resepi lama. tiga sahabat, cinta tiga segi. Baik aku tengok citer hindi atau tamil, lagi best.
king
aku memang betul2 blur dengan jalan citer dia.Acting memang out! Cakap macam baca skrip. Tak de flow, banyak hiccups. cinematografi pun out. Scene bukak beg. Konon nak tunjuk kat dalam beg tu ada bons tapi yang keluar cahaya lampu. Macam citer budak2. Tang mana yang commendable?
akuatik
huh! malam tadi otak aku jem. Projek 2 tak lepas2 lagi jadi tu yang aku tonton citer bodoh tu.
Aku rasa macam best jer citer Sleeping Beauty theatre version tu. Alahai bila la dapat tengok. Nyway, sekarang aku ngan sue selalu tengok interactive theatre atau panto kat ITV2 start pukul 630pm-8pm. Hari tu tengok Jack and the Beanstalk, Dick Whittington, semalam tengok Aladdin. Lawak double-entrande, both untuk budak2 n orang tua. Best wooo
Assalamualaikum...
tah lah apa nak jadi dgn dunia seni melayu sekarg ni, dah namanya pun Haru Biru kan, maka mmg haru birulah sampai bila2 pun.... citer yg bukan2 dikatakan baik, nak cari yg bermutu & berisi pengajarannya mmg payah.
Kekdg tu bila kekawan citer kat pejabat pasal citer melayu kat tv baik yg bersira & pun tidak, mmg selalu x tahu sbb jarang tengok citer melayu pun, baik tengok citer Indon (maklum dpt siaran Indon) ada lah gak pengajaran agamanya wpun citer berunsurkan percintaan. Tak pun lebih rela tengok citer Korea (terutama yg bersiri) yg rasanya masih ada ciri2 sopannya & kekeluargaan yg masih kuat. Kekadang tu terfikir gak, nama jer kita ni Melayu & beragama Islam, tp dimanakah nilai2 murni yg mmg menjadi amalan nenek moyang kita selama ini.
Salam!
Marah sungguh kau. Mungkin sebab masa yang kau buang tu adalah lebih baik digunakan untuk buat assignment.
Lama dah tak borak2 ngan ko. Rindu pun ada.
salam,
selamat hari raya aidil adha
(",)
Oh kekanda!
Selamat hari raya..
Maap zahir batin :D
Oh oh! Cerita ni saya tak pernah tengok.
Entah kenapa tak ada rasa teruja Langsung nak menonton mobie melayu sekarang ni :|
Baek tengok cite p ramlee lg besh..
Huhu..
Salam
Yg kau pegi tengok cite tu buat ape ? Baik jadi macam aku, asyik tengok Dr Who setiap petang..teman anak aku..boleh cuci mata tengok David Tennant..at least anak aku boleh berangan nak jadi saintis...
Tak beraya kat Govanhill ke ?
neen
alaikumsalam. lembaga penapis tidur agaknya. Dulu sibuk kategorikan cerita2 filem, U la SX la PL la. Tahyul tak boleh ini tak boleh. Tapi apahal citer ni boleh lepas pula? Lain la kalau dorang buat cerita pasal bekas penagih yang dah insaf ke, cerita pasal susahnya dia nak masuk balik dalam masyarakat. pasal kejayaan dia ke, at least ada juga faedahnya.
Sekurang2nya cerita Jepun atau Korea tunjuk pasal kegigihan hero dan heroin walaupun hero korea selalu sangat berjejer air mata. alahai...
zura
haha.. aku tak marah cuma aku meluat. Kalau nak jumpa jenis2 macam si Kid, Adriana, Dani ngan Suzie tu kenalah pi KLCC ke, Bukit Bintang ke.. tempat yang banyak clubs. Bukannya dorang tu ada kat merata2 tempat macam kat kedai kopi hujung kampung ke, simpang jalan ke. Merit ke cerita 'org terpilih' ni masuk panggung?
Aku saja je nak tau cerita ni pasal apa.. lagipun otak aku beku. Sejuk kakakaka
bang
selamat hari raya Idul Adha juga! :)
akira-san
salam idul adha juga. Saja je nak buang masa tengok movie melayu. Sebab minggu ni minggu movie. Hari tu tengok enchanted lepas tu petang2 dihabiskan tengok pantomime kat tv hehehe. Cuti sekolah la katakan
mak lang
hahaha.. sebenarnya aku nak rehatkan otak. biasalah citer melayu, tak yah pikir. Tak sangka pulak citer tu bukan rehatkan otak aku tapi kotorkan lagi adalah. Lagipun aku tengah cari bahan untuk projek.
Dr Who tu aku dah berapa kali ulang tengok. Sekarang layan panto pulak.
Oh! aku tak pi govanhill, sebab aku kena dahulukan kariah aku kat sini. Sambut krismas. kakakakaka
wahhh marah sunggu cik khairyn kita ni.
memang pon ntah apa2 citer sekrang.Kalau tak cerita hantu, citer remaja yang runtuh akhlak.cam takde idea lain.
lepas ni kita buat filem sendiri la!
Anak Halal pun kerja sia-sia, kata Faisal Tehrani.
(http://tehranifaisal.blogspot.com/)
:)
babe, aku tak boleh tido malam lepas tengok I Am Legend. Teringat2 muka2 mutant tak ada hidung tu.
They reminds me of Lord Voldermot of Harry Potter. Scary.
Local film? Heck why waste your time and money?
saya ada buat n3 pasal cite ni dulu.. lepas baca reviewnya yg memualkan.. x teringin nak tgk pun.. huhu..
teringat pada tagline "filem kita wajah kita"
Haru Biru? Owh! Mula2 ingtkan amende tadi. HeHe..! Anak Halal tuh lebih elok letak tajuk Anak Ha**m, mungkin lebih mencerminkan mesej yg hendak disampaikan (rasanyalah sebab just tgk prebiu). Tp ai mmg dah pangkah siap2 cite2 camtuh, yu! ;)
- bukan nk kutuk citer bangsa sendiri, tp kenyataan ttp kenyataan biarpun pedih didgr..!
Ya! Lebih baek tgk citer P.Ramlee, lebih besh!!
Buk Khairyn perlu buat satu kajian. Kenapa filem runtuh akhlak dahulu leboh baik dari sekarang.. Cuba bandingkan Anakku Sazali dan Haru Biru...
Orang kata, tak leh nak bandingkan... Hummmm
Wah beshnya cuti skola :D
Nak cuti gak!
Nak nak! :D
Salam
Jom hari ni kita pegi open house supervisor hang kat Govanhill..jumpa di sana...
hari ahad lepas aku tengok ler citer anak halal tu...biasa ler citer budak2 zaman sekarang, dok kat flat pastu pasal dadah sikit....
tak tau ler ngapa pengarah2 muda skang suka buat citer camtu,kononnya nak paparkan realiti kehidupan bebudak remaja sekarang, ala tak payah susah nak buat filem, pergi je duduk kat tepi pertama kompleks tu pun dah macam2 gelagat boleh tengok!live lagi..
aku nak gelak je .. hahahahhahahaha
aku ni sah2 dah bertahun tak nengok wayang kecuali yang dalam tv tu. kali akhir rasanya dengan ko nengok finding nemo kat klcc, hari jumaat. kita cilok time rewang masa keje sebab tensen. ingat? ehehhee
sebab tu aku tak nengok citer melayu, wp yang dalam tv. zinnirah yang suka sangat pun aku tegah. tak membina minda. bior ler depa nengok dora explorer ke, citer omputih. sekurangnya depa buleh belajor BI. tapi sekarang katun pun ada subtitles .. mcmana anak2 nak usaha cari makna satu2 perkataan. lagi satu langkah tak mengajar budak2 usaha untuk belajar BI. aku dulu belajar BI dari citer omputih la sebab takde sarikata.
depa kata nak paparkan realiti hidup budak2 sekarang. kenapa tak dipaparkan realiti hidup makbapak sekarang yang sikit punyalah susah nak didik anak2 jadi orang. how about realiti sebuah keluarga yang berusaha nak jadi manusia dengan keterbatasan yang ada tapi masih mampu didik anak2 jadi orang. positive stories sekarang kurang sangat2. keluarga yang tabah hadapi dugaan hidup etc. that's reality too.
p/s: hari tu aku mimpi hang la. in the dream you left me a message saying "please don't leave me." errr what was that all about. spooky wei! hahahhahaha ..
aku terjaga terus solat hajat mintak dijauhkan musibah. AMINNNN ...
erk??? cerita apa ni? hehehe...
Haru biru itu filem apa?
Aku suka kata-kata Jimadie Shah. Katanya, lebih baik tengok filem P Ramlee atau Mamat Khalid itu, dah tentu2 memang lawak bodoh. Bukan macam filem yang lain, filem Prof Madya Razak itu, atau seangkatan dengannya itu, misalnya, tak mahu mengaku lawak bodoh... Hehehe!
[macam terlari dari topik pulak komen ini]
Selamat pulang!
mi,
saja je tu. Memanglah tak berkembang minda langsung. Filem sendiri? huhuhu.. hmmmm... citer apa ek??
mudin
oh dah baca komen faisal. Thanx. Memang sungguh tak ada moral values langsung.
diva
sekarang aku dah jarang tengok movie, tiket mahal la babe. Aku tengok movie kat tv jer. Tak pun aku bantai tengok pantomime jer. Aku tengok citer melayu tu pun sebab aku bengong and tengah buat research gak nak tau apa yang dorang feed kat budak2 melayu sekarang ni.
achik
betul setujju. Idea ada, tapi cara pengolahan tak kena. Karyawan yang mengolah secara direct macam ni menunjukkan dia sendiri tidak kreatif. Apa beza antara dia dengan Yusof Haslam??
Kemat
Hmm.. something to ponder kan?
nur
haha.. ntahlah. Tak tahulah pulak apa rating menonton citer2 macam ni kat panggung tu? Macamana kita nak control anak2 dari menonton citer macam ni??
elly
haha ko buang duit tengok citer tu?? Ish tak kuasa la aku. Baik, kalau nak buat cerita pasal keruntuhan akhlak sekalipun, TOLONG buat research. Jangan hentam keromo. Karyawan kenalah pi interview budak2 ni bukan cerita pasal mereka from your own perspective atau interpretation sendiri. Dorang kena duduk sama, dengar, cerita. Barulah skrip tu ada substance. Strong. Dan hasilkan sebuah filem yang beritahu orang ramai 'look this is what happening to our society, these are the core of the problems and what are we going to do about it'. Bukan tunjuk filem 'Nah ini cerita aku pasal budak2 sekarang. Best tak??' Buat lah filem yang berakal sikit. Please laaa
izinni
tu sebab aku suka tengok disney movies. Memanglah fairy tales tapi banyak benda kita boleh belajar dari filem macam tu, selain dari English language. Ya.. aku dulu belajar english pun dari cerita tv. Dulu mana ada subtitles sangat.
Macam children of heaven. Cerita simple aje tapi tetap menyentuh perasaan. Cerita2 macam ni yang kita perlu. Bukan cerita melayu pasal orang kampung yg mengumpat satu sama lain, tapi cerita susah payah keluarga nak capai kejayaan. At least dapat jugak bagi semangat kat orang lain nak berjaya sama. Ni tak, kalau citer melayu tu mesti cerita orang kaya yang melampau2 sampai ada smiming fool dlm rumah la, lif la. Bollywood ke???
p/s - perkh ko mimpi pun dalam BI ke? Please dont leave me!! No !!! huwaaaaa!!!
ainin
cerita bodoh kakakakaka.. tak tengok pun tak apa. Memang bodoh sesangat. cakap pun macam baca skrip huhu
Purp
Aku pun kurang suka lawak citer melayu, kecuali P.Ramlee punya bujang lapok trilogy kot. Yang lain tu alahai. Kurang mendapat sambutan dari aku.
Pulang?? Eh aku pulang ke mana ye?
what reality? reality in the city? weh nak cari reality, tu tengok dan buat cerita pasal anak2 pelacur yang struggle to make ends meets and to survive.
bukan cerita pasal orang yang mak bapak kerja decent tapi tak sedar diri masih nak melacur masih nak ambik dadah.
cerita pasal a couple who actually go down to help those street kids to read and make themselves a better person.
buatlah cerita pasal reality jutawan LBS yang kini dah jadi papa kedana sebab bila jadi orang kaya baru, ramai tak beringat.
if you want to talk about life lesson, it's not just about mat rempit and lumba haram je, not about anak2 muda buang anak je
Saya belum toton Haru Biru ni..rasanya tak perlu lah kot...
Kat spore ni pun ada series Hanyut yg menceritakan ttg perilaku rosak anak2 melayu..matlamatnya, nk ajak anak melayu keluar dari hidup yg rosak..tapi cara tak halal langsung..siap ada adegan2 seks,hisap dadah, togok beer, jadi GRO, semua...macam mana lah yg meononton tu tak teruja dan cuba benda2 tu...bila kita komen kat Suria..mereka nafikan hal sedemikian..so, d best thing is..kita boycott jer, lebih baik tengok cartoon.
diva
agreed. aku punya conclusion senang jer. karyawan malas. malas nak cari bahan, malas nak buat research dan malas nak fikir panjang.
ummihanna
tak perlulah tonton cerita ni. Tak ada isi langsung. Rasanya cabaran remaja Islam di Singapura lebih hebat. Sedihkan bila satu-satunya saluran bahasa Melayu di sana tidak komited untuk sedarkan remaja sebangsa dan seagama
Post a Comment