Sunday, December 16, 2007

Dia

Aku tengok jam. Sudah 6.50pm. Lambat lagi hari ni. Berborak dengan Hisham tadi. Tukar-tukar buah fikiran. Rasanya keputusan yang bakal aku ambik itu memang tepat. Mohon Allah permudahkan jalan.

Suhu turun lagi tadi. Sudah 0C. Badan sudah selamat berkelubung tapi muka aku kesejukan. Cuma angin yang beku, salji tak turun-turun. Kecewa lagilah 'orang' tu sebab tak ada salji. Aku dah terkinja-kinja kesejukan. Bas pula tak datang-datang. Orang semakin ramai. Tapi, aku tertarik dengan seorang gadis yang datang ke tempat menunggu bas tadi.

Orangnya kecil molek. Muda, masih belasan tahun, rasanya. Berjean putih dan berbaju tebal warna putih juga. Tudung putih belang biru melengkapi diri. Dia membaca jadual bas. "6.58. We got almost 10 minutes." Katanya. Aku cari dengan siapa dia bercakap. Seorang lelaki Scot berdiri tidak jauh. Tinggi. Mungkin belasan tahun juga.

Mereka berbual. Mesra. Aku perhati dengan ekor mata. Bertambah mesra. Mereka berpelukan pula. Dan seterusnya...

Aku pun berperangai tak senonoh. One Republic masih lagi 'meminta maaf' ditelinga. Bas datang. Aku naik. Diam.

16 comments:

indera kencana said...

Hah..?? Takde snow..??
Heerrrmmmmhhh..

Awek tu awek Melayu, Arab atau Mat Salleh..??

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Bestnya dpt main salji... Kat sini pun tengah musin sejuk gak... musim hujan... hari2 hujan... sampai dah ada beberapa negeri yg di landa banjir...

Sekarang ni yang bertudung semakin ramai, dah jadi mcm trend lak... kekadang bila ada yg bertanya kelakukan yg bertudung & dgn yg tidak lebih kurang jer... malah yg tidak tu lebih baik dr yg bertudung... tu yg susah nak jawab... Apa pun semuanya bergantung pada niat kita gak kan...

Tak yah kat sana, kat sini pun sama jer... Orang dah tunjuk wayang free tengok jerlah kan... Dalam hati hanya Allah sahaja yg tahu...

Pa'chik said...

apa da tajuk sama.. ekekek..

budak tu sejuk kot... nanti buleh lah hangat-hangat ngan api nuraka... ekekeke..

zorrokantoi said...

waktu tu kan freezing, sure the young girl tu dalam kesejukan !

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

Dan seterusnya....

wei citer ler habis2...adooooi kau ni suka buat citer sekerat jalan ler macam cerpen! hah sambung...sambung....

sebenarnya kepala dia sejuk, itu pasal dia pakai tudung,takkan nak pakai tudung saji pulak! nak pakai tuala atau selimut kang tebal sangat..

akuatik said...

snow last week masa lps maghrib masa aku kuar nka gi bonny pack....sib baik pakai kot yg betul...so keputusan ko tak amik hons ke....aku nyer keputusan pun dah tetap cuma tunggu masa je...kalau ikut jiwa materialistik aku memang berat hati...tapi kena ikut prioriti :(

khairyn said...

salam

indera
hahaha... turun... tapi sikit sangat.
aweks tu muslimah hahaha

neen
maksiat berada di mana-mana kan? Sedih sebab dah tak ada perasaan segan silu lagi. kalau jaket sudah berhud buat apa bertudung? Ntah.. rasanya dah tak perlu itu semua kalau dalam hati dah tak ada rasa malu pada sesama muslimah di tempat awam.

pa'chik
tajuk sama ek? ish ish kita ni sehati sejiwa la ni kakakakaka
Dusyum!!!
Aku harap dia sedar diri cepat-cepat :)

bimmer
hahahaha... agaknya kot. Oh! Bersangka baik la kita hehehe adeh!

Elly
gunalah imaginasi ko. Agak2 dia buat apa? Clue - mulut dia pun sejuk agaknya.
Weh! Apa hal ada citer comolot versi DVD tu? Pasal gay?? Zurd forward kat aku. Geli geleman tengok scene 2 lelaki mandi shower. Citer weh!

akuatik
sikit sangat snownya. Sekejap jer. Hons ke tak tu aku tak pasti sebenarnya. Tapi masters tu dah tetaplah. Tengok tak de beza antara hons dengan masters. Maybe lah. So kita nak ke mana next year? Europe ke US? kakakakaka

Mimiamilia said...

takmo buat hons? nak buat master? apa keputusannya?huhuhu

waaa mau jalan2 ker?

akuatik said...

states, accommodation dah ada kan, aku tak jadi submit paper utk conference tu...kita gi melancong je..harap2 exchange rate masa tu ok sebab aku dah takde sumber pendapatan mingguan masa tu

mimi, belajar rajin2, jangan asik nak merayau jek...derang hantar mimi utk phd guna duit rakyat tau...jangan hampakan harapan agama, bangsa dan negara ...ahaks

Anonymous said...

itulah... tajuk sama ngan pakcik, saspen saja.. haha!

banggugar said...

salam,

ya.. diam lagi baik

(",)

Anonymous said...

Salam ...

Selamat Hari Raya AidilAdha ...

DeeN said...

HaHaHaK!
Sebab sejuk?
Sebab tu suami dia?
Sebab mmg suda trend?
Sebab..sebab..sebab..hmm..sebab iman tipis di dada..!
*Eooouuuwwwww... sojuknyo den
raso!*

Akak, Salam Aidil Adha!! Jaga diri, deh!

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Salam Aidil Adha. Jamu apa utk raya ni?

IXORAROXI said...

hai
thank you singgah pot pet KAK IX ya..dulu penah jadi reporter or editor or stringer at the old newspaper company tu ya?:D

Anonymous said...

Aku setuju ngan Elly.. takkan nak pakai tudung salji plak ..

Kat mana mana pun ada free show nyah..

Tak payah lagik main sorok sorok kat belakang pokok buluh macam zaman dolu dolu...