Tuesday, February 19, 2008

1, 2, 3

1 - Kuntum daffodils sudah ada yang berkembang, putih dan kuning. Putik hijau tumbuh melata sekarang. Tadi saja, aku jumpa tiga kuntum kembang dendalion di atas hamparan rumput hijau. Sudah masuk musim bungakah? Tapi suhu semakin menjunam. Awal pagi tadi suhu sekitar -6C dan perlahan-lahan meningkat sehingga 5C. Masih di musim sejuk atau sudah diambang musim bunga?

2- Tertarik dengan temubual dengan Jon Mc Clure (band Reverend and The Makers) dalam akhabr Metro hari ini.
Are you religious?
Not really. I've read the Koran, the Bible and the Torah, but I'm nit into them. I liked Islam best. The Bible is written by different people and they contradict each other, If Islam was a computer game, it would be the latest one. It's more consistent. If you're going to be religious, at least have a clear idea about what you're saying.

3 - Ahem!

Jemari Seni di Putra FM

putrafmJemari Seni dan penulis-penulisnya akan menjadi jemputan di Putra FM di siaran Novel di Putra pada setiap hari Khamis jam 12.00 - 1.00 petang, mulai 14 Februari 2008 hingga 15 Mei 2008. Dengarkan kami melalui radio streaming di www.putrafm.upm.edu.my.

Minggu Tarikh Penulis Catatan
1 14 Feb. 2008 Jemari Seni Publishing
Pengurus Penerbitan/Editor


1.Pengenalan kepada Jemari Seni Publishing
2.Proses Penilaian Karya ke Jemari Seni

2 21 Feb. 2008 Khairyn Othman


1. Proses penerbitan Zahrah de Tigris
2. Pengarang, insya-Allah akan menelefon dari Glasgow, Scotland.

3 28 Feb. 2008
Manjlara
1. Pengarang akan berada di studio
2. Perbincangan mengenai Persis Sebutir Pasir

Ada kuiz untuk pendengar. InsyaAllah kalau dapat jawab soalan tu, boleh dapat hadiah dari Jemari Seni.

InsyaAllah juga akan buat lintas langsung dari tanah Robert Burns ni. Itupun kalau terjaga sekitar 3.30am hehehe.. Nak kena 'test' suara juga ni. Takut jadi suara katak puru la pulak.

27 comments:

eisraa said...

salam singgah.
wow anti... kemain lagi. tu waktu malaya ke?
nak dengar suara katak puru anti.
tahniah!
=)

ELLEMILANO7 said...

tak sabar nak dengar suara kau di udara...kena ler tidur awal sebab esok nak kena jawab call...huhu...

malam ni sebelum tidur jgn lupa minum air asam jawa,kang suara tak sedap pulak, nak lagi kau embunkan air sampai ler esok pagi, kalau takde air embun, salji yang turun tu pun boleh ambik gak, tapi tak pasti ler samada suara kau boleh keluar ke tidak...wakakakka...

Nak lebih sedap air salji tadi boleh ler letak kacang merah,cendol,kacang tanah,cincau,jagung,susu & sirap lepas tu boleh ler diminum sambil menjawab telefon tu ye...

Selamat ke udara !!!

khairyn said...

salam

eisraa
hoh! Jangan terperanjat dengar suara katak puru ni.. terus banjir kat mesir nuu kang. hehe

elly
hahaha... aku rasa ko yang selalu sakit tekak. Asam jawa asam keping, segala asam kau telan hehehe.

Wokeh, insyaAllah lepas balik kerja nanti aku call ko ye. Sementara tunggu abang datang bawakkan mesin basuh baru hahaha..

oit apa sirap? cincau? haha.. macam tak kenal aku.

akuatik said...

abang don sms aku lagi bagitau pasal mesin tu, nanti abang tu pasang mesin baru dan bawak balik mesin lama

Ainin Naufal said...

hoho... esok aku tunggu suara seksih kamu. harap aku tak terlupa.

indera kencana said...

oh..oh..oh? adakah itu menandakan musim bunga akan menjelang?

Wahhh... ada orang tu bakal ke udara. PC saya tak dak speaker audio... teringinnya nak dengaq suara orang Glasgow tu...

(Entah naper bila dapat tau Mimi balik Glasgow dulu, rasa sayuuuu je..)

Pa'chik said...

apa jawapan untuk sualan kuiz tu weh?

ńĕĕń said...

Salam…

Teringat kisah bagaimana mulanya Cat Stevens bertukar menjadi insan baru Yusuf Islam.

Dah set kat Sony Ericsson frequency Putra FM, cuma harap meeting esok habis cepat; tgh cari jalan ni sebenarnya tak nak masuk meeting tu… sebelum ni dah beberapa kali berjaya… ada jer alasannya!!! ;) Memang tak minat sungguh, kang balik2 orang finance gak yang kena, mcmlah kita org yg jaga IT tu.

Tidur awal, bangkit awal, boleh buat tahajud sekali.... insya Allah.

ńĕĕń said...

Salam….

Di penghujung Buletin Utama, satu lagi kes sumbang mahram! Ni lah padahnya bila hukum Allah diperlekehkan. - keluarga Melayu Islam paling banyak mencatatkan
kes sumbang mahram. Si bapa tu patut di rejam jer, haruan makan anak.

Bilalah para umarak kita yg beragama Islam tu nak terbuka mata hatinya!!!!!!!!!!

nUr@dDeEn said...

ekhem, ekhem .. testing, testing ... sound check..!

Err..kasi bocor itu su'alan kuiz akak..hehehe ...muga2 daku tak terlupa, Insya Allah. Err .. akak, esok jgn lupe sebut nama daku sekali tau HaHaHuHu~

all the best!

mudin001 said...

hahaha... jangan kluar suara ngantuk dari dalam selimut dah la... seksi tau! hahaha!

khairyn said...

akuatik
mesin baru dah sampai. Dah rasmi. fuhyoh! sangat modern. Kami sangat suka hati. Kami membasuh baju yang bertimbun banyaknya. hahahaha.. Thenkiyus abang don!

ainin
kau jangan pengsan sudahlah bila dengar suara aku. Sengau semacam jer aku rasa kakakaka

indera
tak tahu!! bunga yang kompius ke atau saya yang keliru atau suhu yang tak tahu.. wah! Bermadah gitu!

hahaha.. pi beli headphone. Tak pun pinjam spiker orang lain hehehe

errmmm... mimi dah tiba dan tengah study untuk project presentation to her supervisor.

pa'chik
Jawapannya - suhu di Glasgow pada hari rabu 20 hb jam 7.48pm adalah 6C ok? syyy...jgn bagitau orang lain tau!

khairyn said...

nur
ehehe.. nak ke akak sebut nama penuh mu itu? hahaaha nur@deen aka.....
ni pun nak jawapan ke? 6C dan semakin menurun hahaha

tok
jangan tok jangan! Bahaya tu!!! hahaha ella pun dah tak serak2 lagi dah.

khairyn said...

neen

semoga Allah beri hidayah pada Jon dan kita semua. Lebih tertarik dengan kata2 Jon, kalau mahu menjadi alim, harus tahu apa yang kita cakap. kadang2 kita ni terlebih cakap dari belajar. Cuma di sini kalau kita terlebih diam dikatakan pula dungu dan tidak pandai berhujah.

kenapa pula finance nak kecoh pasal IT? Jaga duit aje lah kan? hehehe. Semoga berjaya dalam meeting

InsyaAllah, tengah amalkan juga ni. Seronok bangun malam2 dan tahajjud.

pasal sumbang mahram ni, sebab benda yang terlarang ni la disuka. Bila iblis berjaya membisik dah hilanglah pertimbangan antara yang haram dan halal.

Tak tahulah neen. Kecewa sangat2 dengan pemimpin yang katanya islam sedangkan mereka tu pun banyak skandal seks yang tak diwar-warkan. Dari dulu sampailah sekarang.

kakmOn said...

bila ka kakmOn dpt kutip seniri daffodil dan mencium harum dendalion agak2 nya??? (~_~)

p/s nak gak dengo sora nisa dlm kelambu tu hikhikhikhik

ńĕĕń said...

Salam...
tak sempat nak dengar... dpt alasan tak masuk meeting & keputusanya dah tahu ada kerja lain lak kena buat, yg pasti kerja makin bertambah & date line nya telah ditetapkan, sehingga 15 Mac 2008.

kenapa finance nak kecoh pasal IT? Jawapannya mcm biasa, apa2 pun segala report akhirnya kat kita org dan pada kita orglah auditor dptkan segala maklumat.

Pa'chik said...

oit oit.. bangun dak?

nUr@dDeEn said...

aiSey, akak. Dah terlepasLah. Daku TERLUPA SANGAT2.

Er..er.. bangun dak?

achik said...

ala ruginya.. terlepas nak dgr suara kak khairyn.. ;)

Ainin Naufal said...

alamak! aku kempunan nak dengar suara kamu. radio streaming aku tak mau bunyi. Semalam elok-elok aku dengar. Hari ini di waktu 'itu', connecting unavailable! Plan awal nak call masa kuiz, boleh dapat buku kamu versi free. huh... kalau niat tak elok, memang selalu spoil. :(

ńĕĕń said...

Salam… :-)

Selamat Ulang Tahun (^)

Semoga dipanjangkan usia, dikekalkan dalam iman & Islam, sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, aman damai dan dilimpahi ilham yang lebih banyak, tercapai apa jua yang dicita2kan, insya Allah... Amiiiin!

Esok on leave, jadi wish mlm ni…

khairyn said...

kakMon
eerrrr bila kak mon mai sini dalam musim bunga? hehe.. dendalion, daisy tu bunga feveret saya walaupun dikatakan dari kategori weed saja. Humble flowers.

neen
tak sempat dengar? huish rugi hahaha

pa'chik
apa daaaa.... tengahari malaya, kul 4am sini laaa.. 5.30am tu dah naik bas pi kerja dah.

nur
aisey.. patutlah panggil2 pun cik adik tak menyahut. hahaha

achik
hahahaha

ainin
aku rasa kan kira suara aku ni jadi eksklusif la kan? Sampai streaming pun tak jalan.. hahahaha. Buku free ka? apa kata kau bagi buku free kat aku sama?? amacam best tak cadangan aku?

neen
amiiinnn... terima kasih banyak-banyak atas du'a

cucumatlela said...

selamat hari jadi selamat panjang umur...selamat lawan umno....

zahila said...

you masuk radio ker smlm??
aduhhhh....lambat betul keretapi ku.... tertinggal kt gabak belakangg..
rugi x dengarr,huk!
:(

khairyn said...

cucumatlela
terima kasih. tahun ni tak dapat lawan :(

zahila
hahaha.. rugi rugi rugi
tapi sebenarnya streaming dorang ada yang tak kena semalam. hehehe

akuatik said...

oh, warga tua teras masyarakat...hidup lama penuh jasa setia...pada negara

khairyn said...

akuatik
oit podah!

aku lambat sket aa pi umah ko. Tak tido satu malam ni