Friday, February 29, 2008

Yo!

Hehehe....

Sebenarnya ni dari Metro hari Selasa lepas. Suka pulak aku membacanya. hahahaha. Minggu ni memang minggu yang menyibukkan. Sibuk sungguh-sungguh dan sibuk buat-buat sibuk.

Hari Rabu lepas pula, tanah bawah bendera Union Jack ini telah mengalami gempa bumi skala 5.2 lebih kurang jam 1am. Kami di Glasgow tak merasa apa-apa tapi kawan di Hull kata mereka terasa gegaran tu. Agak kuat jugalah, tapi setakat terjaga ajelah, lepas tu tidur balik hehehe. Aku kata they'd made a good victims-lah. Jenis tak peka... macam aku hahaha.

Tiga jam lepas kejadian, orang ramai sudah mula telefon syarikat insurans masing-masing. Walaupun termasuk dalam kategori 'The Act of God', syarikat insurans tak cuci tangan tinggalkan orang ramai dengan atap runtuh, dinding runtuh atau kecederaan fizikal macam tu saja. Mereka tetap akan membayar pampasan.

Ini kira gempa bumi yang terkuat sejak 24 tahun. Epicentre terletak di Market Rasen di Lincolnshire. Tak jauh juga dari Liverpool, Birm dan Leeds. Kira di bahagian East Midlands. Gegarannya terasa hingga ke Scotland tapi ke belah Timur. Dari kaji selidik yang mereka lakukan, gegaran/gempabumi ni mungkin menandakan garis gempabumi yang sudah lama 'dormant' kembali aktif.

OK apa 'moral of the story' yang aku dapat dari ini?

1 - Orang utan bernama Attan tu mengingatkan aku pada 'orang utan' satu lagi hahahaha

2 - The Act of God pun mereka dapat pampasan. Kita? Teringat kisah tanah runtuh di Genting Highland dan di Bukit Antarabangsa Ampang dulu. Oh! We can't do nothing to help the people ... oh Happy Birthday Sir! Cis!

3- Kita seharusnya bersyukur yang negara kita bebas dari aliran gunung berapi dan gempa bumi... oh yeah? Ni kata-kata orang yang tak reti belajar Sains Ilmu Alam apatah lagi Seismology.

4 - Kita nak lari ke mana sekiranya God murka?

5 comments:

mudin001 said...

Kebelakangan ini, kawasan Bukit Tinggu, Janda Baik dan yang sewaktu dengannya pun ada gegaran. Sifu PTS boleh sahkan! :)

Pa'chik said...

mereka dah siap jet peribadi baru, dan kapal layar baru jugak... heheh...

aku tak suka sistem insurans kat melaya, dan rakyat melaya juga.. mereka buta undang-undang.. kena tipu ngan loyer dan agen insurans juga... hahahha...

Pa'chik said...

bukit tinggu.. macam pingu pulak.. ekekke...

ńĕĕń said...

Salam…

Ada sesetengah benda org barat mmg lebih baik dari kita ni…

Yang pastinya memang tak ramai yang celik undang-undang, contohnya berkaitan dgn perbankan yg disebut dlm perlembagaan M’sia yg kononnya telah membebaskan negara ni dari dijajah (atau sebenarnya masih dijajah secara halus), part yg last sekali (diringkaskan) di sebut apa2 pun perundangan perbankan negara kita ttp mengikut apa yg diamalkan di Tanah Ratu.

Dia org tu bukan tak belajar atau tak tahu, cuma selagi lum kena kat diri sendiri tu yg buat tak kisah jer… Yg pasti mereka2 tu terlupa yg hidup ni mcm roda, kejap di atas kejap di bawah… & terlupa akan kemurkaan God. Kalau tak, tak kan dia org berani memperlekehkan hukum hakam Allah.

Azhar Ahmad said...

Hummm memang la belajar geografi dulu... Kita bebas dari zon Gunung Berapi, tapi tak pernah jumpa pula, kita bebas dari gempa bumi. banjaran titiwangsa sendiri pun bajaran lipat. Thats mean, terjadi akibat pergerakan kerak bumi. Pergerakan gerak bumi mengakibatkan gempa....