Saturday, February 16, 2008

Buku lagi?

Buat pertama kali sekian lamanya aku balik kerja jam 3.30pm. Aku tak buat lebih masa hari ni sebab Pamela, member aku dari Chile buat muka sedih dia perlukan OT. Dia dah berhabis dekat £600 sebab buat extension visa dan paspot. Aku bagi slot OT aku pada dia untuk minggu ni.

Hari tu pun dia ada ajar aku sikit-sikit bahasa Spanish. Dia ni kan Latina dari Amerika Selatan, jadi la ni aku cakap latin pun adalah poko-poko. (Bukan mami poko ek?). Sama macam aku, dia ni suka makan pedas, (walaupun ada orang siap-siap 'warning' jangan suka sangat makan pedas nanti bibir 'numb' hehehe). Cili paling pedas di Chile namanya Puta Madre. Tu kira 'super duper' pedasnya. Hah! Sapa-sapa yang suka tengok Copa America ka, Serie A ka La Liga ka.. korang mesti tahu maksud puta tu kan? Hah! Dia kata mau ber'puta-puta' la sesiapa yang tergigit cili pedas ni hahaha.

Memandangkan cuaca cerah hari ni, aku pun turunlah di 'city centre' semata-mata nak cari kad hari lahir untuk si Mark yang masuk suku abad dan juga 'congratulation' kad untuk human resource director tempat aku kerja sebab sudah memberi ruang 'five second of fame' pada aku semalam waktu staff conference dengan Dr David Collins. Huish! Tak sangka orang berduyun-duyun turun kat bandar. Punyalah ramai orang. Lepas beli kad, aku pun masuklah salah satu kedai 'feveret' aku. The Works. Pusing punya pusing aku jumpa buku ni "The War on Truth" oleh Neil MacKay.



Ini buku ke dua terbitan SundayHerald books. Tapi tak tahulah bila aku berkesempatan nak baca buku yang ini. Entah-entah setahun lagi kot. Aku suku snippet pada introduction - How Saddam actually did have weapons of mass destruction and how cats can pull stainless steel sinks from walls. Sangat 'sarcastic'

Aku bagi petikan sulung buku ni yang buat aku sangat-sangat teruja untuk membacanya.
One day, Koko got herself into a huge monkey* tantrum - as gorillas often do - and managed to rip a stainless steel sink from a wall. When the nearest human to hand confronted with her wanton act of gorilla violence and asked her why she'd behaved so abominably, she pointed at a little kitten nearby, which weirdly was allowed to hang out with her for some reason, and signed: 'The cat did it.'
Psychology tahun 1 ada cerita pasal Koko, si gorila yang diajar 'sign language' dan pandai ekspres lebih 1,000 ekspresi dalam bahasa Inggeris. Dan pengarang pula membandingkan si Koko ni dengan Bush dan Blair dan bagaimana umat manusia sanggup ditipu oleh 'monkey' yang ini. Oh! Ini juga untuk kamu semua... adakah mahu terus ditipu dengan 'beruk besar?' hahaha.. nampak tak relevence-nya?

Oh! Lepas tu kan... kan... si akuatik yang baru jer mendarat tengahari tadi sudah bawak ole-ole ke rumah. Buku-buku lagi. Ya! Aku dah banyak buku-buku Bahasa Melayu. Cuma err... bilakah aku dapat membacanya?

Oh Kak Yah dan Kak Su.. tasbih tu dan bekasnya memang sangat cantik. Terima kasih. Sedondon dengan pemberian yang lepas.

15 comments:

izinni said...

hmmm bilalahhh aku dapat pergi shopping buku balik ni. dah bertahun tak dapat borong buku. sangat sedeh. aku rindu MPH, kino, rent-a-book, kedai sewa buku kat pasar seni, semua kedai2 buku .. aduhhhh .. kangen sekali.

khairyn,
offer untuk "the last juror" tu on lagi ke? kalau on aku nak gi beli. sorry la dah lama tak sembang. Ali kan ke kenan glasgow. dia suka berjaga malam. setakat berjaga je takpe .. ni nak nenen sama. so susah nak sembang dengan tangan sebelah je yang available untuk menaip.

oh ya. malam tadi Ali berak lepas 2 hari aku tunggu. Teruja gila aku. banyak siot! hehehehhe

mudin001 said...

Baguslah dok sana, senang nak dapat buku bagus-bagus murah-murah. Kat sini faham sendirilah harganya.

Selamat membaca :)

ńĕĕń said...

Salam…
Bila citer bab makan, saya pun suka yg pedas2… tp selalu kena tegur ngan officemate – ‘kang sakit tu dtg balik sapa yg susah’… perihati sungguh dia org tu…

Masuk bab buku lak, dlm seminggu mesti sekurang2nya sekali ke kedai buku, tak beli pun asalkan dpt tengok pun jadilah… (biasanya ada jer yg nak dibeli – novel via pos) nasiblah tempat kerja mmg dekat ngan pasar/terminal, boleh gi baik waktu rht @ masa nak blk. Cuma tulah, buku2 yg elok2 tu (selain novel) harganya boleh tahan gak… tp dah suka beli jugaklah…

Demam GE dah bermula…. tengah tunggu jer apa yg ‘Ummu Hadhari’ nak ckp kali ni setelah dia menghalalkan pelacuran atas alasan darurat (darurat ke M’sia?), memperlekehkan hukum hudud, solat & zakat. Apa dia ingat dia berceramah kat student di Mesir tu org kat sini tak tahu ke? Isu2 yg lain tu tak usah cakaplah… mmg dia org pandai goreng…. Dah tak larat nak tengok/dengar berita, tak habis2 kerana ‘Be End lah negara makmur sekrg ni’… Ye ke? Tapi ttp kena tengok/demgar jugak kan… kalau tak mcm mana nak tahu apa yg Be End janji kan tapi janji tinggal janji je…

Kata org tua2 – KATA ITU KOTA. Mcm mana lah kota tak runtuh bila kata tidak dikotakan.

Sorry dah melalut lak ni… Apa pun selamat membaca segala buku melayu yang ada tu…..

cucumatlela said...

puta mandre.........kena tipu pekara biasa rela di tipu itu luar biasa.........rela ditipu 'beruk besar' banggang luar biasa.

13may said...

lama tak jenguk sini...

u sihat ker???

hehhe

achik said...

wah bestnya dapat stok novel.. :)

Azhar Ahmad said...

Ahahahhah, memanglah puan suka baca buku... EHhh pesta bulku antarabangsa bulan 4 ni.... turun tak? Eh lupa, puan kat UK hahahhahah

mak lang beth said...

Salam Ryn

Aku sini baca buku library Govanhill..pinjam buku2 Chick Lit..Pak Lang Jet dok gila beli buku dgn Amazon..uiihh mewah buku sini..

Eh, hang kata nak undi aku ?? Aku pulak undi hang ...

khairyn said...

salam

izinni,
hehe... tak ada benda yang lebih buat aku teruja selain buku errr dan kasut dan.. dan.. dan.. :)

Aku tak emel pun dorang tanya. Sibuk sket la ni. Takut nanti aku tanya aku terus ter-obligate untuk buat. Cuba kau emel je editor tu.

Kiss kiss Ali untuk aku. Tak pe.. aku dah kata dah, anak kau memang kenan aku ni hahaha. Wah! Tahniah! Anak kau dah berak!

tok
Aku memang niat nak kumpul buku2 dari sini. Sayang kalau tak beli sebab tak ada lembaga penapis :p

neen
hehe... mula makan pedas ni bila kerja dulu. Housemate tu memang suka masak pedas2, akhirnya sekarang ni kalau tak ada cili macam tak lengkap menu makanan hehehe.
Buku pula - dulu pun masa kerja kami dapat book voucher. Jadi guna tu utk beli buku2 yg mahal2 hehe.
Pasal GE - Baru tadi borak dengan ayahanda. Memang hangatla sekarang ni dia kata sekarang kira 'perang an eye for an eye' Dia kata dah tak ada lembut2 lagi dah. Woah! Seriau gak dengar ni.

MrCucu
Oit! Anda sudah mencemarkan kotak komeng aku hehehehe.
Ni jenis orang junjung ego, kelek tamak, akal kat lutut, hati kat tumit.Kalau memang besar lagi.. memanglah dungu.

MayMay.
Hai yu!
Ai sihat. Yu apa khabar? Wah! Lama tak dengar berita dari yu ni laaa hahaha

achik
ye sangat sukahati. Tapi tak tahulah bila nak membacanya kan. Buku sekolah dah bersusun huwaaaa!

Enchik Azhar
Wah wah wah! Sudah menaikkan darah ini! Hehehe.. Pergi tak pesta buku nanti? Dulu suka sangat pergi tapi tu lah nak cari buku2 lain selain novel agak susah. Tapi tetap best memborong.

Beth
Aku member library GOMA. Suka gak cari buku kat sana. Selection sangat bagus. Tapi aku prefer beli sebab aku ni kan suka menconteng buku. Lepas tu buku aku mesti jadi lunyai punya hahahaha. Nampak macam budak baru belajar membaca, penuh dengan highlight dan dog eared pages.

Meh undi kita-kita hahaha

nUr@dDeEn said...

HeHe .. amenda la si puta tuh? xpaham, xpaham ;)

Selamat membaca, kalo tak sempat nak baca, jgn segan2 nak pos kat sini. Ai tulung bacakan untuk yu, nak? nak? HaHaHaHa!!

blackpurple @ jowopinter said...

Dah tak sabar nak tunggu Pesta Buku tak berapa Antarabangsa di PWTC April nanti. Dah siap-siap bajet ni. Hehehe..

ńĕĕń said...

Salam….

Pesta Buku – betulla… utk dptkan novel mmg mudah… nak cari yg lain tu yg payah …

Citer GE lagi… ni Be End tgh beria2 di Kelantan, tahlah apa nak jadi… Si KJ tu lak asyik lah muka dia jer… yg dia gi sibuk kat tempat org tu kenapa? Tempat sendiri tak ditengoknya!!!!

Polis memberhentikan operasi mencari Adik Sharlinie dari rumah ke rumah – takut tak cukup anggota la tu nak hadapi GE, yg selalu buat masalah dia org gak lps tu berlakon ckp pihak yg lain satu mulakan…

Pilihanraya Pakistan – apakah Be End dah bersedia kiranya itu terjadi di M’sia?

khairyn said...

nur
budak-budak tak leh sebut puta ni. babab mulut tu kang! hehehe

ish! ai sanggup tunggu bertahun-tahun nak habiskan membaca ni yu. tak pe la ye yu... ai tak de harta lain kecuali buku2 ni jer yu hahaha

Purp
Sila siapkan bajet hahaha.. err nak bawa shopping cart tak?

neen
priority yg tunggang langgang
Ego yang tinggi menjulang jenis yang nak bolot semua.
Kalau GE kita jadi macam di Pakistan rasanya siapa yang akan lari ke luar negara dulu?

kakmOn said...

salam nisa, wah bederet buku ko, nak pinjam neil mackay tu boley?? :p

kakmOn pun masih byk buku yg belum khatam, buku book fair 2004 pun masih ada lg yg berbalut :(

khairyn said...

salam kak mon

tak buleh! hehehe... bila lah nak ke Brunei plak ni?
Saya ada kawan kerja kat Brunei Times. Nanti kalau ada izinNya dapat melawat dia, bolehlah pi jumpa kakMon dan makan cupcakes yang chantek tu ye hahaha