Saturday, July 12, 2008

Back in 5 mins

Siri pertama Tour Scotland, kami ke bahagian Highland hingga ke Isle of Skye dan Outer Hebrides sebab aku nak tengok Callanish Stones. Naik ferry sampai semua mabuk laut hehehe. Aku rasa trip Kelana Konvoi pun tak setaraf dengan trip kami. Adakalanya kami pi satu-satu tempat tu sekadar err... nak cari toilet ja. Kira banyaklah peristiwa-peristiwa lawak jenaka yang berlaku dan ada gak peristiwa yang mengharukan, apatah lagi bab-bab nak cari tempat untuk solat hehehe.

Yang pasti sepanjang trip ni aku telah terlantik menjadi drebar kekal dan cik akuatik menjadi navigator utama, apatah lagi bila cik Garmin aku mengada-ngada. Memang seswai lah cik akuatik menjadi navigator sebab dia tahu kehendak drebar yang seram sejuk bila kena masuk jalan M (motorway) jadi perjalanan kami cuma melalui jalan-jalan kampung yang lebarnya sama ada muat-muat dua kenderaan atau pun yang paling halus dalam peta yakni, muat satu kereta saja. Huh thrill gila!

Ni sikit gambar yang sempat aku upload. Lusa dah nak sambung perjalanan ke bahagian Selatan pula.



Ni kat Glenfinnan - kami jumpa secara tak sengaja. Kalau tak sebab aku teringat satu babak dalam cerita chic lic Made of Honour, mungkin kami terlepas dah tempat ni hehehe. Tak sesia ilmu yang aku dapat dari cerita ni hehehe


Air terjun di Isle of Skye.



Bunga Scottish - Thistle di taman Armadale Castle di Isle of Skye


Berhenti makan tengahari di atas tebing, menghala ke John O' Groat (penghujung bahagian utara Tanah Ratu). Fish & Chips beli di Wick.


Bandar Inverness dari tingkap student hostel.


Inilah dia Callanish Stones di Outer Hebrides atau Isle of Lewis. Banyak spekulasi kenapa ia didirikan dan apa maksudnya. Lebih kurang macam Stonehenge di Wiltshire di England. Di sini tak dikenakan bayaran tapi di Stonehenge nak masuk kena bayar kalau tak silaplah.


Cik mimi sedang menyediakan burger bakar untuk makan tengahari. Aksi di ambil di hadapan wigwam di Banchory Aberdeenshire, daerah burger Angus yang glamer. Sepatutnya semalamnya kami ada BBQ, tapi sebab hujan terpaksalah berBBQ awal pagi.


Di St Andrews. Sayang tak boleh naik bridge untuk ambil gambar kat atas tu. Yang boleh cuma golfers aje. Jadi, terpaksalah ambil dari jauh.

21 comments:

rajiah said...

Salam

Khairyn, salam perkenalan..

Tertarik pada link pd 'bangsa yang musnah". Mcmamana nak di link kan pada blog kita ye..?

Jemputlah masuk http://www.lamanixora.blogspot.com

Zuraini said...

Salam...

air terjun tu nampak mengancam lah...

tunggu n3 seterusnya...

pagi tadi ada majlis Js, x gi, cuma ikuti di blog jer.

e.i.s.r.a.a said...

salam singgah.
gambar bunga pertama tu, di sini (alexendaria) banyak.

gambar batu yang ke6 tu... yang biasa jadi ms desktop wallpaper tu eh?

seronoknya antiii...

indera kencana said...

Senyum sorang-sorang baca kisah perjalanan anak-anak dara makan angin...

Cantiknya bandar Inverness tu.. aiyooo..

LEELOO-ELLEMILANO7 said...

waaaaa............bestnya pergi jalan2...aritu tengok Made of Honour nampak best & cantik betul castle tu,walau aku tak baper nak suka Scotland tu kan tapi pemandangannya yg cantik tu mmg tak boleh dinafikan ler...

Aku rasa aku bukan tak suka Scotland tapi aku sebenarnya tak baper sukakan Glasgow...huhuhu...lain kali kalau aku datang harus ler ko angkut aku tour serata Scotland...aku teringin nak sampai ke st adrews & highland & mungkin lebih byk lagi tempat yg menarik kan!

Tapi Callanish Stones tu kira mcm Stonehenge Scotland ler ye....kalau tak silap aku dulu nak masuk ke Stonehenge tu kena bayar dlm 10-15 pound kot,sudahnya aku amik gambo kat luar pagar,nampak gak gambo batu tu....

Kalau teringin sgt nak gambo ngan batu pi ler amik gambo ngan batu nesan...batu caves pun bulih...miahaha...

selamat menyambung perjalanan...dengarnya ko nak ke US..betul ke?

Pa'chik said...

sambung sambung... haha...

apa citer nak gi briten kena bisa weh???

DeeN said...

Warghh!! Stonehenge... teringinnye nak piiii..
Cerita lagi, cerita lagi. Tak sabar nak tgk gambo neh. :)

achik said...

bestnyaaaaaaa!! :D

QUDS REALCLOCKWISE said...

terus jalan...........cari jalan pulang.

Anonymous said...

wahhhhhh sungguh hebat... memang adventure...

itu gambar batu2 besar tuh, bole letak walpaper seh.. sama dengan gambar cik mimi yang cantik.. er... i mean.. gambar SELEPAS gambar cik mimi yang cantik tuh.. bole buat wallpaper,kan? can i rip mimi's.. i mean.. the picture after mimi's pic? can aa? can aaaa? hehehehe..

akirasuri said...

Ah! Saya jeles!!! :((

Tapi saya suka pic air terjun tu..
Cantik!!

Aritu masa jumpa anak-anak kak has, tergelak saya masa tau yang budak-budak kenit tu panggil kak khairyn, kakak.. kekeke!

blackpurple @ jowopinter said...

Aku suka bunga itu. Aku suka padang golf itu. Aku suka air terjun itu. Aku suka burger bakar itu. Aku suka.... semua-semualah.

tengok gambar sajalah. :D

Mimiamilia said...

glamer lak i kat sini..muehehe

khairyn said...

salam

rajiah
terima kasih bertandang. Rasanya kalau nak link tu, buat macam biasa aje. Pergi di customise dan pilih untuk add link. Err kira ikut arahan saja.. hahaha tak reti nak bagi panduan dlm ruang terhad ni. Good luck ye
insyaAllah akan bertandang.

neen
air terjun tu memang syok tengok dari jauh. Tinggi dan menyeramkan. Tapi tetap seronok menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan hehehe

eisraa
Bunga tu bunga liar kat sini. tapi thistle pula memang bunga kebangsaan Scotland. Ada wallpaper Callanish tu ek? Tak tau lah apa motif batu2 tu kat situ.

indera
hahaha.. memang banyak cerita lawak sebenarnya, tapi lima dara ni tak kalut... cool jer hahahaha cheh!
Inverness memang cantik tapi rasa macam padat jer lepas jalan-jalan kat tempat kambing lagi banyak dari orang :)

elly
dey kici! Datang tiga hari ada hati mau jalan2 scotland ka? Kami buat dua minggu pun tak abes cover semua tempat menarik hehehe
Nak pi Callanish tu sempat lagi mabuk2 laut.
Kalau teringin nak ambik gambar batu nesan aku nanti tu.. silakanlah ye.Jangan malu jangan segan.
Member aku ajak pi US tahun depan. Tak tau ler jadi ke tak.

pa'chik
hehe sat gi sambung
Visa tu dah lama dah dorang rancang tapi tak tau la jadi. Sekarang ni stay 6 bulan guna permit tourist, lepas ni depa nak buat 3 bulan jer. Entah jadi entah tidak. Tunggu jer la

khairyn said...

nur
huhuhu gambar dari satu kamera jer dah dekat 2,000 shots dan kami ada 5 kamera.. boleh?
Sat gi pilih2 dulu ek

achik
hehehe... dapat pulak geng yang best.. lagilah best perjalanannya.

cucumatlela
hehe dah sampai rumah (atas tanah).

orang jahat
err boleh lah kalau nak rip gambar mimi eh eh selepas cik mimi. Tak de hal punya. Cik mimi eh eh gambar lepas cik mimi tu pun free hahaha

ati
ye scotland memang rugged. Pemandangan sepanjang perjalanan memang sangat cantik tapi sayang susah nak berenti tepi jalan sebab tak de tempat parking dan jalannya sangatlah sempit.
Ya ya ai ngan anak2 izinni rakan sepermainan jer hahahaha

purp
huhuhu.. semua? Ya aku pun suka semuanya hahaha. Tapi burger bakar tu walaupun bodoh tetap sedap (bila perut sudah sangat lapar).

mimi
eh eh memang yu sentiasa glamer di blog ni kan kan kan?

KAMATO said...

cantik2 pemandangan itu

Anonymous said...

hah?? cik mimi free? i mean, gambar lepas cik mimi tu free?? O.o

13may said...

cantik....





















mcm tuannya ;)
hehhe hehhe

Anonymous said...

wahhh.. sungguh cantik ciptaan ALLAH..

aah laa bole jd wallpaper gambar2 tuh semua.. hehehe

khairyn said...

Kamato
Memang sangat cantik tapi tu-lah dah jadi designated driver, nak tengok pemandangan pun terpaksa cari parkir dulu.

orangjahat
hahahaha.. need I say more?

AhMay
aduh.. malu ai tau!

ciklynda
Memang cantik :)
Scotland memang terkenal dengan rugged beauty. Nak gambar cik mimi juga ke? hehehe

Anonymous said...

hheehehhe.. nk ikot p sana!!!! :D

gambar cik mimi?? nk jugak laa.. dia mesti ade byk koleksi gambar lg.. hehehhe..