Friday, August 01, 2008

Percubaan Ke-Tiga

Via telefon:


"Tak dapat nak hantar baju raya kat kawan nak datang tu. Mahal kalau nak mak pos."

"Tak apa, tak payah pos. Lagipun Hari Raya, ada kelas."

"Pakai baju lama aje, tak boleh ke?"

"Boleh, boleh je. T-shirt dengan jeans biasa je. Lagipun pagi tu mesti kerja." (Oh! Ada projek lain yang tak boleh diberitahu pada bonda!)

"Hmm... nanti kalau balik, mak ganti. Buatkan dua baju raya."

"Waaahhhhh! Terharu! Err... cakap pasal balik, rasanya nak balik kot dalam bulan *toot*"

"Ish! Tak payahlah" (Bebelan hendak dimulakan)

"Tak lama kot, dalam 2 minggu kat Malaysia lepas tu 2 minggu lagi ingat nak buat umrah."

"Hmm.."

"Sebab dah niat dah hari tu, sebelum final year ingat nak settlekan buat umrah dulu. Asyik tertangguh aje. Lagipun rasanya itu aje masa yang sesuai, lambat lagi kang dah masuk final exam."

"Tak boleh pergi dari sana?"

"Dah cuba, tapi tak dapat sebab tak ada mahram. Tak ada pulak kawan-kawan yang berfamili kat sini yang nak pergi."

"Nak pergi dengan siapa dari Malaysia?"

"Ada dua tiga orang yang berminat. Mak nak ikut ke?" (Pancing! Pancing!!)

"Kalau mak pergi pun tak boleh juga, tak ada mahram. Abah kena pergi sekali. Kena tanya dia." (Umpan mengena!)

"Jadi, bolehlah kalau balik sekejap ni?"

"Hmmm..." (Dia tukar topik)

Huhuhu aku anggap ini adalah perubahan positif dan tidak tidak berubah menjadi negatif pula sebab bonda aku ada tendency untuk mengubah fikiran dengan sekelip mata. Bukan tak nak ke tanah suci dari sini, tapi aku dan cik mimi sudah cuba tahun lepas tapi tak dapat sebab tak terjumpa dengan keluarga Malaysian yang hendak mengerjakan umrah dan bila kami cuba tanya agensi, jawapan yang kami dapat "it has to be your brother or your husband, sister. You can't go without mahram." huhuhuhu sedey tau!

Kawan-kawan, mohon doa kalian untuk dipermudahkan urusan aku dan ada rejeki untuk aku tunaikan niat aku ni dan semoga aku menjadi seorang Muslimah yang lebih baik lagi. Serasa semakin kuat pula panggilan kaabah dalam hati ni. Semoga Allah jemput aku jadi tetamuNya.



p/s - pada mereka yang dah tahu bila tarikh tentative untuk aku pulang tu, tak payahlah war-warkan dulu ye. Simpan dulu dalam hati hehehe. Nanti bila dah confirm, akan aku beritahu dan sesiapa yang berjanji hendak belanja aku makan tu, simpanlah duit dari sekarang sebab dalam masa dua minggu di tanah air, agenda utama aku adalah makan, makan dan makan dan aku pun orangnya kuat makan. Bersedialah!

7 comments:

Najmuddin Yusoff said...

Semoga hajat kamu akan tertunai. :)

ńĕĕń said...

Salam...

semoga segala urusan Khairyn dipermudahkan Allah, insya Allah. Dan moga di ketika itu saya ada kelapangan masa, insya Allah.

ELLEMILANO7 said...

yea..yea...aku tau bila cik khairyn balik...(sebab aku kena jadi driver dia..hahhahaha)...saper nak tau bila cik khairyn kita ni balik boleh ler tanya kat aku tapi nombor tipon tu mintak kat cik khairyn...miahahaha...

aku doakan semoga mak & abah dapat mengerjakan umrah bersama anakandanya...amin

Rayyan Haries Ean Rael=R.H.E.R said...
This comment has been removed by the author.
Rayyan Haries Ean Rael=R.H.E.R said...

salam,semoga dapat menjejak kaki ke sana nanti.amin.

p/s:nak balik ke?best nye!!!

info:i edit my name at the blog-still the same haries.

diya nordin said...

diya nak akak sign buku akak yg ada kat diya tu...

Please please please please... akak dah janji dah ritu :(

zura said...

belanja makan? aku ker tu??? heheheh balik! jangan tak balik!