Eidul-Adha 2008
Tadi, lepas kerja aku terus ke SUMSA (Strathclyde University Muslim Students Association) untuk solat jemaah Eidul-Adha. Rasa sayu bila terkenangkan mungkin ini Eidul Adha terakhir kami bersolat di bangunan ni. Katanya bangunan yang menempatkan SUMSA, Mature Students Association, Gay (as in homosexuality) Association, Restoran dan chaplaincy dah dijual dan university akan beri tempat lain untuk SUMSA beroperasi terutama untuk solat 5 waktu. Tak tahulah di mana kami akan solat raya lagi tahun depan.
Ikut sejarahnya, pelajar-pelajar Muslim Malaysia yang bertungkus-lumus nak dapatkan tempat ini dulu. Berbanding dengan universiti-universiti lain di Glasgow ni, cuma SUMSA sajalah yang cukup lengkap sebagai satu tempat beribadah dan berkumpul. Malah, siap dengan ruang dapur untuk menyediakan makanan waktu iftaar di bulan Ramadhan.
Jadi tadi, bila imam beri khutbah tentang Qurban, aku dah terasa sayu sangat. Lokasi SUMSA memang sangat praktikal bukan saja untuk pelajar-pelajar universiti tapi juga untuk penduduk Muslim yang lain yang kebanyakannya refugee atau asylum seekers yang mencari perlindungan di negara ini.
Jemaah muslimah bila tiba Eidul Fitr dan Eidul Adha memang terlalu ramai dan dari pelbagai negara ~ Afrika, Timur Tengah dan Kepulauan Melayu, berbaris dalam saf. Bertakbir dan menghayati khutbah yang diberi dalam bahasa Arab dan Inggeris. Sungguh, Allah itu maha penyayang, walaupun dalam keadaan yang sempit dan padat, setiap jemaah masih dapat mengerjakan solat sunat Eidul-Adha, termasuklah aku yang hanya dapat ruang sedikit dibucu dinding. Subhanallah!
2008, kali ketiga aku bersolat sunat Eidul Adha di SUMSA. Alhamdulillah.
7 comments:
salam,
selamat hari raya qurban...msia tahun banyak betul yang terkorban menjelang hari raya qurban..sedih n takut rasanya dengan kebesaranNya
InsyaAllah .. penggantinya mungkin lebih baik ;)
salam,
selamat hari raya!!
sad to hear that.
btw,i'm sure that the new place will be better
antara yang terawal terlibat dalam penubuhan SUMSA - saudara wazir, rashid, pauzi (opps, maaf ... semua dah professor), khairul anwar, nordin. solat eidul fitril pertama di SUMSA diimamkan oleh saudara wazir).
Dengar crita akak dah rasa sayu. Bagaimanalah kalau saya ditempat akak..hukhukhuk...
selamat hari raya
Berkorban apa tahun ini?
:)
Post a Comment